Friday, May 11, 2012

Kampung tetap terbaekk!

Walaupun rumah ditengah pekan, 5 minit bermotor dah sampai ke pekan, keluar rumah dah jalan raya bersimpang siur. Kampung halaman tetap terbaik!


Jauh sekali sawah bendang, getah dan sawit berderet, tak pernah pula ada kumbang dari ladang sawit dan getah mampu terbang sehingga ke rumah aku di kampung.


Tetapi kampung walau bagaimana 'maju' sekalipun, tetap terbaik!


Maka, dua minggu di kampung ini serasanya terlalu sekejap. Pulang memenuhi dan menunai hasrat makan makanan enak-enak di kampung halaman.


Kerana itu, makam ini terbiar sepi seketika. Ini pun meminjam BerukBand yang kejap laju kejap perlahan.