Tuesday, April 19, 2011

Tolong jangan sumbat semua ke perutmu

Entri kali ini tentang hal berlaku hari ini.

Berkira-kira juga untuk menulis, orang kata nanti aku sentiasa provoke MLM. Skim pijak memijak.

Aku pijak kau aku naik
Aku pijak lagi
Aku naik

Seorang sahabat di pejabat, tujuannya murni, mengajak aku sama-sama berjumpa seorang wanita yang kebetulan hadir untuk sertai kursus pendek yang ada di kolej. Pertemuannya mudah, dari soalan yang juga mudah dan amat cliche'

"Awak dah kawin?"

"Sudah" Sahabat itu menjawab.

"Sudah mempunyai anak?"

"Belum" sahabat menjawab lagi. "Sudah tiga tahun"

Itu sebenarnya ayat-ayat penjerat.
Ayat-ayat untuk menyerang menggunakan klausa 'belum punya anak, maka WAJIB cuba produk mereka'.
Bosan! Bosan benar orang-orang yang menggunakan 'klausa' itu.
Kau menyerang emosi aku yang memang sedang goyah, ok?

Maka, ketika sesi mempromosi tersebut, aku memahami betapa rasa bersalahnya sahabat itu kerana mengajak aku turut serta. Maaf kawan, aku tidak salahkan kamu.

Jelak berkali-kali asyik disuapkan dengan harapan
"makan la produk ini, kawan akak makan, tak lama terus lekat"

ada pula ayat tambahan (mujur juga)
"bukan la akak nak kata sebab makan produk ini dapat anak, semua tu Allah yang bagi"

Nah! Mana tak sebal hati ini, tiap ubat yang aku beli dan makan semuanya untuk memperoleh SATU jiwa. Harus, janganlah setiap kali itu jua promoter-promoter bertanam tebu di tepi bibir ini menggunakan 'ayat' yang sama.

Seolahnya ada tagline yang sama. Semua produk yang dijual baik di salun, baik di tepi jalan, baik di stall tepi kedai makan, atau keluar di kaca TV semuanya menyerang emosi.

Maka, tajuk di atas kelihatan amat umum. Sedangkan aku maksudkan hanya satu. PRODUK konon untuk para 'childless' macam aku. Kesian tahu, kau menggunakan ayat itu sebagai pelentur hati agar membeli.

Lupakah kau, jangan burukkan usaha dan ikhtiar yang orang lakukan, hanya kerana mereka tidak terpujuk dengan 'kata-kata keramat' itu.

Mungkin mereka pernah terpujuk dan tertipu. Dan untuk kali ini kau tak bertuah kerana dia lebih berhati-hati akan apa yang disumbat ke perut sendiri.

Seperkara lagi, program 30 hari bermodal RM790, bukankah elok aku buat IUI ke-tiga kali kerana, masalah itu hanya kerana Allah belum beri rezeki selain 'kesilapan teknikal' yang lainnya.

Dan asal pertemuan tadi, andai kau menjawab "sudah ada anak" pasti diserangnya pula kamu tentang kulit berbintik kamu, kulit kusam dan lesu, bibir merekah dan kaku. Percaya lah cakap aku!

bagai ada yang terluka, bertamu mutiara dipinggir mata

aku meraikan ulang tahun ke 30, bersendirian. SeBagAI pERINGATAN YANG AKU TIDAK LAGI DIPERLUKAN  BERtAMU MUTIARA DIMATA, KUSEKA AGAR HATI TAK RUNTUN DAN PUJUKAN SEKIAN KALI BUAT DIRI SENDIRI MENJADI VITAMIN MENYUBUR JIWA. KAU YG PERNAH AKU KASIHI, KINI LUPUT HARI DEMI HARI. MEROBEK JIWA, MEMAMAH HATI. AKU TAHU KAU BUKAN YG DULU, DAN AKU SEDAR AKU JUGA BUKAN YG SAMA. DENGAN INI, GENAP USIAKU, AKU LEPASKAN ENGKAU MENCARI KEBAHAGIAAN YG LAYAK BUAT ENGKAU. MOGA TIADA HATI YANG AKAN TERLUKA SELEPAS INI. IZINKAN AKU MEMBAWA HALUAN HIDUPKU SENDIRI...JIWA INI TELAH KOSONG SEJAK HARI KAU CURANGI AKU. WALAU CUBA KUPUJUK SENDIRI. TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN SELAMA SEPULUH TAHUN INI. SAAT INI, TIADA LG ABJAD YG DPT KULIHAT, HANYA KELAM BERSULAM DUKA...

Sunday, April 17, 2011

Kini Tiga Puluh

Bagaimana perasaannya kini? Bergelar 30an.
|
|
|
|
Layak dipanggil makcik.

Apakah pencapaian dalam 30 tahun ni.
Ilmu?
Amal?
Bekalan dibawa mati?

Masih belum bergelar ibu, hilang satu nikmat.
Masih bergelar isteri, syukur, entah sampai bila.
Masih bergelar anak, Alhamdulillah moga sempat menabur bakti pada mak dan abah.

Dengan kesibukan dunia ini, apakah perancangan masa depan untuk diri sendiri?
Mengambil langkah pertama mungkin dengan menyambung pelajaran.
Bukan sekadar mengisi kekosongan hati, tapi menunaikan hasrat emak dan abah juga.

Akhir-akhir ini hidup terasa kosong.
Life seems so dull.
Empty.
Blank.

Apakah yang kurang lagi?
Apakah yang tak kena?
Apakah yang meracun jiwa?

Mungkin tiba masa untuk berdikit-dikit buat tabungan ke Baitullah.
Mungkin tiba masa menguji kemampuan akal.
Mungkin juga tiba masa membuat satu keputusan yang membahagiakan semua pihak.

Aku pernah bertanya emak

"Bagaimana rasanya berumur 50 tahun?"
"Bilakah masanya mak menyedari kulit mula timbul kedutan?"

Nah! Bila tubuh ini menyarung jersey tiga puluh, hati rasa gundah.
Mungkin 10 tahun lagi tempoh yang aku ada. Mungkin 20 tahun lagi. Mungkin juga esok.
Itu aku tidak gerun.
Yang aku takut, yang aku tidak akan dapat membayangkan ialah

Bertambah usia aku maka semakin bertambah usia Mak dan Abah.
Itulah yang paling aku takut saat ini!