Friday, January 14, 2011

Buah Zuriat

Tajuk tu TIDAK ada double meaning. Itu tajuk yang jujur, ikhlas dan tulus. Kepada yang tak kenal apa buah zuriat, nantilah saya kepilkan gambar tu ye.

Buah ini menurut ceritanya hanya tumbuh di Mekah. Sepohon pokok ini hanya ada 71 biji sahaja. Wallahualam saya pun tak tahu kebenarannya.

Apa khasiat buah ini?
Camne nak makan buah ni?
Mana nak dapat buah ini?

Khasiatnya dipercayai membantu suami-isteri untuk menimang anak. Nama lain bagi buah ini adalah: Buah Hawa, Buah Koka, Buah Adam
Buah ini perlu dikeluarkan daripada sabutnya, dibelah isirungnya dan kemudian direbus. Minum air rebusan tersebut dua kali sehari, pagi dan malam, suami isteri.
Oleh kerana buah ini hanya terdapat di Mekah, mungkin juga di Madinah, cara paling mudah adalah mengirim saudara-mara yang menunaikan haji atau umrah. Di Malaysia ada juga yang turut menjual buah ini, tetapi meletakkan harga yang tidak masuk akal. Sebiji RM50. Kalaupun ada yang murah skit, RM20/sebiji. Harga sebenar di Mekah dalam 3 biji 10riyal.

Buah ni memang susah sangat nak dikopek. Sabut luarnya macam buah kelapa tapi lagi keras. Encik Suami guna gergaji untuk kopek kulit yang luarnya, gunakan parang pula untuk belah 2 isi yang di dalam. Apabila direbus, air bertukar warna ungu. Buah itu boleh diguna semula untuk rebusan seterusnya, sehingga hilang warna apabila direbus.

Cubalah, insyaAllah dengan izin Allah kita sama-sama dapat manfaat daripada buah zuriat ini.

*Di hati teringat kunjungan ke MAHA2010 yang lalu apabila bertanya taukeh kedai buah kurma*

"Bang, ada jual buah zuriat tak?"
"Dik, buah zuriat tu lelaki jer yang ada dik.."

Siut kan? Aku terus blah lepas tu, malas nak layan.

1 comment:

  1. salam..kami menjual buah zuriat yg diposkan terus dr madinah... hanya rm40-10biji..hrga dh termasuk pos..
    emel ke farawayshoppe@gmail.com utk order ye.. =)
    salam..

    ReplyDelete