Thursday, May 27, 2010

OyeOye balik kampung

Seronoknya balik ke BeePee lagi minggu ni sempena Wesak. Hey, saya tak sambutlah! Tapi hari ni pagi-pagi dah kena balik ke Key-Ell kerana nak hantar anak ke sekolah di Kompleks Yayasan KL. Haha!

Bangun jam 7.45pagi. Hari ini saya bercuti. Dengar Mak di dapur, bangun cepat2. Teringat kereta di woksyop utk servis dan tukar driveshaft.

Balik dr woksyop, terus mandikan keretakesayanganku yang dah lama tak mandi wangi2. Malas nak vacuum, terus sengih2 pd Abg Lim...

"Bang.. vacuumkan kereta"
"Malas.. tengah xde mood"
"Kalo cmtu, malas la nak vacuum"

Eh.. tiba2 saja abang Lim bangun dan pasangkan extension. Aku pun capai vacuum dan letak depan dia. Heh.heh.heh.

Balik tadi terus masuk Tol Ayer Hitam. Selalunya saya akan masuk dari Tol Pagoh dan exit Tol Senawang. Baru RM15.90 harga untuk Tol tu, tetapi kerana mengejar masa teruslah masuk Tol Ayer Hitam tu. Semasa keluar di Senawang kereta sudah berderet2 sebelum sampai ke lampu isyarat simpang 4. Mengambil keputusan untuk U-turn dan masuk semula Tol Plus terus ke Sg. Besi. Mengejar masa kerana suami perlu tiba di sekolahnya jam 2.00ptg.

Suami suruh saya yang membawa keretakesayanganku kerana tahu saya akan sesat waktu pulang jika dia yang memandu pergi ke suatu destinasi. Akhirnya sampai juga di rumah jam 2.45ptg tanpa sesat. Heh.heh.heh.

Dan kerana bosan, on lappy, on TV, men'internet'kan diri terus-terusan membuang masa dan lagha. Dan kerana itu juga saya letakkan lagu yang 'begitu indah' di pendengaran saya di blog ntahapahapantah ni. Huhu :P


Tuesday, May 25, 2010

Escape to FedEx

Selepas duti menjaga exam tamat jam 12.00, saya mem'folow' suami ke FedEx Subang Jaya utk shipping purposes. Sambil suami sibuk bertanya itu-ini, saya snap le se'klik' dua untuk menceriakan diri. Ambil shipping ini sebab UPS dan DHL serta GDex tak boleh buat keje-keje delivery ini. Kena charge RM197.70 untuk postal termasuk insurans. Mahal? Nasib menggunakan sampul dikhaskan, kalau gunakan sampul sendiri harganya mencecah RM300.

Wander-why mahal, kena kira sekali kos iklan FedEx agaknya...


Memphis, New York dan Key-Ell time distance


FedEx Subang Jaya

Lepas ini guna saja la courier FedEx ke rumah, cuma tambah RM10 berbanding pergi sendiri. FedEx akan bawakan sekali sampul syarikat.Tak berbaloi pergi sendiri...

Kenapa selalu lewat update?

Heh,saya pun tatau mengapa selalu saja saya akan update lewat sehari hingga seminggu lamanya. Baik toksah update tetapi tukar ke downdate.

Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari BeePee, seperti saya men'chartered' sebuah bas untuk saya saja. Sepanjang perjalanan dari BP ke Muar, hanya saya seorang di dalam bas. Nyaman sungguh kalau hari-hari naik bas begini. Bukan kata boleh amik sorang 2 seat, tapi say
a boleh menelentang, melunjur, meniarap dan mengkuak lentang sebebas-bebasnya sehingga boleh berguling-guling seperti menyanyi lagu Hindustan.

Tetapi kebahagian itu datang hanya seketika, sampai di Muar naik berduyun-duyun manusia. Dan yang paling rasa sengal sekali bila sorang gadis (mana tahu gadis? Haku agak saja lah) melalak hingga ke pendengaran saya. Huah, rasa tangan ingin melempang saja. Sabar. Sabar. Sabar.

Bas Express itu pulak dah serupa bas sangkut2 JMBC semalam. 2 jam masih di Muar. Jam berapa mahu tiba di Key-Ell (terbelit lidah lagi, menyampah!). Ahh, semuanya menambah kecelaruan jiwa saya. Sungguh saya bukan orang sesabar itu.

Sungai Muar, benarkah namanya? Sebab saya tak ambik Geog untuk SPM. Don like!

Bas yang kosong untuk saya seorang.

Malam itu, tiba-tiba saja saya meroyan jadi rajin. Menolong suami menyediakan tag untuk produk before posting. Menggunting, menampal, mengikut suka haku. Haha. Entah buyer tu appreciate ke tidak saya tak peduli, yang penting saya heppi yippie

\(^0^)/

Membuat lebih dari sedozen, mula la terasa boring. Suami nampak saya terkulat-kulat, dia pun turut serta join sekali menjadi kindergarden.



Tag hasil kerja keras-tangan saya.

Sudahnya malam itu kami makan malam jam 11 malam setelah suami sediakan makan malam untuk kami berdua. Boleh jadi gemok bersama-sama. (*..*)

Sunday, May 23, 2010

Sehari di BeePee

Hari Sabtu saya pulang ke kampung halaman di BP. Lamanya tak pulang, sejak Hari Raya Qurban yang lalu. Rindunye pada semua. Balik ini pun tanpa perancangan. Hanya saya seorang. (Apa? Suami saya tak merajuk lah, cuma dia perlu menunaikan tanggung dan jawab sebagai murid sekolah maka menghalangnya dari turut serta)

Dari Key-Ell(heh, geli lidah) jam 1.00tgh, sampai di BeePee jam 5.00ptg. Lama sungguh la... Jenuh bangun dan tidur, bangun dan tidur lagi tapi masih tak sampai-sampai. Setiba di BusStand yang meninggalkan banyak kenangan dulu2, aku memecut naik bas JMBC kerana hanya bas itu saja yang ada pada waktu itu untuk ke Ayer Hitam.

My precious tiket bas JMBC


Dengan kelajuan 10kilometersejam (Huarghh..berlari pun lagi laju) aku melalui semua kenangan-kenangan aku masa dulu. Lalu SMK Tun Aminah-Asputa, teringat Cikgu Kilauwati yang garang crazy (ayat sopan) menjadi warden. Then lalu pula sekolah rendah aku, teringat guru-guru yang maha baik hati sampai aku jadik anak murid kebanggaan mereka (Cheewah! Naik lif tekan sendiri la nih), aku lalu pula UTHM tanah tumpah zaman remaja haku (dulu, kini dan selamanya), lalu sekolah tadika aku (Aih, ini pun termasuk sekali? Of coursee) dan akhirnya aku sampai ke rumah tepat jam 6.00ptg. Mak terkejut beruk melihat aku terpacak depan pintu. HehHehHeh.

Aku cuba juga menangkap gambar-gambar di dalam bas Johore
Motor yang aku naik tu. Kalau tak silap, uncle tu masih uncle yang dulu semasa zaman aku sekolah. Uban penuh di kepala. Aku tengok loceng dia, still loceng dulu2, tengok tingkap bas yang gogek2, tengok dinding bas macam nak roboh, tengok bumbung yang kekuningan. Dan masih, frame dengan kadar bayaran zaman aku sekolah masih terpahat di dinding bas itu. Wah! Sentimentelnya... I like!
Hujan sepanjang hari

Perjalanan hari ini dipenuhi kenangan-kenangan lama. My first day in school, my first day of date, my first day of blind-date (pernah juga buat kerja gila begini?), my good old days. Ahh, feeling sungguh pulang ke kampung!

Malam itu dihabiskan dengan bermain-main dengan Cunna, Afeef dan berborak kosong dengan mak abah...


Tuesday, May 18, 2010

Sibuknya!

Minggu ini menghadiri training utk Belia Berkaliber di Grand Pacific Hotel. Datang bukan sebagai participant, tetapi lebih sebagai observer.

Balik dari kursus yang tak habis observe, Kak N ajak melahu ke IKEA. Alah, tak beli apa pun. Sekadar cuci mata. Sampai rumah jam 10.30mlm lepas makan Char Koey Teow dan nasi lemak sorang satu dgn Hb.

Hari ini pula segalanya seperti huru hara. Perlu hantar itu, submit ini, bla.bla. Sudahnya dengan kebosanan melampau aku pun join Kak Ja untuk Kursus Pendek Menjahit manik dan labuci. Berjaya menghabiskan masa hingga 12.30tgh. Yeay, aku suka! Bila dah huru-hara sangat, lebih baik aku buat bow-doh saje. Haha.

Dan petang ini, pada waktu menulis blog ini, ternyata aku tengah membuang masa. Walaupun masa itu emas, tapi aku betul tak peduli untuk hari ini. Sukanya sekali-sekala melanggar disiplin diri yang tak berapa nak berdisiplin. Bebas sungguh rasanya!

Monday, May 10, 2010

Sesat pagi-pagi

Pagi ini selepas punchcard awal daripada biasa, aku bergegas ke office suami. Dia mahu pulangkan semua hak-hak syarikat. Kenapa nak pulang? Eh, menyibuk pula. Biarlah dia. Sibuk saja nak tahu. :P

Dalam perjalanan saya call suami dulu. Dan suami memberikan arahan untuk pick him up at Stesen LRT Sg. Besi. Ok, kacang saja tu! (Uh.. takut sesat. takut sesat)

Sampai di sana hubungi semula Sang Suami. Eh, tiba-tiba disuruh pula ambil di office dia. Saya pun mematahkan stering kereta untuk ke destinasi terbaru menurut arahan suami.

Pusing-pusing, saya tersesar hingga ke Kinrara. OMG! Duit tinggal RM5 sahaja di purse. Tertinggal selebihnya di rumah (Ahah, ayat cover sbb tengah sengkek sebenarnya).

Setelah tersesat kira-kira sejam, dapat berpatah balik semula ke Stesen Sg. Besi. Hish, aku selalu buat perkara sia-sia macam ini. Berpusing-pusing menghabiskan minyak kereta sahaja. Semalam juga begitu. Berhajat membuat surprise untuk Hafy di Carrefour Putrajaya, sesampai di sana hubungi ayah Hafy mereka telah dalam perjalanan balik ke rumah pula. Kan! Terbukti sekali betapa sukanya aku melakukan perkara-perkara begini...

Sampai semula pejabat saya jam 10.30pagi. Oho, berjaya mencuri tulang, perlu pulang lewat la petang ini. Ganti semula masa yang dicuri tadi. Ohh, baiknye saya!

On lappy dan melihat berderet-deret response to Wall FB aku. Syukur ramai sahabat yang menyejukkan hati.. Bukan ke baru berniat menjadi baik tadi, tanpa disedari dah tercurik masa untuk FB lagi. Ahah! (dalam hati berkata, poyonye saya!)

Sunday, May 9, 2010

Hari yang lembab *_*

Seperti hari-hari cuti yang lain, awal lagi sudah bangun.
Awal lah tu jika bangun sebelum 7.00pagi di hari hujung minggu.

Setelah men'subuh' gajah jam 6.50pagi, terus turun ke dapur menyiapkan sarapan pagi untuk Sang Suami yang tergolek semula tidur sesudah Subuh tadi. Biarkanlah, mungkin letih sangat sentiasa hidup terkejar2. Tengah mood yang baik ini maka saya biarkan saje. Jika mood saya tengah nenong2 (neeno~neeno cam ambulans berkejaran ke Hospital Serdang saja bunyinya), nescaya sudah kubebel supaya bangun dan menyangkutkan hanger ke mulut Haku dengan erti kata lain: merajuk.

Pagi ini sarapan roti canai segera dihangkut dari Kampung cicah dengan Sardin. Kelihatannye kurang sedap, tapi perut sudah berkeroncong mesti sekali hadap saja ni. Siapa yang tak tahu masak sardin: potong saja bawang merah, bawang putih, halia, cili dan tambahkan air asam dan garam. Ini resepi basic menjadi surirumah yang baik tahu!

Sesudah menghantar Sang Suami ke muka pintu, surirumahtangga dihujung minggu ini tiba-tiba bertukar watak, membuka lappy dan terus menatap internet. Wohoh! Mahu melihat berapa USD ada di dalam akaunku. Haha. USD3.00 saja? Huh, promosi tidak baik ini! Akan diusahakan supaya lebih menarik..

Cuaca yang mula nampak hendak cerah bertukar mendung, rintik-rintik hujan mula menyembah bumi. Ini la perkara paling tak syiok bila kain di jemuran bersidai-sidai tak kering sebab matahari langsung tak kelihatan. Itu cerita pasal semalam punya yang tak kering lagi. Di washing machine masih ada yg berbaris mintak disidai.

Wahaha, apa la surirumah yang kebosanan ini membebel. Buat penat jari saje menulis yang tak ada motif. So what, ada Haku kesah? Hehe, nampaknye sungguh kurang hajar jawapan ini. Betul lah, kalau rasa bosan membaca karangan saya yang keluar tajuk ini, siapa saya mahu kisah? Kalau suka, boleh baca. Kalau rasa 'ntah hape perempuan ni membebel' so boleh la biarkan sahaja luncai terjun kolam. Haha! I like!

Semuanya kelihatan lembab macam kure-kure lawan arnab. Walaupun akhirnya kure-kure tetap menang tapi begitu bosan melihat hari ini yang kesemuanya kelihatan begitu mendung, redup, lembab, lembap dan segala macam yang slow.

Petik suis Tv, Astro terkedek2 mencari signal. Internet line pulak menambahkan bosan. Sekejap hijau sekejap biru dan sekali-sekala Cyan. Ehh.. semuanya bagai mencari pasal dengan saya. Uhhhh...

Betul-betul tak paham apa motif menulis kali ini. Mungkin sekadar menghilangkan perasaan kebosanan tahap dewa yang melanda aku hari ini.

Cepatlah Sang Suamiku pulang, aku perlu berbual dengan kamu!

Saturday, May 8, 2010

Petang yang nyaman~

Hari ini saya duduk mengulor sahaja di rumah. Best. Best. Best.

Rasa seperti seekor beruang yang berhibernasi sahaja. Sejak pagi saya cuma masak dan makan. Rehat sekejap buat k
erja2 surirumah, masak dan makan lagi. Tunggu suami pulang dari kelas, masak lagi. Menunggu suami x sampai-sampai maka saya melantak dahulu kuih cekodok atau bahsa saintifiknya jemput-jemput pisang bersama nescafe panas. Nikmatnya...

Pisang itu pisang yang mak bawak sebulan dahulu. Oleh kerana di sini saya malas mencari-cari pisang yg best, maka saya begitu menghargai pisang yang ditanam sendiri oleh Abah. Terasa lebih manis dan sedap. Ditanam dengan penuh kasih sayang barangkali. Oleh kerana sa
yangkan pisang itu dari busuk, apa yang selalu saya lakukan adalah men'tapau' kesemua pisang2, ubi2, durian2 dan segala macam buahan-buahan ke dalam bekas dan zummm to the freezer. Bila saya mahu, hanya keluarkan sahaja dan boleh dibuat goreng2 di petang hari seperti hari ini. Pisang raja (bukan sebarang Raja, ok) tambah sedikit kelapa parut, tepung gandum, gula dan garam secubit, gaul2 dan goreng. Sedapnya!

Sudah jam 6.00ptg, kepala memikir hidangan malam ini pulak. Wah., jika sekiranya aku jadi Fulltime Housewife sure kompem suami menj
adi buntal dan aku pula menjadi tong gas. Huhu!

Sambil aku menari-narikan jari menulis blog ini, mulut pula laju menyumbat cekodok pisang enak buatan sendiri ini. Dah
hampir habis, nantilah tinggalkan 2-3 ketul untuk sang suami. Haha! Maaf ye sang suamiku, inilah isteri mithali mu.


Pagi tadi awal2 lagi handphone sudah bertuit. Alahai, siapa la pagi-pagi dah ingat pada aku ye. Baca mesej sekali imbas. Nombor tidak dikenali, x-classmate barangkali mengajak melabur dalam Sime Darby. Masa ini lah mesej hendak dimulakan dengan 'Apa khabar?', kalau tidak ada ke niat ikhlas bertanya khabar. Manusia. Manusia.

Salah satu faktor aku rapat dengan sesetengah orang mungkin kerana aku rasa biarlah aku berkawan dengan yang ikhlas berkawan, mengambil berat, dan berada
di sisi saat bergembira apalagi bersedih. So, i have nothing to loose for coz i know they'll be there in my hardest time. Small thought that counts.

Friday, May 7, 2010

Hampa Lagi

Hampa lagi. Jam 7.00 pagi dah menuju ke LPPKN Jalan Raja Laut, appoinment dengan Dr. Komathy untuk scan telur.

Sampai jam 8.30pagi, menempuh jam juga di Jalan Istana. Konon mengelak jam di Cheras, tetapi tersangkut juga walaupun mengambil inisiatif lain. Ahh KL, mana ada tempat tak pernah sesak jam 8.00pagi. Toilet saja la kot yg kosong di waktu2 ini.

Selesai scan, doktor consult pula.

Sedih. Only the left side has matured eggs. Right side? Resistance sungguh the right ovary with Folliova and Clomid which i have taken earlier. Sob. Sob.

Dr. Komathy said sometimes occurs case like this. Unexplained. Solutionnya, abandoned case lagi. Try next cycle pula. Nurse baik2 hati belaka, memujuk jangan putus asa, jangan bersedih, cuba lagi! hihi. Cuba sampai tak larat.

Kos hari ini: Consultation RM10.00 dan Ultrasound RM20.00.

Parking di Wisma BUMIRAYA, 2jam RM7.00. Apalah! Mahal lagi parking dari harga sarapan aku. Kalau aku ada duit nanti aku beli tanah buat parking kereta saja. Kalau kaya lah, buat masa ni belum lagi.

Wednesday, May 5, 2010

Tiring Week

Khamis: 29 April 2010

Mak abg dtg, menjaga cucu dia sbb Angah ikut suami bercuti.
Minggu ni juga minggu aku byk mkn free. Alhamdulillah, rezeki Tuhan bagi.

Khamis balik keje, mak dah ada di rumah Angah, Hb pun sudah ada. Rupanya dia mengulir sejak jam 3.30 ptg di rumah Angah. Bos xde, katanye. Itu pasal dia buat company serupa his own. I like!

Sampai di rumah Angah, terus masuk dapur, ambil pinggan dan makan! Td lunch x makan, tu yg balik keje kebulur. Hb pun sekaki makan lunch di waktu petang jam 5.30. Selesai makan lepak2 dulu. Menjelang Ghurub baru pulang ke rumah. Malam ini bawa mak, abah dan those 2 kids for a dinner @ Satey Kajang Haji Samuri. 1st time ever sejak menetap di Kajang ini.

Harga satey dr 60sen ke 2.00
Aku order:
20 cucuk ayam = RM12.00

10 cucuk daging = RM 6.00
5 cucuk rusa = RM 9.00
5 cucuk arnab = RM 9.00
5 cucuk perut = RM 3.00
5 cucuk arnab = RM 3.00


Selesai makan, terdetik di hati 'inilah sate yang orang selalu cerita tu'. Personally aku prefer lagi Sate Wak Ngadino Parit Raja sbb terasa rempahnye.

Hari: Jumaat

Selepas maghrib bersiap utk bawa mak dan abah ke rumah Kak Yan di Sg. Chua. Makan free di sana. Malam ni mak tidur di rumah kak Yan. Tepat jam 10.30 aku n Hb balik rumah. Esok ada acara lain.

Hari: Sabtu

Bangun agak lewat. Pulun bergolek sampai jam 10.30 pg b4 terpisat membuat breakfast. Menu pagi ini roti telur bawang dan Nescafe panas. Selesai makan, On lappy, bukak Tv dan borak2 sampai tengah hari.

Jam 1.30 ptg keluar ke Sg. Besi, makan free di rumah Kak Ros dan Kak Pet lak. Baik betul ipar duai aku ni. 1rumah jamu mee kari, 1 lagi menjamu nasi. My totally full stomach! my oh my.

Jam 3.30ptg bergerak ke Damansara pula, rumah Ude adik mak. Dijamu minum ptg kuih dan apam balik. Hish.. gemok la aku nanti.

Jam 5.00ptg ke rumah Arwah Pak Anjang. Mak dah lama x jumpa mereka since my late father in law. After she got married to my new F.I.L, they've loose contact. Stayed there until 7.30.

Jam 8.00malam sudah duduk berilek2 di Restoran Anjung Impian Damansara. Our dinner tonite ala kampung with beautifully decorated pergola and duduk bersila.

Jam 10.00 malam, sampai di rumah, sudah terlewat untuk pergi cucuk Folliova. Hb cover2 line bila mak tanya ke mana. Hb sedia maklum aku x suka bercerita pasal ni dengan emak. Malam ini ajak mak, abah, Adam dan Oman tidur di rumah.

Hari: Ahad

Pagi-pagi bangun buat bfast utk they all.

Jam 11.00pg mak ajak ke pasar membeli ikan untuk lunch. Ke Tesco sudahnye.

Jam 1.00tgh, Angah dan Abg Taufik sampai rumah. Hari ini makan di rumah aku, dengan aku yang memasak. Wah! Aku kagum.. :))

Menu utama: Siakap masak 3 rasa, Sayur Kangkung goreng dengan cendawan (ada ke mixed cmni?), ikan terubuk masin, terubok bakar dan sambal belacan my mum. Around 3ptg, semua pulang ke rumah memasing dengan mak dan abah.

Lepas maghrib nanti Angah jemput makan ke rumah dia pulak. Makan free lagi! A.G.A.I.N i Like!

Jam 12.00tgh malam
Abg Lim sekeluarga datang untuk pergi konvokesyen adik Kak Ilah.
Aku sungguh mengantuk dan penat teramat, tapi layan sebaik mungkin, prepare latenite dinner dan Teh 0 panas.

Jam 1.00pagi.
Terkebil2 untuk tidur. Sudahnye satu malam aku x dapat tidur.

Hari: Isnin
Jam 6.30pg.

Terjaga sbb abg ketuk pintu, dia ingat aku terlewat sedangkan aku baru selesai Solat. Terus bangun menyediakan bfast untuk diorang, Abg Lim sekeluarga, Ana sekeluarga dan juga Mak Metua abg.

Menu bfast: Nasi goreng kampung dan Serawa durian bersama roti. Air Teh 0 dan Milo 0.

Dengan tak sempat bfast, aku bergegas ke tempat kerja pula. Tak sempat jumpa Mak dan Abah Hb b4 keje, so aku plan after punch card nak tunggu Mak di Stesen Komuter Kajang saja. Sampai di sana, Mak dah nak naik komuter. Hampa. Tapi drive pulang ke rumah untuk carikan towel Hb nak outstation. Mb dia cari pakai mata hati sampai tak jumpa towel dalam drawer. Sampai di postguard, Hb dah gerak. Hampa lagi. Sudahnye, aku masuk rumah, tukar baju dan sarapan ALONE. Menitis air mata sambil makan nasi goreng. Sendu owh, tengok rumah yg huruhara dah jadi senyap sunyi.

Balik keje planning nak main Netball dgn officemate, last2 Abg Lim call kata nak pick up aku utk tunjuk arah ke Jusco. Kali ni dah 3x aku kensel dengan member2 tu untuk ber'Netball'.

Temankan mereka semua till 9.30pm. Bagi2 hint nak pulang coz nak pegi cucuk ubat. Nanti lambat lagi. Susahnye menunggu2 org ni. Paling aku bosan!

Suddenly, Hp berbunyi-bunyi.

Aku: Haloo
Ana: Kak Nad kat mana?
Aku: Hahah.. Mesti ko kat JJ ni kan? Tetiba je call akak tanye kat mana. Cam boleh hidu kentut akak je ko nih. Tau je aku kat mana. Akak dgn family ni. Diorang nak balik BP pasni. Hb xde, outstation.
Ana: Wah! Ana nak datang rumah akak le. Nak berendam. Xkire...!

o0ol tidakkkk.. overtime lagi malam ni. Sure aku akan tidur lambat lagi sebab berborak ngan Ana.

10.00mlm Ana dah sampai rumah aku, terus aku ajak ke klinik temankan cucuk. Pusing2 cari klinik, semuanya ramai org sakit. Last2 pergi area rumah aje, buang masa tak check dulu area rumah before ke pekan Kajang.

Balik dari klinik, dah jam 11.00malam. Budak yang 'agak tinggi' ni ajak swimming pula. Tak sampai hati biarkan dia sorang2, aku pun terjun sama. Till 12.00 tgh malam, dan setelah Ana kenyang minum air swimming pool, apa lagi terus naik.

Siap2 nak tidur, aku buat pula Milo 0, nyaman sungguh rasanye, selepas kepenatan beberapa hari ni aku dapat borak2 kosong dengan kawan.

Jam 1.30pagi. Tidurlah. Penat. Penat. Penat.