Sebab ada yang bertanya kos rawatan lama dahulu daripada 1st step HSG, saya pun hampir terlupa. Tapi usaha punya selongkar saya dapat serba sedikit resit-resit yang saya masih simpan.
HSG (Hydrosalpingogram) - untuk diagnos tiub fallopio dan keadaan rahim.
Caranya: cecair contrast dipam masuk ke dalam faraj dengan keadaan anda berbaring. Kemudian, kawasan peranakan anda akan di x-ray maka cecair contrast tersebut akan menunjukkan sekiranya ada blocking atau tidak. Cecair ini turut berkemampuan untuk menghilangkan tiub-tiub yang tersumbat/blocking yang tidak kronik.
KOS di Hospital Tawakal RM180 (setakat ini kos yang paling murah adalah di Hospital Tawakal. LPPKN tidak menyediakan perkhidmatan HSG ini, jadi anda akan di'refer' ke mana-mana hospital yang anda suka). Saya sempat survey di hospital swasta lain, kosnya boleh mencecah RM350.
Rahim anda akan sedikit tidak selesa semasa prosedur ini. Selesai X-ray, anda akan digolek ke kiri dan kanan untuk membiarkan cecair itu mengalir. Prosedur ini tak lama, lebih kurang 10 minit. Sebaiknya anda terus sahaja ke tandas selepas itu untuk mengeluarkan cecair yang tetinggal di dalam rahim anda. Ada yang mengalami 'bloated' selepas rawatan HSG. Jangan bimbang, ianya akan surut seperti biasa.
SA (Sperm Analysis) di LPPKN : RM 50.00
SA tak sama seperti SST (Sperm Survival Test). SA adalah prosedur pertama yang dikenakan kepada suami untuk mengira bilangan sperm, saiz, aktif dan sebagainya. SST khas untuk prosedur IVF sahaja.
Saya dan suami juga pernah berjumpa dengan pakar sakit tuan , Dr. Ismail Thamby di LPPKN Shah Alam. Kos yang dikenakan;
RM5.00 untuk Fi Pendaftaran Seksualiti
RM20.00 untuk perundingan
Tanyalah apa sahaja kepada Dr.Ismail Thamby. Beliau akan menerangkan sejelas-jelasnya sehingga saya pula yang malu untuk mendengar di samping suami.
Jika dahulu, LPPKN akan mengkhaskan setiap hari Rabu untuk hari sakit tuan di LPPKN Jalan Raja Laut, namun kini tiada lagi.
No comments:
Post a Comment