IVF, sama seperti perubatan lain, hanya satu ikhtiar.
Tanamkan dalam hati, kepada sesiapa yang ingin mengambil langkah ini, bersedia menerima keputusan yang tidak seperti diharapkan.
Kita jangan yakin sangat. Takut kecewa kemudian hari.
Kalau sudah berjaya setelah mengambil langkah IVF ini, jangan pula keluarkan kenyataan
"Sebab IVF lah aku dapat anak"
Salah tu! Boleh dikira jatuh hukum syirik. Sama seperti kita mempercayai bomoh dan dukun, tangkal dan ubat.
"IVF adalah ikhtiar aku. Selebihnya doa dan tawakkal pada Allah. Kun Faya Kun."
Akhirnya apa yang menentukan kejayaan dan kegagalan usaha dan ikhtiar itu adalah Allah S.W.T.
I: Ujian ini mengajar erti tawakkal sebenar-benarnya.
Wednesday, February 20, 2013
Friday, February 8, 2013
8
Sudah lapan tahun penuh suka dan duka
Alhamdulillah, we are going through ups and downs. But we are getting strong.
Lebih-lebih lagi dengan kehadiran E.D.
I couldn't ask for more.
Thank you Allah. I'm blessed
I: Tiga hari yang lalu.

Sunday, February 3, 2013
Sukarnya mencari lelaki berkualiti
Menginjak usia 32 tahun masih ramai rakan-rakan seusia yang belum mendirikan rumahtangga. Pada ak, jangan dipersoalkan adakah mereka ini memilih. Sedangkan jodoh yang belum kunjung tiba. Apa yang perlu kita lakukan adalah mendoakan agar mereka ini beroleh bakal jodoh yang terbaik. Amin.
Kadang-kala terfikir, adakah lebih baik bujang atau berkahwin andainya lelaki yang dikahwini itu bukan tergolong lelaki berkualiti. Bukanlah 'demand' tetapi memikirkan lelaki yang dipilih itu bakal menjadi imam kita suatu hari nanti, menjadi bapa kepada anak-anak kita, tidak salah rasanya andai kita memilih ciri-ciri yang terbaik.
Di dalam Islam memilih bakal isteri dari empat perkara, harta, rupa, keturunan dan andai ingin bahagia di dunia dan akhirat pilihlah yang beragama. Lelaki pula, apa kriterianya?
Lelaki zaman sekarang sudah terbalik fungsinya. Mereka ingin disanjung dan dihormati tetapi sikap mereka tidak melambangkan seseorang yang wajar menerima penghormatan.
Suami sepatutnya memimpin keluarga, menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak, menjadi penasihat, menjadi pelindung, menjadi pentadbir dan imam bagi keluarganya. Zaman sekarang, si isteri yang mengingatkan tentang solat. Isteri yang menjadi perencana masa depan keluarga, menjadi penasihat, menjadi perdana menteri, menteri kewangan, menteri dalam negeri dan segala-gala menteri yang ada.
Ya, memang isteri dapat bekerja kerana izin seorang suami. Balik kerja sama-sama penat, masuk pintu rumah si isteri menyinsing lengan turun ke dapur memasak, mandikan anak, berkemas, mengangkat dan melipat kain, menyediakan minum untuk suami. Suami? Menyinsing lengan juga, tetapi menghadap televisyen, menilik komputer, dan tidur konon penat seharian bekerja (umpama isteri tadi bekerja makan tidur pula). Hujung bulan, gaji isteri juga digunakan bersama. Mana adilnya?
Kisah tragis petang ini, suami memecahkan gelas (sedangkan aku sudah menyediakan cawan dan air teh panas di atas meja). Dikutip serpihannya dan diletak ke dalam plastik. Sisa gelas yang pecah disapu ala kadar ke tepi dinding. Ayatnya 'nanti akan dikemas' lantas terus menghadap komputer. Aku yang kasihan melihat dia balik dari kerja, sediakan minuman di atas meja (ingin mengejar pahala kononnya) dan menanak nasi dan sambung melayan si kecil. Komputer suami hadap hingga usai Maghrib hingga aku bersuara menyuruh dia mandi dan solat dahulu kerana sejak tadi aku cuba menidurkan si kecil yang masih berjaga pada waktu-waktu yang selalunya si kecil sudah tidur. Sedang menidurkan si kecil, nasi di dapur hampir hangit, lalu aku meminta suami mematikan api, tetapi suami mengecilkan api dapur.
Sehinggalah aku pula selesai solat Maghrib 'gajah' dan turun ke dapur. Si kecil sudah tidur di dalam buaian. Suami di dalam bilik masih menghadap komputer. Turun ke dapur yang berbau gas dan hampir terpijak serpihan gelas yang pecah tadi. Api yang dikecilkan mati sendiri sedangkan pelaras masih mengeluarkan gas. Patutkah aku marah? Langsung suami tidak menjengah ke dapur sedangkan dia yang mengecilkan api tadi.
Dengan hati mendongkol kemarahan, aku panaskan lauk pauk dan menggoreng telur. Lantas aku menceduk nasi ke pinggan tanpa menghidangkan di atas meja seperti selalu. Aku makan sendiri tanpa menjemput suami makan bersama. Aku juga ingin belajar 'pentingkan diri sendiri' seperti suami.
Jam 10.30malam suami keluar berjumpa rakan. Nasi tidak bersentuh. Hingga jam 12.00 masih tidak pulang.
Sedih semalam menasihat suami tentang hobi buruknya masih belum reda, ditambah kisah petang ini memang membuatkan hati aku berganda-ganda panas.
I: Kau bersyukurlah kalau suami kau tak macam suami aku. Terus terang aku katakan, sikapnya selalu melukakan hati. Tetapi aku pujuk hati memaafkan, kerana ramai lagi wanita di luar sana memiliki suami yang jauh lebih teruk sikapnya.
Kepada rakan-rakan yang masih bujang, aku doakan kau beroleh suami yang soleh. Kalau tak dapat yang soleh, tak perlu kahwin dan memeningkan kepala kau. Dahulu, suami aku siap solat Subuh berjemaah di masjid hingga terserempak abah aku. Bila dah kahwin, Subuh dia pun aku yang bising.
Bencilah blog aku yang telus ini. Blog ini bukan cerita best-best pun, ini kisah benar kehidupan aku.
p/s: Kalau Abang baca blog ini, padan muka awak. Nak tunggu rumah terbakar, rumah dimasuki pencuri baru nak sedar ke?

. . .

Huh. Banyak dugaan nak jadi isteri taat. Nak jadi yang 'tidak melawan cakap' pun dah susah.
I: Kau bersyukurlah kalau suami kau tak macam suami aku. Terus terang aku katakan, sikapnya selalu melukakan hati. Tetapi aku pujuk hati memaafkan, kerana ramai lagi wanita di luar sana memiliki suami yang jauh lebih teruk sikapnya.
Kepada rakan-rakan yang masih bujang, aku doakan kau beroleh suami yang soleh. Kalau tak dapat yang soleh, tak perlu kahwin dan memeningkan kepala kau. Dahulu, suami aku siap solat Subuh berjemaah di masjid hingga terserempak abah aku. Bila dah kahwin, Subuh dia pun aku yang bising.
Bencilah blog aku yang telus ini. Blog ini bukan cerita best-best pun, ini kisah benar kehidupan aku.
p/s: Kalau Abang baca blog ini, padan muka awak. Nak tunggu rumah terbakar, rumah dimasuki pencuri baru nak sedar ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)