Berkira-kira juga untuk menulis, orang kata nanti aku sentiasa provoke MLM. Skim pijak memijak.
Aku pijak kau aku naik
Aku pijak lagi
Aku naik
Seorang sahabat di pejabat, tujuannya murni, mengajak aku sama-sama berjumpa seorang wanita yang kebetulan hadir untuk sertai kursus pendek yang ada di kolej. Pertemuannya mudah, dari soalan yang juga mudah dan amat cliche'
"Awak dah kawin?"
"Sudah" Sahabat itu menjawab.
"Sudah mempunyai anak?"
"Belum" sahabat menjawab lagi. "Sudah tiga tahun"
Itu sebenarnya ayat-ayat penjerat.
Ayat-ayat untuk menyerang menggunakan klausa 'belum punya anak, maka WAJIB cuba produk mereka'.
Bosan! Bosan benar orang-orang yang menggunakan 'klausa' itu.
Kau menyerang emosi aku yang memang sedang goyah, ok?
Maka, ketika sesi mempromosi tersebut, aku memahami betapa rasa bersalahnya sahabat itu kerana mengajak aku turut serta. Maaf kawan, aku tidak salahkan kamu.
Jelak berkali-kali asyik disuapkan dengan harapan
"makan la produk ini, kawan akak makan, tak lama terus lekat"
ada pula ayat tambahan (mujur juga)
"bukan la akak nak kata sebab makan produk ini dapat anak, semua tu Allah yang bagi"
Nah! Mana tak sebal hati ini, tiap ubat yang aku beli dan makan semuanya untuk memperoleh SATU jiwa. Harus, janganlah setiap kali itu jua promoter-promoter bertanam tebu di tepi bibir ini menggunakan 'ayat' yang sama.
Seolahnya ada tagline yang sama. Semua produk yang dijual baik di salun, baik di tepi jalan, baik di stall tepi kedai makan, atau keluar di kaca TV semuanya menyerang emosi.
Maka, tajuk di atas kelihatan amat umum. Sedangkan aku maksudkan hanya satu. PRODUK konon untuk para 'childless' macam aku. Kesian tahu, kau menggunakan ayat itu sebagai pelentur hati agar membeli.
Lupakah kau, jangan burukkan usaha dan ikhtiar yang orang lakukan, hanya kerana mereka tidak terpujuk dengan 'kata-kata keramat' itu.
Mungkin mereka pernah terpujuk dan tertipu. Dan untuk kali ini kau tak bertuah kerana dia lebih berhati-hati akan apa yang disumbat ke perut sendiri.
Seperkara lagi, program 30 hari bermodal RM790, bukankah elok aku buat IUI ke-tiga kali kerana, masalah itu hanya kerana Allah belum beri rezeki selain 'kesilapan teknikal' yang lainnya.
Dan asal pertemuan tadi, andai kau menjawab "sudah ada anak" pasti diserangnya pula kamu tentang kulit berbintik kamu, kulit kusam dan lesu, bibir merekah dan kaku. Percaya lah cakap aku!
No comments:
Post a Comment