Tajuk tersebut bukanlah suara hati saya, tetapi menyuarakan naluri seorang isteri, yang kebiasaannya dan lumrahnya PASTI sayangkan suami yang dinikahi (yeke? ye kerrr?). Tak perlu kau beritahu satu dunia yang kau sayangkan suami kau, kerana itu adalah pasti, seperti ayat 'Siapa tak sayang bini woi!' atau 'Sedangkan kucing sayang anak' lari tajukk... Tetapi sejauh mana erti luahan itu? Adakah sebesar zarah yang kau tak tahu saiznya pun. Atau seluas lautan yang kau kata terlalu luas, padahal kau boleh nampak tebingnya dari tepian pantai, benar?
Keadaan yang sering berlaku, isteri berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk mencipta keluarga penuh sempurna dan jarang-jarang pula berlaku suami yang berhabis untuk membahagiakan keluarga. Sudah terbalik bukan? Dengan pelbagai situasi yang berlaku di sekeliling aku, memerhati kehidupan malahan sedang menikmatinya, aku sedar yang fungsi wanita dan lelaki, isteri dan suami, seolah-olah telah bertukar bahu.
Mencari suami berkualiti, sama susahnya mencari isteri yang berkualiti. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Tapi bila aku borak-borak kosong dengan member Adam, rasanya jauh sekali kebenaran itu. Lelaki, cenderung memilih perempuan yang baik-baik, perangai yang elok-elok, terpelihara, terdidik, bonus jika dapat yang dari keturunan berADA tetapi yang sedihnya mereka tak tercermin diri sendiri.
Masa kau bujang, maha hantu kau. Cakap la mana kelab malam yang tak jejak, rempit mana yang tak join, minah Bo- mana yang tak diangkut, bilang saja, semua dibuat. Anak jantan la katakan. Lagi haru bila dah merasa menda-menda yang sedap dari mana-mana betina yang sudi.
Tup tup bila nak pilih calon isteri, kemain lagi dia. Mengalahkan ustaz pilih calon. Konon nak cari isteri solehah, tak sedar diri kau tak sesoleh mana pun. Hahahaa Kesian bini kau tu, kena tipu bulat-bulat. Kesannya pulak, bila dah dapat kawin kau main-mainkan isteri pula. Perangai lama tak boleh diubah. Ada orang pernah kata, bahasa kasarnya once a cheater forever a cheater.
Kesian isteri tu, padahal dia berhak mendapat seseorang yang lebih soleh untuk membimbingnya. Bukan sebaliknya. Tetapi, sebab perempuan yang jahat mana pun suaminya, tetap disayang juga sepenuh hati. Besar harapannya, andai si suami dapat berubah. Kiranya menang hadiah saguhati bila betul-betul berubah selepas perkahwinan, namum ada kes yang malang suami kekal tak berubah-ubah perangai. Paling malang, ada yang pura-pura baik di depan isteri, padahal bagai ular membelit di belakangnya.
Peluang demi peluang yang telah diberi, jangan sesekali di sia-siakan,.. wahai sang Suami. Kau khalifah bagi isteri, sedar lah itu. Bukan aku yang kata, Allah yang letakkan tempat suami sebagai pelindung dan pembimbing keluarga. Akal kau yang 9 itu gunakanlah sebaik-baiknya...