Friday, March 6, 2015

Aku, IVF dan Lisa Surihani

Tajuk tak menahan. Hikhik.
:
:
:
:
:
:
:
;

Tahniah Lisa dan Yusry.
kalau betul korang dapat baby sebab IVF, lantakkan je apa orang kata.
Bukan benih orang yang kau kandung pun. Laki kau punya.
Bukan kau buat untuk orang pun. Kau usaha untuk kegembiraan korang berdua.

Selainnya,
Lantakkan orang kata.

lantak. lantak. lantak

Nak kata Yusry impoten. mana derang tahu. Bukan derang dapat pun.
Sinis, yer, aku sinis.

Aku cuba nak memahami kenapa ada mulut longkang yang suka-suka nak menjatuhkan maruah pasangan suami isteri yang 'sudah lah tak ada anak, nak dapat anak susah, bila dapat orang fitnah'

kepada dangkal-dangkal yang cakap ikut suka, kau tak kena, kau boleh kata.
Sila baca fatwa IVF kat Malaysia, yang patuh syariah segala. And for even better explanation, nanti aku copy paste sini tajuk buku perihal rawatan ini. Kemudian baru lah layak si mulut longkang mengomen, ok.

Sekian.




I: Kita doakan yang baik-baik saja kan bagus. 

Tuesday, March 3, 2015

FET vs IVF

FET (Frozen Embryo Transfer) is a wayyyy too easy compared to IVF.

Tapi, kalau tiada IVF masakan nak dapat FET melainkan memang suka-suka nak frozen embryo selepas proses IVF (ada?).

Proses IVF LPPKN yang aku lalui dulu melangkau 2nd menses. Maksudnya suntikan itu kita buat dari lepas 1st period dan continue even kita dah sampai 2nd period.

Dulu aku ingat memang kena begitu. Di IVFku dia potong proses yang lama itu.

Tapi bila pikir semula tujuan suntikan yang lamaaaaaaaaa dulu, aku rasa aku boleh paham kenapa.

Doktor try to harvest as many eggs as possible to increase the chances of pregnancy.

But, ended up out of 7 embryo yang fertilized, aku cuma transfer 3 embies at the 1st time, yang aku dapat E.D tu.

Then, selepas get ready for the next, lepas egg thawing, seorang baby unable to survive, which left the other three to be transfer to the rahim.

Ended up, the trios pula tak ada rezeki nak menempel lama-lama kat dinding rahim. maka gugur lah ia dengan diiringi linangan air mata mama. Wuwuwu
Saat ini mama dah menangis tepi katil berulam air mata , eh masin rupanya..


Rezki org berbeza. Kawan aku lepas egg harvest ada 14 ovum. Tapi hanya 1 ovum berjaya disenyawa. Dan yg satu itulah di transfer ke rahim. Allahuakbar! Even the slightliest and the most unbelievable chances, Allah jua yg menentukan rezekimu. Shes now dah ada 8mth old girl. Amazing journey

IVFKU

No. Not about my IVF.

Ni kisah IVFKU http://www.ivfku.com/

Klinik subfertility ni concentrate untuk IVF, ICSI dan FET. Senang cerita, proses IVF diringkaskan kat klinik ni. No more hassle cucuk-cucuk every night macam yang aku undergo.

So, kiranya kurang lah stress nak melalui proses tersebut.
Tapi kalau nak tahu lanjut kena la call diorang. Aku tak tahu nak jawab. Info ni pun kawan yang bagitahu, since FET aku failed aritu, dia ajak try yang ini. Kos? RM9900

Ada la certain syarat yang kena penuh, age under 32 yang aku ingat. Yang lain aku lupa.

In other way, aku rasa macam tak mampu nak teruskan kalau IVF di sana. In fact kalau IVF di LPPKN pun serasanya macam dah tak mampu. Duit boleh cari, yup. Tapi nak melalui fasa takut gagal tu, haih...

Siapa tak nak anak weh. Nak. Nak sangat. Tapi bila recall balik stress tu. Especially masa 2ww. Wuwuwuwu, cam nak nangis tepi sungai bersulam minum air mata.

Nak buat laporoscopy lagi la aku seriau. Serius. Orang kata sakit. Sakit ke wei?
Patut aku henti baca bukan-bukan pasal sakit segala lepas laporoscopy. Korang yang baca entry aku pasal stress IVF pun patut stop baca. Haha. Stress, tapi akhirnya manis.

Sakit tapi manis, ada tak?