Wednesday, December 28, 2011

postponed lagi

cik p dtg.. tp terpaksa postpone lagi hajat treatment. apa-apa saja lahhhh... :'(


I: JGN EXPECT TREATMENT @ LPPKN DURING NOV-DEC. LAB NAK STERILE, DOC PULA BZ.. LEARN SOMETHING, PLEASE!

Saturday, December 17, 2011

DermaLah DARE

Ada kempen derma darah di Pusat Darah Negara. Aku gagahkan pergi ikut rombongan ofis. Berkobar-kobar nak sedekah darah ni. Badan asyik lesu je, mana lah tahu berkat derma darah ni badan jadi ringan. 


1st check berat - PASS *aarrghh.. dah jejak angka ENAM. Nak pengsan rasanya, sebab tak pernah aku seberat itu.


2nd check jenis darah - PASS Type A


3rd check Hb darah - PASS paras-paras je aku ni. 12.9


4th check blood pressure - PASS juga


Sekali tu aku kene reject juga. Sebabnya aku baru lepas acupuncture and bekam. Tak sangka buduh juga aku ni. Baru tahu yang ia akan efek kalau kita nak donate blood.


Moral of the story, sila ambil tahu apa yang prevent kita dari menderma darah:


1. Berat x kurang 45kg
2. Takde makan ubat-ubatan dalam tempoh 1minggu sebelum menderma
3. Tidur lebih 5 jam
4. Bukan tengah heavy period
5. Tidak menyusukan anak
6. Tak mengandung
7. Tak melakukan acupuncture dan bekam dlm tempoh 6 bulan sebelumnya
8. Tak pernah duduk di UK lebih 6 bulan dan makan daging di sana.

Wednesday, December 7, 2011

SIAPA AKU DI SISIMU

Kuliah BPS1123 dari Professor Osman Akbar telah 10minit bermula. Mas masih belum melihat kelibat Ilham di dalam kuliah. Dewan kuliah yang boleh menempatkan hampir seratus mahasiswa menyukarkan penelitian Mastura mencari kelibat Ilham Maya. Hatinya gusar dan bimbang kerana sejak malam tadi Ilham tidak pulang ke asrama. 

"Tidur rumah tuan rumah dia lagi ke?" desis Mastura di dalam hati. 

Semakin kerap Mastura melihat Ilham bermalam di rumah majikannya. Kini, Ilham juga sudah tidak memberitahu Mastura apabila majikannya mengarahkan Ilham untuk bermalam ditempat kerja. Mastura mula sangsi. Banyak sangatkah kerja Ilham di rumah tersebut? Ilham juga jarang membuka cerita tentang majikannya. Yang Mastura tahu, majikannya itu sememangnya seorang yang tegas dan garang. Kerapkali Mastura terdengar Ilham ditengking semasa menerima panggilan telefon dari majikannya. 

"Kriukkkkk..."
Semua mata tertumpu ke pintu dewan. Engselnya ketat mengeluarkan bunyi berkeriuk menarik perhatian setiap mahasiswa malah Prof. Osman juga menoleh. Profesor yang terkenal kerana ketegasannya itu seolah tidak memberi reaksi kepada mahasiswi yang lewat hampir 15minit ke kuliahnya.

Sekadar memberi senyuman dengan penuh rasa bersalah dan malu yang menebal kerana diperhatikan hampir keseluruhan dewan kuliah, Ilham merasakan derap kakinya terlalu perlahan untuk mengambil tempat duduk. Mendengar bisikan dari arah belakang dewan membuatkan Ilham menoleh. Mastura melambai-lambai Ilham memanggilnya duduk di sebelahnya.


"Bos kau suruh kau tidur di rumah dia lagi ke?"

Ilham sekadar mengangguk-angguk kecil. Tidak berani berkata sepatahpun takut mengundang kemarahan Prof. Osman. Sudahlah dia kelewatan, takkan mahu ditambah kelalaiannya dengan perbualan yang boleh ditangguh pula. 

Nota kecil yang baru ditulisnya diunjuk kepada Mastura. Mastura pula yang mengangguk. Faham bahawa Ilham tidak mahu sebarang perhatian dari Prof Osman. 


Sebaik keluar dari kuliah tersebut, Mastura berlari-lari anak mengejar Ilham yang telah jauh di hadapannya. Mengejar masa untuk ke kuliah seterusnya.

"Woi! Sabar la woi.. Kau ni nak jalan laju-laju dari aku kenapa? Penat la aku tunggu kau malam tadi tak balik-balik. Apasal tak telefon dari rumah bos kau? Banyak sangat ke kerja kau kat rumah tu sampai terpaksa tidur sana? Minggu ni je dah 3 kali kau terpaksa bermalam. Kalau macam ni silap-silap haribulan bos kau tu suruh kau angkat semua kain baju kau dan kerja 24 jam di sana!"
Soalan bertubi-tubi Mastura merimaskan Ilham. Namun dia tahu itu juga salahnya kerana menyebabkan kebimbangan pada Mastura. Soalan yang tidak mendapat respon dari Ilham menjengkelkan Mastura.

"Ehh..Kau ni badak masuk air dalam telinga pun tak berapa pekak macam ni lah! Penat aku tanya ni weii..Jawab la"

Ilham antara hendak tak hendak menjawab perlahan.

"Ya, semalam aku sampai ke rumah bos aku lewat sikit. Maka masa dinner pun dah ter'drag' sampai jam 9 malam. Bos aku pulak lepas tu mintak mop lantai lepas habis dinner. Tengok-tengok dah jam 11.00malam. Dia suruh la aku tidur terus kat sana. Siapa pulak la nak hantar aku balik sini dah malam-malam buta."

"Kau ni..Handphone ada buat apa? Baik ko jual timbang kilo je kalau tak reti guna. Aku bukan apa, kalau aku call aku berani kerat jari la kau tak angkat. SMS apatah lagi. Haremmm"

Bibir Mastura tercebir-cebir sambil mengutarakan ayat tersebut. Ilham akur, setiap kali dia di rumah Ammar, dia tidak berpeluang seminit pun untuk berehat. Ada saja kerja yang akan diberikan Ammar. Baik kerja-kerja rumah sehinggalah tugasan-tugasan kuliah. Malah, akhir-akhir ini semakin kerap pula Ammar menyuruh Ilham menyiapkan tugasan-tugasan kuliahnya seolah-olah Ammar memang sudah merancang dari awal apa kerja yang akan diberikan kepada Ilham setiap hari. Dan kerana itu juga Ilham terpaksa bermalam di rumah Ammar demi menyiapkan tugasan-tugasan serta nota kuliah Ammar.Ilham juga sering keletihan di dalam kuliah kerana tidurnya kini sering tidak berjadual, dan acapkali Ilham tertidur di atas nota kuliah Ammar.

"Kalau macam itu Mas, jangan nanti takde pulak jari manis kau untuk sarung cincin kawin. Habis, dah kena kerat mana nak letak jari manis tu?"

"Kau, kalau aku cakap ada je loyar kau. Patut kau ni ambil course Law la Ilham. Jangan ambik bisnes"

Di dalam hati Ilham turut mengiyakannya. Sekurang-kurangnya Ilham berpeluang mempertahankan hak wanita lain sekiranya dia mengambil jurusan undang-undang. Tidaklah dia rasa ditindas seperti sekarang. Kerana kursus perniagaan yang diambilnya ini menyebabkan dia banyak bertolak-ansur dengan Ammar. Seperti peniaga dan pelanggan. Hairan pula dia dengan sikap diktator Ammar yang menggila. Menyinga tak bertempat. Di kuliah bukan main tersenyum simpul, sebaik sampai di rumah bagai ada magnet yang menarik kedua bibir Ammar supaya masam mencuka.

"Hari ni kau kena ke sana lagi ke?" 

"Mungkin tak" Tukas Ilham

"Elok le tu, Tuan Haji Shahzan mintak kita hantar group proposal esok juga. Malam ni boleh kita discuss before finalize our proposal."

Tiba-tiba deringan telefon Ilham menganggu perbualan mereka. Bingkas Ilham mencapai dari poket beg galasnya yang lusuh.

"Hello..Assalamualaikum". Melihatkan nama pemanggil yang tertera di skrin telefon mendebarkan hati Ilham. Apakah lagi yang diinginkan Ammar hari ini.

Terangguk-angguk Ilham seperti kebiasaannya. Mastura di sebelahnya seolah-olah dapat meneka siapa pemanggil bertuah tersebut. Sebaik ganggang diletakkan, Ilham menjungkitkan bahunya.

"Haa... nak bagitahu bos kau panggil duty lagi lah tu malam ni!!! Habis la proposal kita minah oiii"

"Tak apa..tak apa, kau bagitahu aku apa yang perlu, aku siapkan malam ni juga dan hantarkan kepada Tuan Haji Shahzan esok"

"Kau ada masa ke nak buat? Mana nak menyapu la, masak la, mop la"

"Aku kata tak apa. Aku stay-up la malam ni"

"Bagus juga camtu. Leh aku wat kerja Prof Osman malam ni. Nanti dah siap aku bagi kau tengok"

"Ok. Kira satu-sama la kita ni"

"Bos kau tu ada anak jantan nak direkemen kat kau agaknya. Itu yang makin kerap suruh ke sana"

Ilham terkedu mendengar serkap jarang Mastura yang hampir terkena batang hidungnya. Ilham khuatir gesaan dan soalan Mastura akhirnya menjerat Ilham dan akhirnya terpaksa membongkar rahsia yang dikejap erat selama ini. Andainya Mastura tahu, apakah penerimaannya terhadap rahsia itu?


(bersambung...)









L

How to collect money for Fertility Treatment?

Tet!

Agak sensitif sikit ya bila sebut tentang duit untuk rawatan.
Ada cerita laki bini jadi huru hara sebab duit untuk rawatan.
Ada jadi sampai cerai berai kerana stress duit kerana rawatan.
Ada juga sanggup berhutang demi rawatan.

Semua kerana tiap kita yang senasib ini terdesak untuk mengumpulkan belanja untuk perubatan 'khas'

Saya tak terkecuali.
Suami bukan orang berada
Jauh sekali dari keturunan berada

Saya juga begitu
Lebih-lebih lagi keadaan kewangan sejak 2 tahun ini 
Tiada niat mengaibkan suami
Tapi..
Manalah ada perkahwinan tanpa cabaran
Suami sedang melalui fasa-fasa sukar dalam hidupnya
Kerana apa yang berlaku itu adalah pilihan kami berdua
Sanggup dia melepaskan jawatan penting kerana 
Kami lebih memikirkan kepentingan keluarga
Maka kerna itu, saya tahu saya patut menyokongnya
Walaupun acap kali saya rebah

Sabar
Sabar
Sabar

Entri ini seharusnya menceritakan bagaimana saya mengumpul kewangan
Maaf rakan, saya dah terlajak jauh

"Banyaknya duit awak buat rawatan IUI saja dah 1ribu"

Selalu sangat diaju ayat itu. Aku jadi tepu.
Nah! Beberapa TIPS mengurangkan tekanan belanja rawatan:

1. Sebelum mulakan rawatan, rancang perbelanjaan. Masa ini, kalau terpaksa ikat perut, ikatlah. Jika pendapatan RM1000, kumpul 10% daripada gaji untuk rawatan. Maka, lagi 10 bulan kamu sudah cukup biaya untuk 1kali IUI.

2. Jika kamu terdesak untuk mencuba dan tak sabar-sabar mencuba rawatan, satu lagi alternatif ialah MAIN KUTU. Ya! Cara itu juga berguna daripada kamu membuat pinjaman Personal yang mengenakan kamu kadar faedah yang merugikan. Di saat rakan-rakan saya bermain kutu untuk membeli LCD TV, repair dapur (yang saya pun teringin terlalu lama untuk lakukan dan terpaksa dipendamkan sahaja hasrat itu) saya berdikit-dikit menabung untuk rawatan. Main kutu bukan sahaja mudah kamu mensasarkan 'bayaran balik', malah ia juga menyelamatkan kamu dari interest yang tak masuk akal! *kalau dikira-kira, kadar faedah yang dicaj pihak bank memungkinkan kamu menggunakan wang 'percuma' pada bank untuk rawatan lain.

3. Jika kamu punya wang, dan bimbang nanti tak mencukupi apa kata laburkan sahaja dahulu. Rawatan kesuburan mengambil masa. Lebih-lebih lagi yang sukakan slow & steady treatment. Mudah saja, duit yang kamu ada hari ini sebahagiannya laburkan ke Amanah Saham atau pelaburan Emas, jadi, di samping kamu mengeluarkan wang perbelanjaan untuk rawatan, dividen dan margin pelaburan kamu seolah-olah menjadi sumber yang 'membayar' duit yang kamu kreditkan. It's like win-win situations.

4. Personal loan

5. Credit card

Cara ke-4 dan ke-5 itu saya tak syorkan, malah saya tak mahu bakal zuriat saya dimulakan dengan berhutang. Dalam kesungguhan kita untuk mencuba, tak mustahil kita alpa tentang itu. Sama seperti Abah berpesan,

"Kahwin jangan berhutang. Orang muda sekarang suka berhutang bank untuk berkahwin hebat-hebat. Sudahnya nanti anak 3 pun masih tak langsai hutang tersebut. Biar sederhana semasa majlis, kerana yang lebih penting adalah kehidupan yang dibina sesudahnya"

I: Terpulang kamu untuk memilih. Kita menentukan jalan hidup kita sendiri.

Sunday, December 4, 2011

Babysitting a babysitter

Cuti skola lama kan..Abang ku bersama kakak ku mahu pulang ke desa sebab production kilang shut-down. Makanya, Abang titipkan anak ke-4 yang berbulu ke rumah daku. So, anda paham ertinya?


(-_-') berpeluh der.

Jaga dua ekor kucing yang satu dah dewasa dan jadi anak dara, bersama satu  lagi yang masih berjimba-jimba langgar segala pasu bunga dan netbuk haku jadi shield masa main aci sorok. *rasa nak sepak je masa netbuk haku terbalik*

Maka haruslah setiap pintu bilik ditutup rapat kecuali tandas anak dara haku. Sebabnya, si Uteh tak paham bahasa, harus nak 'popo' kat bilik master. Boleh pulak dia usha anak dara aku tengah 'popo' dalam lubang jamban tapi tak reti-reti nak ikut jejak langkah Antenna.

Antenna pula, on the other side jadi sangat protective pada barang-barang dia. Dan-dan tidur siang dalam traveller dia. Dan-dan jeling bila Uteh main bulu burung dia, daun serai dia. Dasar anak tunggal. *berbulu*

Jadi, nak mengurangkan kadar obertime Antenna kerana kena kerja lebih masa monitor Uteh (no task-force) willingly folo Uteh wherever she go, haku hangkut la anak dara tu tidur sekali dalam bilik. Uteh kena grounded di luar (selalu yang digrounded dikurung, ini sudah terbalik) waktu malam.

Antenna such a good sista. Keep on eye of hers younger sista but yet she slap-slap muka Uteh sampai terperosok bawah kerusi.

I: Sedang menaip pun sikenitS itu main celup-ba-celup-ba dan jatuhkan buku-buku pula. Sekolah!! Sila lah naik cepat!!



Friday, December 2, 2011

speechless friday

Macy offer
Ikea offer

Kajang banjir kilat

Friday, November 18, 2011

Semangat yang perlu ditunda

Dah.. dah call dah. Pagi-pagi lagi.
Dail ke LPPKN nak tetapkan temujanji. Kak Maz kata Dr. Komathy tak dapat entertain bulan ni. Sibuk dengan kursus dan talk


Nampaknya semangat perlu ditunda lagi. Begitu juga hajat. Hajat bolehlah aku tunda, tapi semangat?

Menunggu Cik P datang bulan depan, penantian memanglah suatu penyeksaan!


I: Teragak-agak ingin melalui jalan ini. Jika menunggu kesal kemudian hari kerana tak mencuba segala macam teknik perubatan yang ada. Masih belum sampai lagikah doa ini padamu Ya Allah?

Thursday, November 17, 2011

Yang ditunggu lewat tiba

Cik P datang dah lewat. Seperti biasa lah. Dah tak teruja. Seolah-olah memang tiada harapan. Seringkali begitu.


Maka, lewat hari ini setelah 35 hari dan mengadu nasib pada sahabat baik, Cik P datang jua.
Esok, awal pagi akan aku hubungi LPPKN untuk temujanji.












Maka
bermulalah episod hidup yang penuh suka-duka
kurniakanlah aku 
Ya Allah!
Zuriat kembar lelaki yang sempurna sifat, sihat tubuh badan dan akal fikiran, 
Menjadi anak yang soleh






I: Cuba jadi cool walau hakikatnya hanya Yang Esa tahu

Wednesday, November 16, 2011

Akupunktur

(sekadar hiasan)

Jumaat selepas aku pegi bekam darah, aku buat pulak akupunktur. Pergi sambil-sambil masa waktu rehat hari Jumaat yang agak panjang dari hari-hari lain. 

Sampai di klinik Dr. Nik Omar hampir jam 1.00tgh. Aku pilih untuk menjalani rawatan bagi masalah peranakan. Doc perempuan tu kata buat di sekitar rahim. Aku disuruh berbaring dan melonggarkan kain.

Doc cucuk 5 bilah jarum akupunktur di sekitar bawah perut. Tak sakit langsung, sebabnya jarum teramat halus. Disuruh berehat 20minit sambil berselawat. Ended up aku tidur. 

Lepas 20minit, Doc datang semula dan mencabut semula jarum. 



Sekian, TAMAT

Saturday, November 12, 2011

Bekam Darah Ouchh!

Gambar skadar hiasan.
Sila jangan terpedaya

Lama tak hapdet. Minggu lepas kursus lima 4 hari dari Isnin. Jumaat saje aku apply leave. Sambung pula cuti Raya Korban. Syok kan sekali sekala cuti sampai straight 8 hari. Pastu 1st day naik keje macam nak nanges




(-.-') keje bertimbun-timbun


Jumaat yang apply leave tu pegi Bangi ronggeng-ronggeng. Nampak pula klinik Homepathy & Acupuncture Dr. Nik Omar. Bagai pernah didengar kan? Dapat lak hidayah dan intuisi untuk mencuba. Sebenarnya kena suggest dengan Abg Ipar cuba bekam darah memandang umur aku dah 30-an masih menternak jerawat. Antara ngeri dan ngeri. Tak ada perasaan lain. Sumpah. Ngeri siot kalau darah berjeli-jeli macam agar-agar keluar dari kulit kau! Tak haru ke?


Jam masa tu 12.00 tgh. Daripada berpatah-patah balik ke rumah, En.Hb kata pergi je la. Biar dia solat Jumaat di masjid berdepan klinik tu. Tu kira intuisi la tu. Dapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Heh.


Ok. Takmo la mukaddimah berjela padahal sebenarnya memang dah cam hi-way panjangnya. Aku kata pada Doktor Wanita kat klinik tu 


"Saya nak yang paling sikit. Berapa cup?"


"4 cup. RM55"


OK!


"Buka baju dan baring"


Ist doc tu bersihkan tempat yang nak dibekam dengan alkohol. Aku rase la, sebabnya sejuk je rasa. Pastu dia suck cup tu pada kulit. Ikut bilangan cup yang kita order. Then dibiarkan lebih kurang 5 minit sampai kita rasa kebas pada kulit yang disedut itu.


Next step cup tersebut akan dilepaskan. Doc akan cucuk-cucuk tempat yang ada bekas menggelembung itu dengan jarum. Bukan jarum akupuktur, tapi jarum yang selalu guna untuk ujian darah tu. Then, dia akan letak semula cup tersebut dan proses sucking diulang. Dibiarkan dalam 5 minit.


Later, cup tersebut yang telah berisi darah kotor akan dibuka. Darah-darah tersebut dibersihkan menggunakan tisu. Jarum akan dicucuk sekali lagi di tempat yang berbekas tadi. Proses menyedut darah keluar diteruskan semula. Dibiarkan 5 minit lagi.


Lastly, cup tersebut dibuka, darah dibersihkan dan cup diletakkan semula. Kali ini, tak perlu lagi jarum dicucuk-cucuk. Hanya bekam angin sahaja. 

That's IT!



Sunday, October 23, 2011

short weekend

Waking up as early as 7, after subuh prayer and LOML goes to class, I tidy up my home, as its already 2 weeks long since I last doing it. Last week both of us were busy working all weekend. And yesterday, my friend and I goes for jimba-jimba starts on 10am to 7pm. 
Sharp at 10am, I finished all the house chores; sweep - checked, mop - checked, wipe- checked, dobby-checked
Toilet? I left for LOML doing it. Including vacuuming. 


I: He helped me alot nowadays. Thank you Allah, he's now can cook Nasi Goreng, Daging goreng kunyit, Kari cheroiii,,It's ok hun, you have another 30 years more to learn cooking fer' me ;''))






HEAVY SAME TO SHOULDER, LIGHT SAME TO HAND kahkahkah!








LOML: love of my life

Tuesday, October 11, 2011

KOS TERPERINCI RAWATAN LPPKN

YOU WOMEN OUT THERE. HAI YAH!
I'VE FOUND SOMETHING INTERESTING.
GOT TOO MANY Q'S REGARDING DETAILING LPPKN COSTS.
HERE THAT MIGHT ANSWER ALL UR INQUIRIES.


HARGA SEMUA JENIS RAWATAN HADO. DEN SUKO GILO


I: tatatatata hep hep hep hola hola hoop gediks gediks. I SUKE

Netbook sakit perot

Lama betul dah tak update. Netbook ni haaa.. sakit perot banyak kali dah. Asalnya sebab tangan gatai hb, harddisk aku jadi kong. Di hantar ke workshop, tukar hd baru. Ingatkan dah ok, bawa balik masuk dua minggu sakit lagi. Kali ni dengan panel sekali ada 'dot'. Sakit jiwa bila menaip, nampak cam ada semut mati kat tengah-tengah. Do u know what i mean? Annoying gila aaa..


Ni masuk kali ke-3 tukar hd. Abis semua document hilang. Yang keje donlod2 kat opis tu nampak sangat kerja tak halal. Makanya semua sekali hilang. Filem-filem febret, maharaja lawak yang konon nak ditonton semula bila muram durja, lagu-lagu sentimental..semua sekali say hai-hai-bai-bai. Adios.


Ok dahla. Nak cerita pasal hard disk je. Sebabnya tension dengan hb punya tangan, asal pegang menda jadi haru-biwu, birat jiwa aku. Tapi ok la juga, dia jugak tukang pomen bila netbook tu sakit-sakit senggugut sekali-sekala. Kadang-kadang sengaja jew aku ternak virus,. bukan apa, nak bagi ulangkaji kat hb, biar dia tak lupa skil IT dia. Haha! Kejam gilew lerr


I: Jangan le rosak lagi netbook ni. Sakit mata la on9 guna hengpong zaman batu aku ni.

Wednesday, September 21, 2011

SIAPA AKU DI SISIMU

Ilham bergegas keluar dari kuliah BPA1133. Dr. Azhar masih lagi melayan soalan-soalan daripada pelajar yang berjumpa dengannya sebaik tamat kuliah sebentar tadi. 


"Matilah aku...Patut dah tiba di rumahnya waktu ini. Sempatkah aku masak nanti?" desis hatinya.


Ilham menjawab sendiri soalan yang diajukan kepada dirinya. Mana mungkin dia sempat memasak hidangan makan malam andai jam sekarang dia masih terkial-kial menunggu bas. 


"Arghhh...Lambat pulak bas ni. Ni la susah kalau driver aku ni ramai penumpang. Tak boleh ke kalau bas ni setiap 15 minit sekali. Ini, jenuh menunggu baru la nak nampak kelibat." Ilham mendengus kecil. Dugaan perantau sepertinya.


"Pon...Pon!"


Sekilas Ilham menoleh. Sebuah kereta berhenti betul-betul di belakangnya. Nyaris ingin terlanggar kakinya.


"Hop in! Hang nak pi mana? Mai aku hantaqkan!"


Serba-salah Ilham untuk menerima pelawaan Aswad. Ilham menjeling jam tangan pemberian Ammar. Jam menginjak 6.50 petang. Kalau sehingga jam 7.00 nanti bas belum kunjung tiba, dia sedar nahas menantinya di rumah.


"Alah..bukan salah pun menumpang kawan. Sekadar laluan yang sama, lagipun 30 minit nanti sampailah ke rumah. Bukan berlama-lama di dalam kereta bersama Aswad". Gusarnya di dalam hati untuk menyedapkan hati sendiri.


Dengan langkah satu-satu Ilham melabuhkan punggung ke sebelah tempat duduk Aswad. Takkan lah pula Ilham menjadi bos dengan duduk di belakang pula.


"Wad, tolong drop by aku dekat roundabout dekat Hospital Jitra ya!"


"Hang sakit ka Ilham?"


"Dok aihh...Aku masuk keje patut pukul 6.00 tadi"


"Hang dok keje apa?. Buleh pulak masuk lambat naa?"


"Alah..keje cuci baju, kemas rumah dan masak kat rumah orang lah Wad"


"Aih...itu serupa jadi bini tu. Aku pun bekenan nak offer hang keje dengan aku lah kalo lagu tu"


"Boleh..boleh kalau hang bagi aku sehari RM200 Wad".


"Humang aihhh..Mahai gila! Baik aku kawin dengan Cek Mek Siam kalo lagu tu. Lagi putih melepak dari hang!.Servis pun tip top!"


"Ellehh Wad..Hang penah try ka? Hang tau lak servis Siam tip top?"


Terkekeh-kekeh Ilham mendengar usikan Aswad. Teman sekuliahnya itu sengaja memilih tinggal di rumah sewa di Taman Siswa. Lebih mudah katanya. Hendak keluar makan pun senang. Lagipun, sudah menjadi tabiat siswa untuk keluar makan-makan dan melepak di waktu malam bersama rakan-rakan sambil menonton bola. Itulah yang sukar jika masih tinggal di asrama penginapan Universiti Utara Malaysia.


Sebaik Aswad meninggalkannya di tepi jalan berhadapan kuil bersebelahan bulatan Hospital Jitra, Ilham mengatur langkah laju-laju menuju ke kawasan perumahan mewah terletak kira-kira 200 meter dari bulatan tersebut. Dari jauh, Ilham sudah dapat melihat kereta suaminya diparkir elok di dalam garaj.


Setibanya di depan pintu rumah, Ilham merasa boot kereta. Sudah hampir sejuk. Tandanya Ammar sudah lama sampai sebelumnya.


Terjengket-jengket Ilham ke dapur. Di dalam hatinya ingin memasak sesenang hidangan yang mungkin. Sayur tumis dan ikan goreng. Tambah lagi air asam dan telur asin. Tangannya sepantas kilat mencapai periuk, menanak nasi, mengeluarkan bahan-bahan dari peti sejuk dan mula mengupas bawang.


"Ilham..."


"Ilham!"


"Ilham Maya. I'm speaking to you. Don't you hear me?"


"Yes I did. What did i do wrong?"


"Balik dengan siapa tadi?"


Ilham terkesima. Nampakkah Ammar semasa dia menumpang Aswad tadi? Tidak mungkin. Enjin kereta Ammar serasanya tadi sudah sejuk. Ini bermakna dia sudah lama tiba di rumah. Mungkin ini hanya serkap jarang Ammar terhadapnya. Sementelah semasa makan tengah hari tadi Ilham perasan renungan tajam Ammar kepadanya yang duduk bertentangan dengan Aswad yang bersama-sama Mas dan Bani. Dia tidak punya pilihan waktu itu. Kafeteria yang dipenuhi manusia memaksa Ilham mencelah di mana-mana meja yang kosong. Daripada dia duduk bersama orang yang tidak dikenali, lebih baik dia menerima pelawaan Aswad dan Bani yang melambai-lambai ke arahnya dan Mas selesai mereka membayar di kaunter tadi. Dan akan lebih menghairankan pula, jika tiba-tiba Ilham mengambil tempat kosong bersebelahan Ammar, berhadapan Khairina yang tergedik-gedik berbual ingin mencuri perhatian Ammar. Dari gerak tubuhnya sahaja Ilham tahu Khairina mempunyai perasaan terhadap Ammar. Mungkin Ammar terlalu buta untuk menilai. Atau mungkin beliau sengaja ingin membuat hati Ilham cemburu, yang mana itu tidak mungkin berlaku!


Lamunan Ilham melayang dek herdikan Ammar. Soalan Ammar yang ingin dibiarkannya tergantung mungkin akan mengundang perang yang lebih besar. 


"Aswad. Dia jemput naik kereta sekali dengan dia. Dah satu jalan, Ilham tumpang saja la. Bukan lama, tak sampai 20 minit saja pun nak sampai rumah. Ilham takut nanti terlewat sediakan makan malam untuk Ammar." 


Ilham menjawab sebutir-sebutir. Tekaknya dirasakan seperti ada lahar yang mengganas. Menggelegak untuk mengutarakan jawapan sebentar tadi. Entah apa reaksi Ammar mendengar jawapan Ilham yang lancar tadi. 


"Apa sekarang ni dah tahu menggatal pulak? Mula naik lemak sekarang? Dah pandai balik lewat-lewat hanya untuk berdating? Gitu?"


"Astaghfirullah...Takde niat Ilham nak sampai ke situ. Tak tahu lah pula jika Ammar yang berniat sebegitu".


Entah dari mana Ilham memperoleh kekuatan untuk melawan. Mungkin juga hatinya sakit melihat kemesraan Ammar dan Khairina semasa di kafeteria tadi. Adakah cemburu mula bercambah di hatinya? Ilham cuba menafikan sekeras-kerasnya. Tidak mungkin dia akan mencemburui orang yang dibencinya. 


"Ya Allah! Berdosanya aku membenci suamiku sendiri. Buruk-baik dirinya, dia tetap suamiku" getus Ilham di dalam hati.


"Kalau Abang betul berniat begitu, salahkah? Bukankan lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang? Ilham tak marah bukan? Ilham kan akan izinkan?"


Entah soalan bodoh mana yang cuba diberikan Ammar kepada Ilham. Ilham malas mahu melawan. Bertekak dengan Ammar hanya sia-sia, menambah dosa dan tidak memberi apa-apa manfaat. Entah mengapa pula tiba-tiba Aku dan Engkau bertukar 'abang' dan 'Ilham'. Buang tabiat barangkali.


Soalan Ammar dibiarkan umpama angin lalu menyebalkan hati Ammar. Sepantas kilat tubuh Ilham terdorong ke belakang. Ammar memusingkan tubuhnya yang sedang menghiris bawang tipis-tipis menghadap tubuhnya.  Ilham terkesima dengan tindakan Ammar.


"Betul tak?"


Ammar mengulangi soalannya tadi. Ilham betul malas melayan. Tak cukupkah selama ini Ammar menyakiti batinnya. Sentiasa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ilham. Bagai Ilham ini terlalu hina. Hina sangatkah dirinya si yatim piatu ini?. Rasulullah juga yatim piatu, tetap menjadi junjungan dan kekasih Allah. Ilham memujuk diri sendiri.


Goncangan di bahunya dileraikan. Sambil berpaling semula menghadap dapur yang membara seperti hatinya saat ini, perlahan Ilham menjawab.


"Ya...Ilham izinkan".


"Yes! I wanna hear that!"


Keji sungguh sikap Ammar. Tidakkah beliau sedar mana ada wanita di dunia ini rela dimadukan. Bilanglah apa sahaja. Payung emas, intan berlian, minyak petroleum. Segalanya takkan dapat membuat wanita menerima seorang lagi kekasih suaminya.


"Just cook faster. I wanna have dinner A.S.A.P. Then we gonna perform Maghrib prayer together. You stay here tonight. I don't give a damn permission for you to go back to UUM."


Rasa ingin melurut jantung Ilham mendengar arahan Ammar. Apa lagi yang dimahukannya. Sekarang memaksa pula dia bermalam di sini. Berkira-kira apakah alasan untuk diberikan kepada Mas esok hari. Pasti bertalu-talu lagi soalannya tentang di mana dia bermalam. 


(to be continued)










I: Kawan-kawan semua, saya mencuba menulis. Jika kawan-kawan berkenan ingin membaca karya sulung saya, silalah vote atau komen ya! Saya menerima secara terbuka. Manalah tahu, berkat sokongan kawan-kawan saya berhasil menjadi Sharifah Abu Salem atau Norhayati Berahim? Bangun tidur Subuh tadi tiba-tiba Allah mengurniakan ilham untuk saya menulis. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia ya kawan-kawan!

Wednesday, September 14, 2011

Entry yang lapuk

Tak tahu apa yang sibuk, tetapi sesedarnya dah menjangkau nisfu Syawal. Masa berlalu takkan dapat kukecap lagi. Teruskanlah hidup.

Masih di dalam Syahri-Syawal. Belum terlewat ucapan Selamat Hari Raya EidulFitri. Moga kesalahan dan kesilapan selama bertutur dan berentry ini diampunkan sahabat semua. Mohon ampun sekali lagi.

Membawa perkhabaran gembira, namun bukan bab cahyamata. Hanya bab persetujuan suami menyambung rawatan yang telah tertangguh setahun. Bukan hanya mengurangkan stress, tapi juga mengumpul dana, mengumpul kekuatan fizikal dan mental untuk bertarung semula dalam sesi rawatan seterusnya.

Apakah perancangannya kali ini?
Doa kami panjatkan agar Allah memberi kekuatan fizikal, mental dan kewangan yang stabil untuk kali ini. Ini kerana besarnya hajat serta harapan kami untuk kali ini.

Namun hati, ikhlaskan tiap sarafmu, redhakan segala keputusan yang mungkin berlaku.

Allah, hanya Kau yang tahu!

Me: Fizikalku tidak pernah aku hirau. Nah! Rasakan lemak tepu seluruh tubuh yang makin bergumpal. Tanda bahagia atau stress?

Antenna: Mama jumpa kutu merayau2 celah bulu. Eiii.. Bahana melahu keliling rumah di kampung ya!

Thursday, August 11, 2011

Selamat Berpuasa dan semoga puasamu kudus!


Lambat, memang tahu dah lambat nak wish..
Selamat Berpuasa, semoga bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata.
Semoga mencapai puasa yang mabrur. Menyucikan jiwa dengan Rukun Islam ke 3.

SELAMAT BERPUASA
BUAT
SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT!







*Yang-yang yok, pagi-pagi buka periuk!







Wednesday, July 27, 2011

Aku Tamau Stress Jang!

Sebut betul-betul ok. Kalau tak jadik Tamau which is like Tapau or Tawau.

AKU TAKMAHU STRESS

Aku cuba membuang apa-apa yang membuatkan aku stress.
Dan kalau boleh aku shut down minda ini sebahagiannya, aku ingin membuang kehendak memiliki zuriat yang meluap-luap.

Aku cuba hindarkan perasaan itu. Bukan sebab aku tak mahu. Aku mahu. Malah teramat INGINkannya. Tapi aku tak perlukan another stress.

Cukup lah stress kerja
Cukup lah stress wang ringgit
Cukup lah stress dengan masalah yang bukan aku puncanya, tapi aku yang menghadap akibatnya.

So, please do not add anymore stress in me.

Aku cuba cool
Cuba tenang
Cuba senyum
Cuba menutup sebahagian kesedihan dalam hidup
Kerana Allah mengetahui segala yang terbaik untuk aku
Mungkin padaNya, aku tak mampu lagi memikul tanggungjawab itu

I: Tiba-tiba bantahan suami menyebalkan hati aku. Menunggu peluang kewangan lebih baik untuk memulakan rawatan semula. Haruskah? Hati ini tetap kamu palingkan kehendaknya. Terpulanglah!

Monday, July 25, 2011

have you been loved?




Some interesting choices in life, LOVE.
Some irrevocably words, LOVE..
Some unconditionally done, LOVE...

How would you know that you have been love unconditionally?
Found some facts that might trigger something inside you, and make you think again.


(Credit to: Maonx)



For a man, their methods of loving a woman is much more simple and less complicated. They don't tend to show off their affection and care the way us women do. And how a man loves is based on 3Ps which are Profess, Provide and Protect. Let begin with Profess, if a man loves a woman, he would be proud to tell everyone that she is his woman. He may not always display his affections, but when a friend asks him 'Who is she?', he will proudly hold her hands and his answer will always stay the same 'Oh, this is my girl, bro!' or else similar to that.

If a man loves a woman, the real man will always try to Provide her with anything that she needs be it materials or supports. He will always be aware of his responsibilities towards his woman and work hard to fulfill them. And it will be his pleasure to do so.

Protect, when a man loves a woman, he may not stay by the bed when she is sick or rub her feet when she is exhausted from walking long distance in high-heeled shoes, but he will do anything, go through everything before he let anything or anyone hurts or harms his woman. That's what you can expect from a man when he loves a woman.

I: Make me think again and again and again...Keep thinking of that.

Sunday, July 24, 2011

Cubalah jadi sensitif pada persekitaran

Aku bukan nak jual baju, ok~

Hujung minggu ini memenuhi jemputan tahlil anak sahabat, ketibaan aku lewat daripada jangkaan. Seperti biasa. Sesat.

Perjalanan yang sepatutnya cuma 15minit dari rumah menjadi 40minit. Gara-gara aku tak dapat cam lorong masuk ke rumah ibu mertuanya.

Sudah separuh surah Yaasin didendang ketika aku sampai. Dengan perasaan malu menebal, aku menapak masuk terus ke belakang, mencari sahabat itu.

Usai tahlil, jamuan ringkas diadakan. Sambil memerhatikan persekitaran (seperti kebiasaannya) aku melihat seorang tetamu di kalangan kaum keluarga sahabat itu memakai pakaian yang memukau mata aku.

Sungguh aku terkedu. Dengan baju mengikut potongan, kain kembang duyung, dan dihiasi labuci dan boleh tahan bermekap tebal. Tengok dia nak duduk pun dah seksa, terkepot-kepot jadinya, dengan anak yang tengah ligat lingkungan setahun. Aku terkesima. Kenduri arwah atau open house ni? Sensitiflah sikit pada persekitaran! Beri penghormatan kepada majlis. Berpakaian mengikut kesesuaian.

Sudahnya anak yang tengah ligat itu mengirai-ngirai nasi, menumpahkan bubur, itu pun dibuat derkkkk je. Selesai si ibu makan, harapan aku biarlah dia mengutip nasi-nasi bertaburan itu, diambilnya kain dan dilapkan ke bawah kerusi. Pinggan dibiarnya di situ, kain lap pula dibiar di atas surat khabar.

I: Sering orang berkata, perempuan mekap tebal selalu rumah bersepah-sepah. Aku tak mahu prejudis. Hal ini sensitip!

Monday, July 18, 2011

Iman Humaira

IMAN

Kudus hati ibu

Renung raut wajah kamu

Rusuh jiwa ibu

Lihat kau layu

Ambillah tempat ibu

Ibu rela menggantikanmu

Ibu pujuk hati ini

La Tahzan!

Tabahlah hati!

Dugaan Allah untuk hamba yang disayangi

Selautan kasih ibu buatmu

Kasih lagi Allah padamu

Ibu cemburu Iman

Allah sayangkan Iman

lebih dari ibu

Tunggu Ibu ya Iman

Pimpin ibu di muka pintu

Jannah Allah buatmu

Untuk ibu belum tentu

Detik mencipta kenangan itu

Akhirnya terhenti di sini

Di saat catatan lama ini diangkat ke langit

Allah janjikan buku baru buat ibu

Inilah takdirNya

Ibu redha


I: Catatan ini ditulis buat Norhazlinda Mohd Hanapi. Seorang sahabat yang baik. Kehilangan permata hatinya kerana barah saraf, berusia 2tahun 9bulan menjelang Nisfu Syaaban bersamaan 16 Julai 2011. Alfatihah...

Monday, July 4, 2011

hEY hey.. IVF

uwahh tak sabar menunggu nak buat IVF

sedikit teruja

tak sabar menunggu Aidilfitri untuk mulakan kembali treatment, setelah break sejak Aidilfitri tahun lalu



















Bimbang Overstimulate pada Ovari. Break setahun. Mengumpul dana.















tabungan setahun..hanya untukmu..ZURIAT


I: 10k for IVF di LPPKN, aku penunggu yang setia, pencinta yang sejati, Allah, Makbulkanlah!

Sapu habuk dan sawang

Amik penyapu di dapur, pegang mop di hall. Cuba membuang habuk dan sawang di lubuk ini.















Masa lapang sebelum sempit yang aku rasa akhir-akhir ini makin menjerat nafas.
Sungguh.
Tak pernah lagi bila sampai di ofis, sehinggalah waktu pulang, yang sesaat aku tak membuat apa-apa.
Nah!
Ini belum dikira lagi waktu rehat yang aku langgar untuk membuat keroje. Belum juga lagi waktu lunch menginjak jam 6. Itu pun di rumah. Itu pun selalu juga terlajak sampai ke rumah 6.45 ptg, dan terkocoh-kocoh menunai Asar.

Itulah rutin harian sekarang. Teramat sibuk. Di sebalik kesibukan itu juga aku bersyukur, setidak-tidaknya masa terluang tiada lagi ruang dan peluang untuk sentiasa terkenang masalah-masalah yang melanda. Kehidupan yang pack membuat aku lebih menghargai masa. Masa tidur maksud aku.

Lantaran kesibukan ini juga dah hampir sebulan dapur tak berasap. Bawang jadi daun semula. Kentang jadi pokok. Beras jadi bubuk.

Jadi, hari ini bila ada rasa kelapangan sekelumit kutu, aku menguis lappy., mencoret sesuatu sekadarnya saja. Tiada matlamat untuk menyampaikan apa-apa.













Tamat siaran berita TV9 tadi, teruja melihat pasangan yang dilapor menunggu hampir 6tahun untuk memperoleh zuriat, akhirnya dikurniakan triplets!













ALLAH MAHA KAYA! ALLAH AKBAR!

Monday, June 6, 2011

Tak cukup kalau call EMAK kalau tak 30minit

Betul... Kalau tak cecah 30minit, bukanlah namanya aku menelepon Emak. Banyak benda nak cerita. Mostly pasal Antenna. (Ok , terguris ye sebab ai takde baby, so Tena is mine probs-baby).

Aku dari kecil memang semua benda nak cerita dengan Mak. Ngan Abah rasanya tak penah la citer jiwa2 ni, padahal Abah sebenarnya lagi touching2 gila dibandingkan Mak. Penah jumpa tak Abah yang menitis air mata hantar anak ke hostel (30km je pun dari rumah-dah tu pulak tiap 3 minggu sekali mesti balik). Abah korang takde kan? Kan!? Abah aku je best. Mak aku pulak yg cool je. Mak memang cenggitu.

Dulu masa frust cintan, aku nak round2 satu semenanjung, mak settt je, abah pesan berbakul2. Keluar statement aku pd Mak yang sampai sekarang rasa bersalah sebab mengutarakan soklan tahap bangang tak ingat tu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Mak ni cam tak sayang orang je..."

" Kan Ya dah besar, pergi je la tengok2 tempat orang"

Jarang sekali mak kata TIDAK. Abah pun camtu juga. Sekarang aku nampak kesannya. Tahap kompiden berjalan seorang dan meronggeng sorang-sorang pun aku leh layan. Lone ranger pun no hal. Sebab dah biasa jadik power rangers pompuan sorang-sorang utk survive dalam rumah yang hanya aku dan emak yang berjantina sama.

Minggu ni telpon mak sebab nak cerita baby aku lari keluar rumah (depan rumah je pun sebab Tena memang penakut). Burung merpati berteritip tepi kolam, mandi manda dan minum-minum air kolam pun hanya membuatkan Tena teruja dari jauh je. Aku nak juga tengok dia terkam ke kolam tu, nak mengiyakan teori yang mengatakan kucing memang semulajadi tahu berenang (bistu apesal Tena takut air?)

Tena kemudiannya berjaya dikurung dalam rumah. Selalunya masa wiken la aku akan bagi dia freedom ke beranda rumah sbbnya selama ini (since dia kecil aku dah latih dan tanam dlm mindset dia yang dia tak boleh lepas melompat dari beranda aku setinggi 4 kaki) dia memang takkan lompat ke luar sejak peristiwa yang terjun tiruk ke luar yang mematahkan kaki dia hingga kini jadi tempang. Tapi sebab aku sambung tido lepas subuh Ahad lepas, Tena yang kebosanan telah lari dari rumah. Berderau darah aku bangun jam 10pagi cari dia serata rumah dah takde. Teringat warning sooami yang kalau kali ni hilang kucing lagi, it was the last time i can bela kucing :((

Panggil punya panggil (dengan bekas dryfood-sekilo dia di tangan) ternampak dia di luar rumah, dekat dengan masterbedroom aku. Pecut keluar nak selamatkan dia. Nampak je muka aku, dia buat la gesel2 manja. Takut kena marah la tu.

AFTER THAT INCIDENT, NO MORE OUTING FOR U. U ARE GROUNDED FOR THE REST OF YOUR LIFE ANTENNA.

I REALLY MEAN IT.

COZ U ARE A BABY TO ME AND I REALLY MISSED WHEN YOU ARE NOT AROUND



Sunday, June 5, 2011

Kenapa aku tak hapdate blog?

Since a few days lepas aku try masuk blogspot.com tapi keluar paparan 'Not Found Error 404'. Memula aku ingatkan streamyx problem, tapi kalau streamyx puncanya tentu la aku tetap x bleh access page lain. Jadi sebagai solution nye, aku try log melalui 'google search-blogspot sign in' dan back to Home. Alhamdulillah menjadi.

Jadi idea-idea untuk hapdate sebelum ini terbang sudah. Yang tinggal hari ini cuma idea-idea kering dan lembab, seperti kain baju di ampaian yang tak kering-kering sebab masa keje hujan kemain, lagi 5 minit nak sampai rumah hujan selebat-lebat macam sengaja nak bilas baju di ampaian.

Minggu ini ada relaks sikit. Sabtu all-day kami sooamisteri ada di rumah. Mengerjakan rumah yang dah 2-3 minggu kami buat tak nampak habuk dan debu lantaran kesibukan. Tu la.. Masa lapang sebelum sempit, masa muda sebelum tua, masa kaya sebelum miskin. Nah! rasakan penangannya sekaligus. Yang masa sihat sebelum sakit tu masa zaman 2005-2006 yang asyik tak sihat je. Jadi Allah bagi aku rasa yang 3 lagi ni. Hadapailah dengan senyuman, ok! Walaupun stress melanda.

Tadi aku goreng pisang tanduk. (Tukar topik serta merta)
Pisang raja pun ada lagi 2 sisir. Pisang tanduk masih bersisa sebiji. Pisang lilin masih ada dalam stok di freezer. Tak sempat stok yang ini habis, pasti mak dan abah akan kirimkan sedikit dari kampung (sikit pada mak abah ialah 1 tandan, durian 8 biji tak masuk tempoyak)

Rezeki. rezeki. Tetiba rasa feel nak balik kampung, makan goreng pisang bawa ke kebun sambil2 bersantai hirup udara segar.