Masih di dalam Syahri-Syawal. Belum terlewat ucapan Selamat Hari Raya EidulFitri. Moga kesalahan dan kesilapan selama bertutur dan berentry ini diampunkan sahabat semua. Mohon ampun sekali lagi.
Membawa perkhabaran gembira, namun bukan bab cahyamata. Hanya bab persetujuan suami menyambung rawatan yang telah tertangguh setahun. Bukan hanya mengurangkan stress, tapi juga mengumpul dana, mengumpul kekuatan fizikal dan mental untuk bertarung semula dalam sesi rawatan seterusnya.
Apakah perancangannya kali ini?
Doa kami panjatkan agar Allah memberi kekuatan fizikal, mental dan kewangan yang stabil untuk kali ini. Ini kerana besarnya hajat serta harapan kami untuk kali ini.
Namun hati, ikhlaskan tiap sarafmu, redhakan segala keputusan yang mungkin berlaku.
Allah, hanya Kau yang tahu!
Me: Fizikalku tidak pernah aku hirau. Nah! Rasakan lemak tepu seluruh tubuh yang makin bergumpal. Tanda bahagia atau stress?
Antenna: Mama jumpa kutu merayau2 celah bulu. Eiii.. Bahana melahu keliling rumah di kampung ya!
No comments:
Post a Comment