Sunday, January 29, 2012

Mangkuk Tingkat

Arini nak jadi pengulas masakan la pulak. Ecece..Macamlah pandai sangat aku masak pun! Tapi mungkin ada baik sikit lew dari artis-artis yang masak dekat rancangan mangkuk Tingkat tewww..
Kalau korang tak tengok lagi, apa kata buka TV jam 11.30 Ahad di TV9


Punah. Hancus. (-.-")
Berpeluh ketiak kayy..tengok derang masak. Macam berperang. Last week aku tengok Wan Sharmila. Kompem tak reti masak. Nak masukkan rempah tumis pun terkinja-kinja takut terpercik minyak panas. Masak cekodok pun fail. Haish..Buat malu orang Johor wat 'jemput-jemput'. Nasib baik lawa..
Bukan kutuk la, ngate je. Hahaha...


This week lak tengok Yana Samsudin. Yang ini ok. Tak kekok langsung. So, congrats Yana! Jangan malukan kaum perempuan ye. Kalau cekodok pun fail, camne nak masak Mee Kari? Jadi Masak Lomak pulak rupa dia. Siap tanya pada Sharifah Shahira 'Kak kenapa rupa kari ni macam ni?' .. Aku tengok muka Sheera pun terkebil-kebil nak tolong jawab. Mana taknya, dah kau yang masak, kau tanya pulak pada Sheera. Pitam aku!


I: Yang paling haru bila tukang komen dan rasa adalah chef dari UITM seorang laki-laki.

Wednesday, January 25, 2012

Allah sedang mendidikku


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa) “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”
Surah Al-Baqarah (2:286)

Walaupun aku rasa aku tidak kuat, namun tetap juga ujian itu hadir dalam hidupku.
Andai aku ceritakan semuanya, pasti ada antara kamu berkata kuatnya kamu, tabahnya kamu, sabarnya kamu. Moga ada hikmah sebaliknya. Itulah jawapan cliche aku. Janganlah ada pula yang membenci, mengutuk, kerana aku tahu mungkin masalah kamu lebih besar dari aku.

Dulu, semasa KAFA waktu sekolah Menengah, ayat ini ayat hafazan. Ayat ini diberi markah oleh guru yang mendidik aku. Lancar bacaan, penuh markah. Merangkak-rangkak, perlu kembali ke tempat duduk dan menghafaz semula.  Kini, aku sedar Allah sedang mendidikku. Allah sedang mengajarku. Allah sedang menunjukkan kasih sayangnya pada aku.

Mungkin dahulu ada ketika aku seperti kakak tua. Membaca kerana keperluan, kerana peperiksaan, kerana mengejar markah penuh. Bangga. Niat sudah salah. 

Maka kini, aku menyabarkan diri aku dengan menuturkan ayat ini. Sekali dengan ertinya. Sekali dengan tertanamnya maksud di dalam jiwa. Satu-satu terpahat di dada. Bukankah itu tandanya Allah sedang mendidikku?

Andai ada sekelumit rasa benci kerana dugaan datang melanda, fikirlah natijah di sebaliknya. Allah sedang menyayangimu, seadanya,..


Saturday, January 21, 2012

Better Late Than Never





Nebes ke nak masuk tahun ni? Tahun yang menurut kiraan puak Mayan akan berlaku Final Day. 
Wallahualam.


Bagi aku, tahun ini bertambah lagi usia. Impian tahun sebelumnya juga masih tak tertunai. Carry forward saja ke tahun ini nampaknya. Azam juga tiada. Cuma ada harapan.


Perbanyakkan amalan. Tapi, sejak akhir-akhir ini mengapa semakin malas? 


Depresi kah?


Kepada readers yang tumpang lalu di sini, saya ucapkan selamat tahun baru. Better late than later~

Saturday, January 14, 2012

We're partners or separate-life partners?

Untuk apa bersuara
Andai tuli telinganya
Mata pena berketuk
Letih memendam rasa


Bersungguhkan dia,
Jika ditanya tentang masanya
Wang ringgitnya
Kerjanya
Kemudian asyik dia mengeluh


Bersungguhkah dia,
Andai buah itu masih kekal di situ
Setahun lamanya
Kemudian asyik dia persoalkan
Bukankah Pak Mokhtar yang duduk di Melaka
Menjadi tukang operasinya?


Bersungguhkah dia,
Di sebalik tangis hiba
Dipujuk bila ada perlunya saja
Selebihnya dia duduk saja
Umpama masalah dunia semua di bahunya
Termenung mengenang nasibnya


Iya
Itu bukan lambang kesungguhan
Itu maksudnya kau menghamba
Sedangkan dengan ikhtiar kecilmu
Dia sudah bersyukur
Dia sudah berterima kasih






I:
Allah menyaksikan segala di langit dan di bumi
Aku tak mengharap lagi kau fahami aku
Kerna aku sendiri sudah malas ingin memahami kamu





Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi

Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi

Tuesday, January 10, 2012

Apa yang kau tahu tentang hidup aku?

Sentiasa ada makhluk yang ingin melukai.
Apa? Aku sensitif sangat kah sekarang ini?
Atau, memang ini soalan yang selalu diajukan kepada child-less seperti aku?


"Eh,. kau tak cuba makan ke Biod*x tu?"
.
.
.
.
"Kau tak nak jumpa ke Daru**yi**. Mana lah tahu ada apa2 yang tak nampak"
.
.
.
.
"Kau tak nak try ke makan Buah Zuriat? Aku dengar SIPOLAN2 tu makan terus lekat"
.
.
.
"Try la pakai Beautif**. Akak tu kan dah 8 tahun tak mengandung. Pakai je dalam sebulan terus pregnant!"




Aku sekarang ni memang nak rasa bagi kaki je kat mulut orang yang pandai-pandai nak suggest menda-menda ni. Haloo. Aku bukan macam kau. Yang tak pernah kaji dan cuba segala macam ubat yang ada. Kau cakap senang. Anak kau asal rasa nak je terus jadi. Rezeki kau murah tang anak. Yang lain belum tentu. Jangan kau ingat kau tahu semua benda. Sedangkan semua yang kau sebut tu belum kau sebut aku dah buat. RETI?


Aku cuba fikir positif, 
"Ohh.. dia caring.. dia just sharing knowledge"






Tapi aku ni manusia la. Bukan nabi. Kau kata masa kau tengah perut memboyot, mengusung anak berderet.
Siap tambah kata hina lagi,


"Akak tak mahu dah la.. Letih sangat dah rasa.. Cukup la 5. Aritu pun ingat tak lekat, tup-tup lekat. Puas juga la minum air gas. Makan nanas"






Kau tak rasa nak lempang ke muka orang yang kata camtu depan kau. Kalau kau kat tempat aku apa kau buat? Selamba aku jawab,


"Kak, kalau taknak, meh bagi saya je. Nak?"
"Ehh.. kalau bagi awak baik akak bela sendiri!"






Ok. Ok aku paham. Anak kau ramai, kau nak tayang kau subur. Tabur je benih apa terus jadi. Kau lupa rezeki Allah yang bagi. Kau lupa bila kau kata  begitu apa perasaan orang-orang macam aku. Suatu hari nanti, kalau anak kau besar-besar kau dapat ujian lain pula. Setiap manusia ujiannya berbeza. 


Anak kau ramai, duit habis membesarkan anak. Jangan ingat kau saja berhabis gaji. Kau ingat kau saja ada komitmen tinggi nak beli lampin anak, nak beli susu nak upah pengasuh. Mentang-mentanglah aku belum ada anak, kau tambah lagi ayat hina-dina semata-mata aku tak mahu beli apa yang kau jual.


"Alah.. duit awak habis ke mana je pun. (Dengan erti kata lain, di dalam hati dia pasti terdetik aku belum ada anak, macam mana duit nak habis).."






HALOOO.. Takkan aku nak canang satu dunia. 
YA! Aku dah 2 kali buat IUI. Aku tengah mengumpul duit utk IVF. Laki dah tak bekerja hampir 2 tahun untuk hidup lebih tenang, sambung belajar dengan aman dan ada masa mengikuti rawatan. Takkan masalah aku, duit aku, apa aku belanja, bila aku ikat perut, semuanya aku nak jaja? 


Tiap 2 minggu sekali aku berurut. Pantang ada orang sebut makan itu ini boleh menyuburkan. Memudahkan dapat zuriat. Padahal selebihnya nak mengambil kesempatan di atas kekurangan orang seperti AKU. Nak aku keluarkan mesin kira depan kau untuk kira perbelanjaan aku?


Kalau kau nampak sekali sekala aku berbelanja beli tas berjenama. Sekali sekala kau nampak aku makan di luar. Sekali sekala kau dengar orang bercerita rumah aku yang konon cantik, mewah, complete. Biar aku beritahu kau. Rumah aku murah dari rumah kau. Kereta aku kecil dari kereta kau. Barang kau kau tengok nampak mahal pun sebenarnya aku beli di kedai 2ringgit. Tudung aku pakai bukan Ariani pun. Kalau aku beli tudung akubeli kodi, jatuh 8 ringgit sehelai. Aku sedekah kat mak dan kakak-kakak. Aku tak beli pakaian mahal. Baju kerja aku pun beli kain murah-murah je. Sebulan sekali pun tak tentu berbaju baru.


Yang aku kehulu kehilir cari barang murah 2nd hand. Yang itu kau tak nampak kan? Kalau dah rumah kau besar, harus la bayar pun besar. Jadi, aku yang seadanya ini, yang pakai kereta buatan Malaysia, yang beli rumah atas tangan dan rezeki ihsan orang yang memang hajat nak jual murah-murah, bukan bererti aku banyak duit bila kau tengok aku begitu 'berduit'. 


Kalau aku membeli barang berjenama, (itu pun setahun payah sekali) kerana aku juga perlu 'hadiah'kan diri aku atas penat lelah aku bekerja. Self-theraphy bila keluar 1k dari poket tapi keputusannya menghampakan. Memujuk hati dan menceriakan diri sendiri, Salah? Aku tanya ni, salah ke ??


I: Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut DIAM!

Monday, January 9, 2012

Sakit Bahu dan Belikat

Sejak 2005 aku mula sakit bahu.
Asalnya sebab ambil upah jahit langsir yang berat, dan mungkin diburukkan lagi dengan kerusi menjahit aku yang tak ergonomik sakit itu berlarutan hingga sekarang. 


Bila menjahit sikit, aku akan sengal dari belikat hingga tengkuk. Bila menaip atas meja terlalu lama, pun akan menyebabkan bahu aku bengkak.


Aku tak pernah lah pergi cari ubat hospital atau berubat secara saintifik. Habis-habis, aku akan lumur minyak panas atau minyak Geliga febret mak aku pastu minta tolong Sang Suami ketuk-ketuk dan urut.


Tapi semalam, i kannot stand it animor! Boleh pulak aku terjaga jam 3.30 pagi sebab sakit bahu sangat-sangat. Korang tahu ke kenapa boleh jadi camtu? Seingat aku, takde pulak aku menjahit akhir-akhir ni, mesin pun dah naik berhabuk. Paling rajin pun buat bunga riben. Sang Suami kata aku suka surf net sambil baring. Itu yg trigger balik masalah tu. Ada pulak member kata aku salah bantal. Masalahnya, semalam ok je, nak tidur tu tetiba sakit mencucuk-cucuk. Sampai ke ketiak dan payu**. 


Mula la hati tak keruan. Teringat bre*st lump yang operate masa 2005 pun masih tertinggal sisa benang jahitnya. Mula la terasa-rasa ketulan pelik ada di dada. Nauzubillah!



Maka, hajat nak berurut yang tertangguh dari minggu lepas tak tertangguh lagi. Aku tak kira. Aku mesti operasi badan aku malam ni. 7.50 malam tadi aku tepon tukang urut aku selalu calling-calling dtg ke rumah. Dengar suara kak Simah tu memang tak sampai hati, tapi kalau malam ni tetiba aku meraung tengah malam sakit bahu, camne? Sapa nak jawab? Jadi aku tebalkan je muka mintak dia datang juga. 


I: Sedang menanti kehadiran Kak Simah