Wednesday, December 28, 2011

postponed lagi

cik p dtg.. tp terpaksa postpone lagi hajat treatment. apa-apa saja lahhhh... :'(


I: JGN EXPECT TREATMENT @ LPPKN DURING NOV-DEC. LAB NAK STERILE, DOC PULA BZ.. LEARN SOMETHING, PLEASE!

Saturday, December 17, 2011

DermaLah DARE

Ada kempen derma darah di Pusat Darah Negara. Aku gagahkan pergi ikut rombongan ofis. Berkobar-kobar nak sedekah darah ni. Badan asyik lesu je, mana lah tahu berkat derma darah ni badan jadi ringan. 


1st check berat - PASS *aarrghh.. dah jejak angka ENAM. Nak pengsan rasanya, sebab tak pernah aku seberat itu.


2nd check jenis darah - PASS Type A


3rd check Hb darah - PASS paras-paras je aku ni. 12.9


4th check blood pressure - PASS juga


Sekali tu aku kene reject juga. Sebabnya aku baru lepas acupuncture and bekam. Tak sangka buduh juga aku ni. Baru tahu yang ia akan efek kalau kita nak donate blood.


Moral of the story, sila ambil tahu apa yang prevent kita dari menderma darah:


1. Berat x kurang 45kg
2. Takde makan ubat-ubatan dalam tempoh 1minggu sebelum menderma
3. Tidur lebih 5 jam
4. Bukan tengah heavy period
5. Tidak menyusukan anak
6. Tak mengandung
7. Tak melakukan acupuncture dan bekam dlm tempoh 6 bulan sebelumnya
8. Tak pernah duduk di UK lebih 6 bulan dan makan daging di sana.

Wednesday, December 7, 2011

SIAPA AKU DI SISIMU

Kuliah BPS1123 dari Professor Osman Akbar telah 10minit bermula. Mas masih belum melihat kelibat Ilham di dalam kuliah. Dewan kuliah yang boleh menempatkan hampir seratus mahasiswa menyukarkan penelitian Mastura mencari kelibat Ilham Maya. Hatinya gusar dan bimbang kerana sejak malam tadi Ilham tidak pulang ke asrama. 

"Tidur rumah tuan rumah dia lagi ke?" desis Mastura di dalam hati. 

Semakin kerap Mastura melihat Ilham bermalam di rumah majikannya. Kini, Ilham juga sudah tidak memberitahu Mastura apabila majikannya mengarahkan Ilham untuk bermalam ditempat kerja. Mastura mula sangsi. Banyak sangatkah kerja Ilham di rumah tersebut? Ilham juga jarang membuka cerita tentang majikannya. Yang Mastura tahu, majikannya itu sememangnya seorang yang tegas dan garang. Kerapkali Mastura terdengar Ilham ditengking semasa menerima panggilan telefon dari majikannya. 

"Kriukkkkk..."
Semua mata tertumpu ke pintu dewan. Engselnya ketat mengeluarkan bunyi berkeriuk menarik perhatian setiap mahasiswa malah Prof. Osman juga menoleh. Profesor yang terkenal kerana ketegasannya itu seolah tidak memberi reaksi kepada mahasiswi yang lewat hampir 15minit ke kuliahnya.

Sekadar memberi senyuman dengan penuh rasa bersalah dan malu yang menebal kerana diperhatikan hampir keseluruhan dewan kuliah, Ilham merasakan derap kakinya terlalu perlahan untuk mengambil tempat duduk. Mendengar bisikan dari arah belakang dewan membuatkan Ilham menoleh. Mastura melambai-lambai Ilham memanggilnya duduk di sebelahnya.


"Bos kau suruh kau tidur di rumah dia lagi ke?"

Ilham sekadar mengangguk-angguk kecil. Tidak berani berkata sepatahpun takut mengundang kemarahan Prof. Osman. Sudahlah dia kelewatan, takkan mahu ditambah kelalaiannya dengan perbualan yang boleh ditangguh pula. 

Nota kecil yang baru ditulisnya diunjuk kepada Mastura. Mastura pula yang mengangguk. Faham bahawa Ilham tidak mahu sebarang perhatian dari Prof Osman. 


Sebaik keluar dari kuliah tersebut, Mastura berlari-lari anak mengejar Ilham yang telah jauh di hadapannya. Mengejar masa untuk ke kuliah seterusnya.

"Woi! Sabar la woi.. Kau ni nak jalan laju-laju dari aku kenapa? Penat la aku tunggu kau malam tadi tak balik-balik. Apasal tak telefon dari rumah bos kau? Banyak sangat ke kerja kau kat rumah tu sampai terpaksa tidur sana? Minggu ni je dah 3 kali kau terpaksa bermalam. Kalau macam ni silap-silap haribulan bos kau tu suruh kau angkat semua kain baju kau dan kerja 24 jam di sana!"
Soalan bertubi-tubi Mastura merimaskan Ilham. Namun dia tahu itu juga salahnya kerana menyebabkan kebimbangan pada Mastura. Soalan yang tidak mendapat respon dari Ilham menjengkelkan Mastura.

"Ehh..Kau ni badak masuk air dalam telinga pun tak berapa pekak macam ni lah! Penat aku tanya ni weii..Jawab la"

Ilham antara hendak tak hendak menjawab perlahan.

"Ya, semalam aku sampai ke rumah bos aku lewat sikit. Maka masa dinner pun dah ter'drag' sampai jam 9 malam. Bos aku pulak lepas tu mintak mop lantai lepas habis dinner. Tengok-tengok dah jam 11.00malam. Dia suruh la aku tidur terus kat sana. Siapa pulak la nak hantar aku balik sini dah malam-malam buta."

"Kau ni..Handphone ada buat apa? Baik ko jual timbang kilo je kalau tak reti guna. Aku bukan apa, kalau aku call aku berani kerat jari la kau tak angkat. SMS apatah lagi. Haremmm"

Bibir Mastura tercebir-cebir sambil mengutarakan ayat tersebut. Ilham akur, setiap kali dia di rumah Ammar, dia tidak berpeluang seminit pun untuk berehat. Ada saja kerja yang akan diberikan Ammar. Baik kerja-kerja rumah sehinggalah tugasan-tugasan kuliah. Malah, akhir-akhir ini semakin kerap pula Ammar menyuruh Ilham menyiapkan tugasan-tugasan kuliahnya seolah-olah Ammar memang sudah merancang dari awal apa kerja yang akan diberikan kepada Ilham setiap hari. Dan kerana itu juga Ilham terpaksa bermalam di rumah Ammar demi menyiapkan tugasan-tugasan serta nota kuliah Ammar.Ilham juga sering keletihan di dalam kuliah kerana tidurnya kini sering tidak berjadual, dan acapkali Ilham tertidur di atas nota kuliah Ammar.

"Kalau macam itu Mas, jangan nanti takde pulak jari manis kau untuk sarung cincin kawin. Habis, dah kena kerat mana nak letak jari manis tu?"

"Kau, kalau aku cakap ada je loyar kau. Patut kau ni ambil course Law la Ilham. Jangan ambik bisnes"

Di dalam hati Ilham turut mengiyakannya. Sekurang-kurangnya Ilham berpeluang mempertahankan hak wanita lain sekiranya dia mengambil jurusan undang-undang. Tidaklah dia rasa ditindas seperti sekarang. Kerana kursus perniagaan yang diambilnya ini menyebabkan dia banyak bertolak-ansur dengan Ammar. Seperti peniaga dan pelanggan. Hairan pula dia dengan sikap diktator Ammar yang menggila. Menyinga tak bertempat. Di kuliah bukan main tersenyum simpul, sebaik sampai di rumah bagai ada magnet yang menarik kedua bibir Ammar supaya masam mencuka.

"Hari ni kau kena ke sana lagi ke?" 

"Mungkin tak" Tukas Ilham

"Elok le tu, Tuan Haji Shahzan mintak kita hantar group proposal esok juga. Malam ni boleh kita discuss before finalize our proposal."

Tiba-tiba deringan telefon Ilham menganggu perbualan mereka. Bingkas Ilham mencapai dari poket beg galasnya yang lusuh.

"Hello..Assalamualaikum". Melihatkan nama pemanggil yang tertera di skrin telefon mendebarkan hati Ilham. Apakah lagi yang diinginkan Ammar hari ini.

Terangguk-angguk Ilham seperti kebiasaannya. Mastura di sebelahnya seolah-olah dapat meneka siapa pemanggil bertuah tersebut. Sebaik ganggang diletakkan, Ilham menjungkitkan bahunya.

"Haa... nak bagitahu bos kau panggil duty lagi lah tu malam ni!!! Habis la proposal kita minah oiii"

"Tak apa..tak apa, kau bagitahu aku apa yang perlu, aku siapkan malam ni juga dan hantarkan kepada Tuan Haji Shahzan esok"

"Kau ada masa ke nak buat? Mana nak menyapu la, masak la, mop la"

"Aku kata tak apa. Aku stay-up la malam ni"

"Bagus juga camtu. Leh aku wat kerja Prof Osman malam ni. Nanti dah siap aku bagi kau tengok"

"Ok. Kira satu-sama la kita ni"

"Bos kau tu ada anak jantan nak direkemen kat kau agaknya. Itu yang makin kerap suruh ke sana"

Ilham terkedu mendengar serkap jarang Mastura yang hampir terkena batang hidungnya. Ilham khuatir gesaan dan soalan Mastura akhirnya menjerat Ilham dan akhirnya terpaksa membongkar rahsia yang dikejap erat selama ini. Andainya Mastura tahu, apakah penerimaannya terhadap rahsia itu?


(bersambung...)









L

How to collect money for Fertility Treatment?

Tet!

Agak sensitif sikit ya bila sebut tentang duit untuk rawatan.
Ada cerita laki bini jadi huru hara sebab duit untuk rawatan.
Ada jadi sampai cerai berai kerana stress duit kerana rawatan.
Ada juga sanggup berhutang demi rawatan.

Semua kerana tiap kita yang senasib ini terdesak untuk mengumpulkan belanja untuk perubatan 'khas'

Saya tak terkecuali.
Suami bukan orang berada
Jauh sekali dari keturunan berada

Saya juga begitu
Lebih-lebih lagi keadaan kewangan sejak 2 tahun ini 
Tiada niat mengaibkan suami
Tapi..
Manalah ada perkahwinan tanpa cabaran
Suami sedang melalui fasa-fasa sukar dalam hidupnya
Kerana apa yang berlaku itu adalah pilihan kami berdua
Sanggup dia melepaskan jawatan penting kerana 
Kami lebih memikirkan kepentingan keluarga
Maka kerna itu, saya tahu saya patut menyokongnya
Walaupun acap kali saya rebah

Sabar
Sabar
Sabar

Entri ini seharusnya menceritakan bagaimana saya mengumpul kewangan
Maaf rakan, saya dah terlajak jauh

"Banyaknya duit awak buat rawatan IUI saja dah 1ribu"

Selalu sangat diaju ayat itu. Aku jadi tepu.
Nah! Beberapa TIPS mengurangkan tekanan belanja rawatan:

1. Sebelum mulakan rawatan, rancang perbelanjaan. Masa ini, kalau terpaksa ikat perut, ikatlah. Jika pendapatan RM1000, kumpul 10% daripada gaji untuk rawatan. Maka, lagi 10 bulan kamu sudah cukup biaya untuk 1kali IUI.

2. Jika kamu terdesak untuk mencuba dan tak sabar-sabar mencuba rawatan, satu lagi alternatif ialah MAIN KUTU. Ya! Cara itu juga berguna daripada kamu membuat pinjaman Personal yang mengenakan kamu kadar faedah yang merugikan. Di saat rakan-rakan saya bermain kutu untuk membeli LCD TV, repair dapur (yang saya pun teringin terlalu lama untuk lakukan dan terpaksa dipendamkan sahaja hasrat itu) saya berdikit-dikit menabung untuk rawatan. Main kutu bukan sahaja mudah kamu mensasarkan 'bayaran balik', malah ia juga menyelamatkan kamu dari interest yang tak masuk akal! *kalau dikira-kira, kadar faedah yang dicaj pihak bank memungkinkan kamu menggunakan wang 'percuma' pada bank untuk rawatan lain.

3. Jika kamu punya wang, dan bimbang nanti tak mencukupi apa kata laburkan sahaja dahulu. Rawatan kesuburan mengambil masa. Lebih-lebih lagi yang sukakan slow & steady treatment. Mudah saja, duit yang kamu ada hari ini sebahagiannya laburkan ke Amanah Saham atau pelaburan Emas, jadi, di samping kamu mengeluarkan wang perbelanjaan untuk rawatan, dividen dan margin pelaburan kamu seolah-olah menjadi sumber yang 'membayar' duit yang kamu kreditkan. It's like win-win situations.

4. Personal loan

5. Credit card

Cara ke-4 dan ke-5 itu saya tak syorkan, malah saya tak mahu bakal zuriat saya dimulakan dengan berhutang. Dalam kesungguhan kita untuk mencuba, tak mustahil kita alpa tentang itu. Sama seperti Abah berpesan,

"Kahwin jangan berhutang. Orang muda sekarang suka berhutang bank untuk berkahwin hebat-hebat. Sudahnya nanti anak 3 pun masih tak langsai hutang tersebut. Biar sederhana semasa majlis, kerana yang lebih penting adalah kehidupan yang dibina sesudahnya"

I: Terpulang kamu untuk memilih. Kita menentukan jalan hidup kita sendiri.

Sunday, December 4, 2011

Babysitting a babysitter

Cuti skola lama kan..Abang ku bersama kakak ku mahu pulang ke desa sebab production kilang shut-down. Makanya, Abang titipkan anak ke-4 yang berbulu ke rumah daku. So, anda paham ertinya?


(-_-') berpeluh der.

Jaga dua ekor kucing yang satu dah dewasa dan jadi anak dara, bersama satu  lagi yang masih berjimba-jimba langgar segala pasu bunga dan netbuk haku jadi shield masa main aci sorok. *rasa nak sepak je masa netbuk haku terbalik*

Maka haruslah setiap pintu bilik ditutup rapat kecuali tandas anak dara haku. Sebabnya, si Uteh tak paham bahasa, harus nak 'popo' kat bilik master. Boleh pulak dia usha anak dara aku tengah 'popo' dalam lubang jamban tapi tak reti-reti nak ikut jejak langkah Antenna.

Antenna pula, on the other side jadi sangat protective pada barang-barang dia. Dan-dan tidur siang dalam traveller dia. Dan-dan jeling bila Uteh main bulu burung dia, daun serai dia. Dasar anak tunggal. *berbulu*

Jadi, nak mengurangkan kadar obertime Antenna kerana kena kerja lebih masa monitor Uteh (no task-force) willingly folo Uteh wherever she go, haku hangkut la anak dara tu tidur sekali dalam bilik. Uteh kena grounded di luar (selalu yang digrounded dikurung, ini sudah terbalik) waktu malam.

Antenna such a good sista. Keep on eye of hers younger sista but yet she slap-slap muka Uteh sampai terperosok bawah kerusi.

I: Sedang menaip pun sikenitS itu main celup-ba-celup-ba dan jatuhkan buku-buku pula. Sekolah!! Sila lah naik cepat!!



Friday, December 2, 2011

speechless friday

Macy offer
Ikea offer

Kajang banjir kilat