Saturday, November 12, 2011

Bekam Darah Ouchh!

Gambar skadar hiasan.
Sila jangan terpedaya

Lama tak hapdet. Minggu lepas kursus lima 4 hari dari Isnin. Jumaat saje aku apply leave. Sambung pula cuti Raya Korban. Syok kan sekali sekala cuti sampai straight 8 hari. Pastu 1st day naik keje macam nak nanges




(-.-') keje bertimbun-timbun


Jumaat yang apply leave tu pegi Bangi ronggeng-ronggeng. Nampak pula klinik Homepathy & Acupuncture Dr. Nik Omar. Bagai pernah didengar kan? Dapat lak hidayah dan intuisi untuk mencuba. Sebenarnya kena suggest dengan Abg Ipar cuba bekam darah memandang umur aku dah 30-an masih menternak jerawat. Antara ngeri dan ngeri. Tak ada perasaan lain. Sumpah. Ngeri siot kalau darah berjeli-jeli macam agar-agar keluar dari kulit kau! Tak haru ke?


Jam masa tu 12.00 tgh. Daripada berpatah-patah balik ke rumah, En.Hb kata pergi je la. Biar dia solat Jumaat di masjid berdepan klinik tu. Tu kira intuisi la tu. Dapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Heh.


Ok. Takmo la mukaddimah berjela padahal sebenarnya memang dah cam hi-way panjangnya. Aku kata pada Doktor Wanita kat klinik tu 


"Saya nak yang paling sikit. Berapa cup?"


"4 cup. RM55"


OK!


"Buka baju dan baring"


Ist doc tu bersihkan tempat yang nak dibekam dengan alkohol. Aku rase la, sebabnya sejuk je rasa. Pastu dia suck cup tu pada kulit. Ikut bilangan cup yang kita order. Then dibiarkan lebih kurang 5 minit sampai kita rasa kebas pada kulit yang disedut itu.


Next step cup tersebut akan dilepaskan. Doc akan cucuk-cucuk tempat yang ada bekas menggelembung itu dengan jarum. Bukan jarum akupuktur, tapi jarum yang selalu guna untuk ujian darah tu. Then, dia akan letak semula cup tersebut dan proses sucking diulang. Dibiarkan dalam 5 minit.


Later, cup tersebut yang telah berisi darah kotor akan dibuka. Darah-darah tersebut dibersihkan menggunakan tisu. Jarum akan dicucuk sekali lagi di tempat yang berbekas tadi. Proses menyedut darah keluar diteruskan semula. Dibiarkan 5 minit lagi.


Lastly, cup tersebut dibuka, darah dibersihkan dan cup diletakkan semula. Kali ini, tak perlu lagi jarum dicucuk-cucuk. Hanya bekam angin sahaja. 

That's IT!



No comments:

Post a Comment