Thursday, March 24, 2011

Sambil-sambil masak

Lama dah tak buat apa-apa entry.
||
||
||

Sedang memasak tadi mencurah ilham Allah. Bukan selalu. Jarang-jarang berlaku.
Lalu kukuis netbook di meja kopi, sambil menonton berita di kaca tv, menunggu ayam percik di dalam oven, menunggu nasik ditanak suami empuk.

Esok, teruja untuk pulang ke kampung. Homesick? Barangkali.
Kali akhir menjejak kaki ke kampung adalah tiga bulan lalu. Rindukan bau parit, baru udara pagi, hawa sejuk subuh sepi'e (bak kata emak).

Janjinya pulang malam ini, tetapi rancangan berubah di saat akhir. Esok jam 8 ke Shah Alam dahulu langsung pulang ke kampung.

Bagaimana lagaknya Tena di dalam kereta? Pasti huru hara..

Jangan lihat, kira ianya menyakitkan

Jangan lihat kira ianya menyakitkan
Jangan dengar kira ianya menghancurkan
Jangan bicara kira ianya menghiris perasaan

Cenderung sebagai insan, sentiasa ingin tahu
Sentiasa ingin bertanya
Sentiasa ingin berdebat
Sering ingin mendengar
Suatu khabar yang entah umpat atau fitnah
Entah sahih entah dha'if

Jangan ambil sifat peduli
Ketepi rasa tawar yang bersendi di lubuk hati
Sering jatuh berkali-kali
Tabahlah hati, bangun setiap kali
Walau bertatih usai tetap berdiri

Rahmat Allah 'Azzawajalla
Bukan hanya satu perkara
Nikmati segala yang kau anggap
Luak padamu tetapi nikmat selainmu
Hembus nafas juga nikmat
Hela nafas lagikan pula
Kelip mata tika buka
Tutup ketika kantuk melanda
Kenyang yang kau rasa
Kentut yang biasa
Apakah lagi kenikmatan yang tidak pernah kau rasa cukup itu?
Bersyukur seadanya, pasti melimpah rahmat dan nikmat Allah!

Sunday, March 13, 2011

My little red tabby

Red tabby?
Ya, itu adalah pet kesayangan aku yang telah mula dimiliki 3 bulan lepas.

Photobucket

Mula-mula sampai ke rumah, Fine! Dia DAH MULA 'KERESEN' DI RUMAH AKU.
Dia bubuh di tengah-tengah hall. Maybe fobia naik kereta 3-4jam,jadi bila masuk ke rumah aku terus la dia tak tertahan-tahan..,Haha!

Tak boleh marah. Ini yang aku nak. Jadi pasal hygiene kucing ni perlulah aku lakukan suka rela. Lagipun aku berhasrat membela kucing ini sampai ke akhir hayatnya. Atau hayat aku.

Nama rasminya Antenna. Type domestic shorthair. Colour Red tabby. Panggilan manja Tena. Ekor panjang. Body type langsing. Muka agak panjang. Mata kecik2 biru, dah besar jadi kuning. Trademark putih di mouth area, abdominal area and chest area.

Rasanya dia dah gain weight almost 1kg dlm 3 bulan pertama ini. Aku target dia kena weight 7-8kg untuk jadi gebu dan gumoks. Now at 2.1kg.

1st month dah berjaya lari keluar rumah. Diburu kucing liar sampai patah kaki dan infection. Bawa ke Vet, kopak RM70.

2d month di rumah aku, dah mula nak cari bf. Mengejutkan aku dan suami jam 4.00pagi dengan kicauan mulutnya. Bawa ke vet semula nak bg pil perancang, vet refuse till dia dah over the heating. Dia mengamuk di Vet, tak mahu di vaccine. Terpaksa pujuk dia sampai luka-luka tangan dicakar. Boleh tahan juga si dara ni ya. Garang.

Then on Friday, paksa ke Vet semula utk vaccine (2nd attempt). Kali ni bawa hubby coz dia tak percaya Tena buat perangai camtu sekali bila gi Vet ngan aku berdua saja.

Haa kau! Hubby tengok sendiri perangai 'baik' Tena masa di Vet. Vet pun cam dah malu2 nak pegang Tena, hubby terus melenjan Tena sambil vet cucuk punggung Tena. Hubby dpt claws mark pangkat sarjan inspector sahab! Bayar RM35 untuk vaccine dan dewormed. Antara service yg murah from Mesra Pet Shop.



berbaloi dengan service akibat Antenna mengamuk.. T_________T




Masuk kereta teruss buat cam nothing happen earlier. Terus behave. Tapi dok mengasingkan diri di seat belakang dan takmahu tgk muka aku n hubby. Dendam la tu.

Photobucket

ME: Vet kata kucing akan murung kira-kira seminggu after vaccine. But with Tena, cuma 1 day.