Monday, July 12, 2010

LPPKN - IUI Treatment

Hari ini saya menjalani prosedur IUI. Seperti dijanjikan, tiba di LPPKN Jalan Raja Laut jam 7.45pagi. Selepas mendaftar ke tingkat 6, diarah naik ke Tingkat 7 untuk prosedur mengeluarkan benih suami. Sementara saya menunggu dipanggil untuk prosedur kepada saya, kami makan dulu. Makan yang amat banyak. Nasi lemak dan roti canai untuk tiap seorang.

Jam 9.30 pagi datang semula ke Tingkat 6, tunggu punya tunggu tak dipanggil2. Pegi tanya nurse, diarah naik tingkat 7 terus dan tunggu dipanggil masuk.

Jam 10.45pagi saya diarah masuk, lie down di katil ward, sementara tunggu Dr.Komathy.

Tik.Tok.Tik.Tok.
Ahh, penantian itu satu penyeksaan.

Dalam hati berdebar-debar teringat kata-kata kawan yang pernah rasa prosedur ini; menyakitkan.

Jam 11.20pagi doktor datang untuk selesaikan saya. Prosedur tak sampai 5 minit. Catherer dimasukkan ke dalam, disambung dengan syringe dan..seterusnya tak perlu saya ceritakan.

Sakit? A little bit. I can stand it. Still for now. Never now what comes up next.

Sampai rumah jam 1.00tgh. Suami suruh saya rehat2 sambil golek2. Suami sediakan semuanya untuk lunch, dinner, tomorrow breakfast and straight for the whole week. :)) Luv the care.

Total cost: RM350 untuk IUI
Parking: RM16.00 (4jam)

Walaupun sekarang saya tak ada mood nak menaip dan memblog, tapi memang tak tahu nak buat apa dah. Bergerak sikit suami marah. Suruh duduk diam-diam. Saya mana tahu duduk diam?

Friday, July 9, 2010

LPPKN - Subfertility Treatment

Hari ini jam 7.30 pagi bergerak ke LPPKN Jalan Raja Laut. Datang untuk scan ovum sekali lagi since 7 Julai lalu telur masih tak berapa besar. For that case, Dr.Komathy bagi extra 1tube injection Folliova 150 I.U disuntik malam tadi.

Ingat tak entry sebelum ini saya kena ambil suntikan folliova 75 I.U tetapi tak berjaya mengeluarkan telur? Kerana terlalu kebal, Dr telah tambah dosage double untuk disuntik. Hasilnya? Telur2 meriah keluar dari ovari kanan. Menarik bukan? Dapat lihat di skrin Ultrasound tu berkepul2 (ayat betul ke?) telur-telur bersedia untuk dikeluarkan. MasyaAllah!

So, today's costing:

Ubat Duphaston - untuk menguatkan rahim, diambil 4 hari selepas prosedur IUI untuk 12 hari. RM 57.60
Ubat Pubergen 5000 I.U - untuk memecahkan telur RM32.00
Ultrasound- RM20
Consultation- RM10
Total cost: RM119.60
Parking RM13.00 jangan lupa! (untuk 3 jam)

Costing untuk 3kotak ubat Folliova 150 I.U pada 31 Jun 2010 (termasuk consultation fees)
1kotak RM119.60
Clomid x 10biji RM36
Total cost: RM 404.80
Parking: RM 7

Costing untuk additional Folliova 150 I.U pada 7 Julai 2010
1 kotak RM119.60
Ultrasound: RM20
Consultation: RM10
Total cost: RM149.60
Parking: RM 7

Costing untuk Folliova 75 I.U pada 30 Mei 2010
Resit hilang, so tak berapa nak ingat terperinci. Bagi 3 kotak Folliova 75 I.U, clomid x 10biji dan consultation
Total cost: +-RM350.00

Prosedur I.U.I akan dilakukan pada Isnin 12 Julai 2010 ini. Bayaran RM350 untuk prosedur tersebut.
Cuti telah diambil untuk 13-16 Julai 2010. Harap-harap diluluskan cuti oleh Pengarah. Saya perlu berehat secukupnya dan menghindarkan diri dari stress.


Allah! Semoga saya berjaya.

Wednesday, July 7, 2010

Twilight Madness

Masuk hari ini, dah 3 kali tonton Twilight Eclipse. Baca novel sequel 4 biji juga sudah tamat-finish-end.

Keterujaan ini melampau2. Malam ini berhajat tonton midnight di Alamanda.

Tak cukup lagi 3kali tonton? Sudah hafal skrip pun nak tonton?

Iya! Saya memerlukan layar besar, nice sound system plus popcorn++. Superb!

(Wonder mana nak dapat projector-since sound system Altec Lansing dah ada di rumah-yang kurang cuma skrin besar. Bilakah? Abang...skrin 42inci satu ye bang! Pang~!!! Banyak songeh mama?!)

Huu.. Suka saat Edward propose Bella, even it is not as the exact words as in the novel.Background OST Sia-My Love humming in my head! What a madness..

Monday, July 5, 2010

Saya suka!!!

Apa pasal? Tiba-tiba saja suka? Lama tak update blog jadi gilakah? Hah hah hah...
Hari ini saya berjaya mencari Twilight Eclipse. Tak sanggup lagi menunggu 8 Julai ni. Berjaya tengok dengan keterujaan yang nyata. (Jika kau lihat mesti berkata, gilakah? Senyum sorang2, sengih2 dan geleng2 kepala-seorang)

Siap saya tukar blogskin nak bagi tribute pada Twilight. Macam dapat share je? Yerr.. share dosa. Hari ini saya berpuasa dapat lapar dan dahaga saja kah? (camne x dapat lapar dan dahaga je,. tengok Bella n Edward kissing..ops sensored!)

Hahah.. Tak abis lagi saya gelak kesukahati-an. Seronok siut, cam menang kereta mewah beserta percutian idaman di Esme Isle. Hah lagi? Sudah2 lah ye.. (Teringat suami jeling2 sebab tenung henpon 24jam di rumah, di kereta, di jamban dan di mana saja kerana asyik baca novel Breaking Dawn di henpon skrinkeciksakitmataku)

Tapi saya tak mahu tahu di luar set bagaimana Edward tu. Not to even mention his realname either. I'm not interested in his real life. What i want to noe is-Edward is the vamp. As i imagine throughout the novel. I love the character, not the way he used to be outside. Love the soft velvet voice, serious and full of courtesy. Since I've read all the chapter; from Twilight Saga-New Moon-Eclipse-Breaking Dawn, which comes out the best is Breaking Dawn. Can't wait for the next Breaking Dawn in muvee.