Entri kali ini khusus untuk mereka yang ingin mengetahui apa yang bakal anda hadapi sekiranya memilih 'jalan' ini. Lihat amaun tersebut barangkali ada yang terdetik,
"Ahh..duit banyak boleh la cerita. Apa lah, buat di kerajaan pun makan sampai sepuluh ribu. Nama saja kerajaan."
Tolonglah, kepada yang bersikap prejudis, percayalah kos di swasta lebih mahal berkali ganda. Saya juga bukan sekaya mana, hidup sederhana. Semua wang gaji digunakan untuk ikhtiar memperolehi zuriat. Saat rawatan ini dijalankan, suami pula baru sahaja bekerja semula setelah hampir 18 bulan tidak bekerja. Bayangkan situasi saya. Saya tidak membuat pinjaman mana-mana bank atau rakan. Mungkin sedikit mendapat bantuan daripada bapa saya. Selainnya saya kumpul bertahun-tahun. Saya juga telah membekalkan sedikit tips (cara saya) kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk menabung. Tepuk dada, tanya selera!
Kalau ada dijalankan di HUKM sekalipun, kosnya hampir begitu juga. Cuma saya mendapat maklumat dari seorang sahabat yang terbuka hatinya untuk mencuba kaedah perubatan moden ini, kos IUI di Hospital Kajang untuk percubaan IUI kali pertama dan kedua adalah percuma, malah kos IVF sekitar 5 ribu ke 6 ribu sahaja. Wallahualam
Semua kos ini tidak termasuk rawatan permulaan untuk diagnos seperti HSG dan SA. KOs rawatan IVF keseluruhannya pada yang berhighlight merah. Kos sesudah itu adalah kos tambahan untuk routine check up sekiranya rawatan IVF berjaya. Kos FET itu untuk embryo-embryo (hasil cantuman ovum dan sperma yang telah terbahagi 4) yang akan di'bekukan' dan disimpan di dalam bank embryo. Kos ini mungkin tiada (RM1000) sekiranya tiada embryo untuk dibekukan. Tempoh maksimum simpanan FET ialah 5 tahun. Sekiranya pasangan masih tidak bersedia/bercerai/mati embryo tersebut akan dilupuskan. Jangan bimbang, rawatan IVF di Malaysia masih patuh syariah, iaitu sekiranya suami dan isteri bercerai, atau mati salah seorang, anda DILARANG untuk meneruskan rawatan. Ini bagi menjaga zuriat dan keturunan ummat Islam khasnya.
I: Kolum LPPKN itu diletakkan sebagai penunjuk berapa kali lawatan ke LPPKN perlu dilakukan sepanjang prosedur IVF. Inilah sedikit pengorbanan yang memerlukan kerjasama suami isteri. Bukan sedikit komitmen yang diperlukan, maka ada di antara kita mudah berputus asa ditengah-tengahnya. Perbanyakkan tawakkal. Berbincang bersama-sama suami supaya mencapai kata sepakat. Di saat ini, tolak ketepi segala masalah, pejam mata kepada satu-satu perkara yang menjengkelkan. Sentiasa positif dan pandang ke hadapan. Prosedur ini agak mengambil masa, wang, penuh emosi dan memerlukan kesabaran. Ketika ini, jangan terlalu berkira dengan kewangan dan jangan fikirkan langsung kemungkinan 'rugi' andainya prosedur gagal. Buang perasaan sayang pada 'harta'. Allah sedang menguji kesungguhan dan redha kita kepada kegagalan.Tawakkal kepada Allah sepenuh jiwa dan raga. Tanamkan dalam hati, andai ia memang rezeki kita insyaAllah akan diberikan juga olehNya. Bukankah kita pernah melalui fasa kecewa yang lagi hebat?
hello there, nak tanya total cost untuk ivf dalam pic in your post berapa? tak berapa jelas sebab printscreen. thank you!
ReplyDeletedalam 9051. kalau = folowup 3bln dlm 9600
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTq sebab share info ni. Sy pun terfikir nak buat IVF jugak. Sekarang ni sy buat kat hospital swasta (yg biasa2 jek). Hari tu buat IUI tapi xjadik, sedih sgt. Untuk IUI hari tu mencecah RM1k jugak untuk prosedur dan suntikan hormon. Doakan sy yea.
ReplyDeleteLPPKN yg awk g ni kt mana ya? Sy nk try wat ivf jgk...
ReplyDeletethanks for this info...sbb sy buat iui di swasta xmenjadik and cost dia rm8k...and doctor suggest ivf cost dia rm20k...mcm tak sanggup dengar cost dia..tp kalau LPPKN cost mcm ni...mmg sy nak lah.
ReplyDeleteSaya buat iui swasta juga..rm750 je..bulan 3 this year.tp tak jadilah..
DeleteSaya buat iui swasta juga..rm750 je..bulan 3 this year.tp tak jadilah..
Deleteasssalamualaikum..setakat ni saya buat iui dah 4 kali (ebih kurang) di KPJ Ampang Puteri..kos setiap iui lebih kurang and xlebih dari RM500..saya pernah buat juga ivf tapi x menjadi..insyaAllah nak try lagi next year,,
ReplyDeleteJoin fb group "ivf malaysia" untuk berkongsi pengalaman dan memberi sokongan kepada ivf mothers. Tq
ReplyDeleteAsslm, uols tak nak cuba produk shaklee ke? dah ramai pun testimonial yang berjaya untuk mendpatkan zuriat. Boleh cuba browse internet, set subur shaklee.
ReplyDeleteKlu uols nak info, boleh juga email ke kak yatihidzir32@yahoo.com. atau folo fb kak Yati Hamid. atau whatapps kak 019-203-9263.
InsyaAllah, kita berdoa, berusaha dan tawakal. Allah akan bantu.
Assalamualaikum. Saya menunggu 9 tahun untuk mendapatkan cahayamata. Saya hanya sempat pergi ke LPPKN untuk early stage treatment je sebelum saya berhenti disebabkan our busy schedule. Apa yang saya buat sepanjang penantian saya for a baby ialah live a happy life (without stress to have a baby), do a lot of workout, makan spirulina Elken (I believe it is the best spirulina at the market) dan solat tahajjud. Alhamdulillah my baby is now 5 month old and she is healthy. Penghibur mommy & daddy. Semoga all of you akan berjaya dalam usaha untuk dapatkan cahayamata. The most important thing is don't lose hope. Allah akan bagi bila tiba masanya. InsyaAllah.
ReplyDeleteSy buat ivf di HKL.. kos rm3400.. que 2tahun.. tp alhamdullillah nama sy naik tahun ni.. jd tempoh que hnya setahun...
ReplyDeleteBetul ke awk buat ivf di HKL hanya rm3400..
DeleteBetul ke awk buat ivf di HKL hanya rm3400..
DeleteSy pun wat kt hkl thn 2013...alhamdulillah ivf pertama sy berjaya dan dpt baby boy..tp nk wat next plk embryo yg frozen xbole survive..
DeleteBoleh sy tau kt mana cawangan lppkn
ReplyDelete