Friday, November 18, 2011

Semangat yang perlu ditunda

Dah.. dah call dah. Pagi-pagi lagi.
Dail ke LPPKN nak tetapkan temujanji. Kak Maz kata Dr. Komathy tak dapat entertain bulan ni. Sibuk dengan kursus dan talk


Nampaknya semangat perlu ditunda lagi. Begitu juga hajat. Hajat bolehlah aku tunda, tapi semangat?

Menunggu Cik P datang bulan depan, penantian memanglah suatu penyeksaan!


I: Teragak-agak ingin melalui jalan ini. Jika menunggu kesal kemudian hari kerana tak mencuba segala macam teknik perubatan yang ada. Masih belum sampai lagikah doa ini padamu Ya Allah?

Thursday, November 17, 2011

Yang ditunggu lewat tiba

Cik P datang dah lewat. Seperti biasa lah. Dah tak teruja. Seolah-olah memang tiada harapan. Seringkali begitu.


Maka, lewat hari ini setelah 35 hari dan mengadu nasib pada sahabat baik, Cik P datang jua.
Esok, awal pagi akan aku hubungi LPPKN untuk temujanji.












Maka
bermulalah episod hidup yang penuh suka-duka
kurniakanlah aku 
Ya Allah!
Zuriat kembar lelaki yang sempurna sifat, sihat tubuh badan dan akal fikiran, 
Menjadi anak yang soleh






I: Cuba jadi cool walau hakikatnya hanya Yang Esa tahu

Wednesday, November 16, 2011

Akupunktur

(sekadar hiasan)

Jumaat selepas aku pegi bekam darah, aku buat pulak akupunktur. Pergi sambil-sambil masa waktu rehat hari Jumaat yang agak panjang dari hari-hari lain. 

Sampai di klinik Dr. Nik Omar hampir jam 1.00tgh. Aku pilih untuk menjalani rawatan bagi masalah peranakan. Doc perempuan tu kata buat di sekitar rahim. Aku disuruh berbaring dan melonggarkan kain.

Doc cucuk 5 bilah jarum akupunktur di sekitar bawah perut. Tak sakit langsung, sebabnya jarum teramat halus. Disuruh berehat 20minit sambil berselawat. Ended up aku tidur. 

Lepas 20minit, Doc datang semula dan mencabut semula jarum. 



Sekian, TAMAT

Saturday, November 12, 2011

Bekam Darah Ouchh!

Gambar skadar hiasan.
Sila jangan terpedaya

Lama tak hapdet. Minggu lepas kursus lima 4 hari dari Isnin. Jumaat saje aku apply leave. Sambung pula cuti Raya Korban. Syok kan sekali sekala cuti sampai straight 8 hari. Pastu 1st day naik keje macam nak nanges




(-.-') keje bertimbun-timbun


Jumaat yang apply leave tu pegi Bangi ronggeng-ronggeng. Nampak pula klinik Homepathy & Acupuncture Dr. Nik Omar. Bagai pernah didengar kan? Dapat lak hidayah dan intuisi untuk mencuba. Sebenarnya kena suggest dengan Abg Ipar cuba bekam darah memandang umur aku dah 30-an masih menternak jerawat. Antara ngeri dan ngeri. Tak ada perasaan lain. Sumpah. Ngeri siot kalau darah berjeli-jeli macam agar-agar keluar dari kulit kau! Tak haru ke?


Jam masa tu 12.00 tgh. Daripada berpatah-patah balik ke rumah, En.Hb kata pergi je la. Biar dia solat Jumaat di masjid berdepan klinik tu. Tu kira intuisi la tu. Dapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Heh.


Ok. Takmo la mukaddimah berjela padahal sebenarnya memang dah cam hi-way panjangnya. Aku kata pada Doktor Wanita kat klinik tu 


"Saya nak yang paling sikit. Berapa cup?"


"4 cup. RM55"


OK!


"Buka baju dan baring"


Ist doc tu bersihkan tempat yang nak dibekam dengan alkohol. Aku rase la, sebabnya sejuk je rasa. Pastu dia suck cup tu pada kulit. Ikut bilangan cup yang kita order. Then dibiarkan lebih kurang 5 minit sampai kita rasa kebas pada kulit yang disedut itu.


Next step cup tersebut akan dilepaskan. Doc akan cucuk-cucuk tempat yang ada bekas menggelembung itu dengan jarum. Bukan jarum akupuktur, tapi jarum yang selalu guna untuk ujian darah tu. Then, dia akan letak semula cup tersebut dan proses sucking diulang. Dibiarkan dalam 5 minit.


Later, cup tersebut yang telah berisi darah kotor akan dibuka. Darah-darah tersebut dibersihkan menggunakan tisu. Jarum akan dicucuk sekali lagi di tempat yang berbekas tadi. Proses menyedut darah keluar diteruskan semula. Dibiarkan 5 minit lagi.


Lastly, cup tersebut dibuka, darah dibersihkan dan cup diletakkan semula. Kali ini, tak perlu lagi jarum dicucuk-cucuk. Hanya bekam angin sahaja. 

That's IT!