Friday, January 28, 2011

Kenapa ada orang macam ini?

Eh, petang-petang jumaat ini aku rasa sentap. Sentap masa meeting tadi ada yang bertanya aku

"Handbag ori ke ni?"
Aku senyum
"Berapa ribu harga ni?"
Aku senyum lagi.

Mood aku yang sekarang suka swing melayang-layang ini terus sentap.

Aku tak paham kenapa ada orang begini?
I never care what others wearing. Kau mampu, kau beli.
Kalau pakai barang tak ori pun ada haku kesah?
Kalau ori pun tu duit kau. Reti?

Monday, January 17, 2011

Time takde duit mesti kereta buat hal

Ini bukan aduan, jauh sekali minta simpati. Ini sekadar luahan perasaan.
Tapi memang betul apa. Bila kita tengah takde duit, masa itulah kete rosak lah, henpon rosak la, selipar putus la, kucing kesayangan gaduh sampai darah-darah mintak ke klinik lah (eh, tu saya punya kucing yg gaduh tu..)

Bulan lepas betri kereta dah kong. Bukak2 tengok ayobetri kerin. Buat haku naik hangin sbb bukan ku yang selalu melenjan kereta itu. Tapi bila part rosak, poket haku la yg kena perah. Hangin lagi.
Bulan lepas, bulan lepas lah punya cerita? Apsal baru nak geram hari ini?

Bulan lepas punya cerita menjangkit ke hari ini. Bulan lepas selepas saya test betri pakai battery-tester dan charger (semua melenjan harta majikan hahahha) dapatlah selamatkan duit cukup sebulan. Dan bila check pagi tadi, mmg dah total out-kong.

Sebenarnya memang dah patut tukar pun battery tu, dah 2tahun6bulan pakai. Hairan juga ada orang pakai kereta 4 tahun tak tukar battery?

Friday, January 14, 2011

Buah Zuriat

Tajuk tu TIDAK ada double meaning. Itu tajuk yang jujur, ikhlas dan tulus. Kepada yang tak kenal apa buah zuriat, nantilah saya kepilkan gambar tu ye.

Buah ini menurut ceritanya hanya tumbuh di Mekah. Sepohon pokok ini hanya ada 71 biji sahaja. Wallahualam saya pun tak tahu kebenarannya.

Apa khasiat buah ini?
Camne nak makan buah ni?
Mana nak dapat buah ini?

Khasiatnya dipercayai membantu suami-isteri untuk menimang anak. Nama lain bagi buah ini adalah: Buah Hawa, Buah Koka, Buah Adam
Buah ini perlu dikeluarkan daripada sabutnya, dibelah isirungnya dan kemudian direbus. Minum air rebusan tersebut dua kali sehari, pagi dan malam, suami isteri.
Oleh kerana buah ini hanya terdapat di Mekah, mungkin juga di Madinah, cara paling mudah adalah mengirim saudara-mara yang menunaikan haji atau umrah. Di Malaysia ada juga yang turut menjual buah ini, tetapi meletakkan harga yang tidak masuk akal. Sebiji RM50. Kalaupun ada yang murah skit, RM20/sebiji. Harga sebenar di Mekah dalam 3 biji 10riyal.

Buah ni memang susah sangat nak dikopek. Sabut luarnya macam buah kelapa tapi lagi keras. Encik Suami guna gergaji untuk kopek kulit yang luarnya, gunakan parang pula untuk belah 2 isi yang di dalam. Apabila direbus, air bertukar warna ungu. Buah itu boleh diguna semula untuk rebusan seterusnya, sehingga hilang warna apabila direbus.

Cubalah, insyaAllah dengan izin Allah kita sama-sama dapat manfaat daripada buah zuriat ini.

*Di hati teringat kunjungan ke MAHA2010 yang lalu apabila bertanya taukeh kedai buah kurma*

"Bang, ada jual buah zuriat tak?"
"Dik, buah zuriat tu lelaki jer yang ada dik.."

Siut kan? Aku terus blah lepas tu, malas nak layan.

Thursday, January 13, 2011

Klinik Kerajaan vs Swasta

Klinik kerajaan atau klinik swasta lebih bagus?

Ini pendapat peribadi sahaja, tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Saya tidak mempertikaikan kebolehpercayaan klinik kerajaan, saya percaya bukan semua servis di klinik kerajaan macam samp**. Saya pun lahir di Hospital kerajaan, ok je sampai la ni. Nak kata bodoh pun idak le bengapnye, nak kata bijak pun idak le sangat...*sila baca ikut loghat Perak*

Saya pun pernah terkena dengan servis samp** gov.hosp ni. Semasa di Utara, pernah kena se-das dengan Kutu-rawatnye. Sungguh terkesan dihatiku ini wehhhhh

Hari ini saya ke Klinik pergigian kerajaan. Gigi makcik sakit nak. Berlubang selepas turapannye tertanggal. Sebab dah seminggu dua ni den poning jo, den suspek la musti gigi punyo angkara ni. Den, FYI tak rabun lagi deh.

Sampai jam 11.00pg. Dalam 12.15 dah siap. Murah pun murah. Rm1 untuk pendaftaran, RM2 lagi untuk charge tampal. Terkejut! *__* Murahnyee. *sapa yang komplen gov.servis cam S*** tu sila lah sedar ye, dengan bayaran murah jgn la espek standard sama dengan private dek ooii. Kalau sama, apa beza mak dengan bapak, jantan dengan betina. Be rasional, ok?

Tapi tu lah, yang den ralat tu, boleh servis sebatang gigi je at one time. Mungkin ini juga kaedah mereka menyingkatkan masa menunggu. Nak tampal gigi lain, sila datang lain hari ye. Ambil nombor semula, tunggu dan tunggu. *Sigh*

Tapi bila pikir semula, berbaloi la dengan RM3 untuk sebatang gigi tu. Kalau kat private kompem dah RM30.

Jadi terpulang la pada poket kau-orang. Nak murah tapi lambat (sikit) pergi la klinik kerajaan, nak cepat dan duit ada banyak, boleh la pegi klinik swasta.

Wednesday, January 5, 2011

Apakah rawatan untuk Hydrosalpinx?

Entri kali ini khas untuk Hydrosalpinx. Apakah hydrosalpinx (Singular) atau hydrosalpinges (Plural)? Kalau uollss baca comments radiologists uollss ada state 'hydrosalpinx' dan sewaktu dengannya, u and me menerima nasib yang sama. Sob.sob. (:'<)

Jadi, hari ini saya rajin (sebenarnya mati kutu tak tahu nak buat apa, jadi why not contribute sikit untuk masyarakat?) tolong translate (terjemah) apa-apa yang saya ketemu di webbies mat-saleh.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hydrosalpinx boleh menyebabkan ketidaksuburan. Ia adalah suatu keadaan dimana, apabila di diagnos, ia boleh diubati bergantung kepada tahap keburukannya. Kunci utama ialah, berjumpalah doktor, dapatkan diagnos awal dan memahami masalah anda.


Definisi:
Hydrosalpinx berlaku apabila salah-satu atau kedua-dua tiub fallopio membengkak akibat daripada jangkitan yang pernah berlaku. Kehamilan secara normal tidak dapat berlaku kerana telur dan sperma tidak dapat bertemu akibat daripada halangan pada tiub fallopio.


Punca:

Hydrosalpinx berpunca daripada jangkitan lama, seperti STD (Sexually Transmitted Disease), pembedahan dan parut tisu.

Simptom:

Sesetengah wanita mengalami 'vaginal discharge' atau sakit perut yang kerap namun sesetengah lagi langsung tidak menunjukkan apa-apa simptom. Diagnos: Hydrosalpinx boleh dikesan melalui sinar-X, pembedahan dan ultrasound.

Rawatan:

Bergantung kepada tahap keburukan, doktor mungkin boleh melaksanakan pembedahan untuk membuka tiub fallopio agar kehamilan boleh berlaku. Sekiranya tiub fallopio anda terlalu rosak, anda mungkin boleh melalukan IVF atau terapi vitro-fertilization.