"Matilah aku...Patut dah tiba di rumahnya waktu ini. Sempatkah aku masak nanti?" desis hatinya.
Ilham menjawab sendiri soalan yang diajukan kepada dirinya. Mana mungkin dia sempat memasak hidangan makan malam andai jam sekarang dia masih terkial-kial menunggu bas.
"Arghhh...Lambat pulak bas ni. Ni la susah kalau driver aku ni ramai penumpang. Tak boleh ke kalau bas ni setiap 15 minit sekali. Ini, jenuh menunggu baru la nak nampak kelibat." Ilham mendengus kecil. Dugaan perantau sepertinya.
"Pon...Pon!"
Sekilas Ilham menoleh. Sebuah kereta berhenti betul-betul di belakangnya. Nyaris ingin terlanggar kakinya.
"Hop in! Hang nak pi mana? Mai aku hantaqkan!"
Serba-salah Ilham untuk menerima pelawaan Aswad. Ilham menjeling jam tangan pemberian Ammar. Jam menginjak 6.50 petang. Kalau sehingga jam 7.00 nanti bas belum kunjung tiba, dia sedar nahas menantinya di rumah.
"Alah..bukan salah pun menumpang kawan. Sekadar laluan yang sama, lagipun 30 minit nanti sampailah ke rumah. Bukan berlama-lama di dalam kereta bersama Aswad". Gusarnya di dalam hati untuk menyedapkan hati sendiri.
Dengan langkah satu-satu Ilham melabuhkan punggung ke sebelah tempat duduk Aswad. Takkan lah pula Ilham menjadi bos dengan duduk di belakang pula.
"Wad, tolong drop by aku dekat roundabout dekat Hospital Jitra ya!"
"Hang sakit ka Ilham?"
"Dok aihh...Aku masuk keje patut pukul 6.00 tadi"
"Hang dok keje apa?. Buleh pulak masuk lambat naa?"
"Alah..keje cuci baju, kemas rumah dan masak kat rumah orang lah Wad"
"Aih...itu serupa jadi bini tu. Aku pun bekenan nak offer hang keje dengan aku lah kalo lagu tu"
"Boleh..boleh kalau hang bagi aku sehari RM200 Wad".
"Humang aihhh..Mahai gila! Baik aku kawin dengan Cek Mek Siam kalo lagu tu. Lagi putih melepak dari hang!.Servis pun tip top!"
"Ellehh Wad..Hang penah try ka? Hang tau lak servis Siam tip top?"
Terkekeh-kekeh Ilham mendengar usikan Aswad. Teman sekuliahnya itu sengaja memilih tinggal di rumah sewa di Taman Siswa. Lebih mudah katanya. Hendak keluar makan pun senang. Lagipun, sudah menjadi tabiat siswa untuk keluar makan-makan dan melepak di waktu malam bersama rakan-rakan sambil menonton bola. Itulah yang sukar jika masih tinggal di asrama penginapan Universiti Utara Malaysia.
Sebaik Aswad meninggalkannya di tepi jalan berhadapan kuil bersebelahan bulatan Hospital Jitra, Ilham mengatur langkah laju-laju menuju ke kawasan perumahan mewah terletak kira-kira 200 meter dari bulatan tersebut. Dari jauh, Ilham sudah dapat melihat kereta suaminya diparkir elok di dalam garaj.
Setibanya di depan pintu rumah, Ilham merasa boot kereta. Sudah hampir sejuk. Tandanya Ammar sudah lama sampai sebelumnya.
Terjengket-jengket Ilham ke dapur. Di dalam hatinya ingin memasak sesenang hidangan yang mungkin. Sayur tumis dan ikan goreng. Tambah lagi air asam dan telur asin. Tangannya sepantas kilat mencapai periuk, menanak nasi, mengeluarkan bahan-bahan dari peti sejuk dan mula mengupas bawang.
"Ilham..."
"Ilham!"
"Ilham Maya. I'm speaking to you. Don't you hear me?"
"Yes I did. What did i do wrong?"
"Balik dengan siapa tadi?"
Ilham terkesima. Nampakkah Ammar semasa dia menumpang Aswad tadi? Tidak mungkin. Enjin kereta Ammar serasanya tadi sudah sejuk. Ini bermakna dia sudah lama tiba di rumah. Mungkin ini hanya serkap jarang Ammar terhadapnya. Sementelah semasa makan tengah hari tadi Ilham perasan renungan tajam Ammar kepadanya yang duduk bertentangan dengan Aswad yang bersama-sama Mas dan Bani. Dia tidak punya pilihan waktu itu. Kafeteria yang dipenuhi manusia memaksa Ilham mencelah di mana-mana meja yang kosong. Daripada dia duduk bersama orang yang tidak dikenali, lebih baik dia menerima pelawaan Aswad dan Bani yang melambai-lambai ke arahnya dan Mas selesai mereka membayar di kaunter tadi. Dan akan lebih menghairankan pula, jika tiba-tiba Ilham mengambil tempat kosong bersebelahan Ammar, berhadapan Khairina yang tergedik-gedik berbual ingin mencuri perhatian Ammar. Dari gerak tubuhnya sahaja Ilham tahu Khairina mempunyai perasaan terhadap Ammar. Mungkin Ammar terlalu buta untuk menilai. Atau mungkin beliau sengaja ingin membuat hati Ilham cemburu, yang mana itu tidak mungkin berlaku!
Lamunan Ilham melayang dek herdikan Ammar. Soalan Ammar yang ingin dibiarkannya tergantung mungkin akan mengundang perang yang lebih besar.
"Aswad. Dia jemput naik kereta sekali dengan dia. Dah satu jalan, Ilham tumpang saja la. Bukan lama, tak sampai 20 minit saja pun nak sampai rumah. Ilham takut nanti terlewat sediakan makan malam untuk Ammar."
Ilham menjawab sebutir-sebutir. Tekaknya dirasakan seperti ada lahar yang mengganas. Menggelegak untuk mengutarakan jawapan sebentar tadi. Entah apa reaksi Ammar mendengar jawapan Ilham yang lancar tadi.
"Apa sekarang ni dah tahu menggatal pulak? Mula naik lemak sekarang? Dah pandai balik lewat-lewat hanya untuk berdating? Gitu?"
"Astaghfirullah...Takde niat Ilham nak sampai ke situ. Tak tahu lah pula jika Ammar yang berniat sebegitu".
Entah dari mana Ilham memperoleh kekuatan untuk melawan. Mungkin juga hatinya sakit melihat kemesraan Ammar dan Khairina semasa di kafeteria tadi. Adakah cemburu mula bercambah di hatinya? Ilham cuba menafikan sekeras-kerasnya. Tidak mungkin dia akan mencemburui orang yang dibencinya.
"Ya Allah! Berdosanya aku membenci suamiku sendiri. Buruk-baik dirinya, dia tetap suamiku" getus Ilham di dalam hati.
"Kalau Abang betul berniat begitu, salahkah? Bukankan lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang? Ilham tak marah bukan? Ilham kan akan izinkan?"
Entah soalan bodoh mana yang cuba diberikan Ammar kepada Ilham. Ilham malas mahu melawan. Bertekak dengan Ammar hanya sia-sia, menambah dosa dan tidak memberi apa-apa manfaat. Entah mengapa pula tiba-tiba Aku dan Engkau bertukar 'abang' dan 'Ilham'. Buang tabiat barangkali.
Soalan Ammar dibiarkan umpama angin lalu menyebalkan hati Ammar. Sepantas kilat tubuh Ilham terdorong ke belakang. Ammar memusingkan tubuhnya yang sedang menghiris bawang tipis-tipis menghadap tubuhnya. Ilham terkesima dengan tindakan Ammar.
"Betul tak?"
Ammar mengulangi soalannya tadi. Ilham betul malas melayan. Tak cukupkah selama ini Ammar menyakiti batinnya. Sentiasa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ilham. Bagai Ilham ini terlalu hina. Hina sangatkah dirinya si yatim piatu ini?. Rasulullah juga yatim piatu, tetap menjadi junjungan dan kekasih Allah. Ilham memujuk diri sendiri.
Goncangan di bahunya dileraikan. Sambil berpaling semula menghadap dapur yang membara seperti hatinya saat ini, perlahan Ilham menjawab.
"Ya...Ilham izinkan".
"Yes! I wanna hear that!"
Keji sungguh sikap Ammar. Tidakkah beliau sedar mana ada wanita di dunia ini rela dimadukan. Bilanglah apa sahaja. Payung emas, intan berlian, minyak petroleum. Segalanya takkan dapat membuat wanita menerima seorang lagi kekasih suaminya.
"Just cook faster. I wanna have dinner A.S.A.P. Then we gonna perform Maghrib prayer together. You stay here tonight. I don't give a damn permission for you to go back to UUM."
Rasa ingin melurut jantung Ilham mendengar arahan Ammar. Apa lagi yang dimahukannya. Sekarang memaksa pula dia bermalam di sini. Berkira-kira apakah alasan untuk diberikan kepada Mas esok hari. Pasti bertalu-talu lagi soalannya tentang di mana dia bermalam.
(to be continued)
I: Kawan-kawan semua, saya mencuba menulis. Jika kawan-kawan berkenan ingin membaca karya sulung saya, silalah vote atau komen ya! Saya menerima secara terbuka. Manalah tahu, berkat sokongan kawan-kawan saya berhasil menjadi Sharifah Abu Salem atau Norhayati Berahim? Bangun tidur Subuh tadi tiba-tiba Allah mengurniakan ilham untuk saya menulis. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia ya kawan-kawan!
nad.. sambungan dia apa nad...
ReplyDeletenape dia kawen ngan amar? nape diorang tak duk skali?... arghhhh... bila nak baca lagi ni...