Tuesday, January 10, 2012

Apa yang kau tahu tentang hidup aku?

Sentiasa ada makhluk yang ingin melukai.
Apa? Aku sensitif sangat kah sekarang ini?
Atau, memang ini soalan yang selalu diajukan kepada child-less seperti aku?


"Eh,. kau tak cuba makan ke Biod*x tu?"
.
.
.
.
"Kau tak nak jumpa ke Daru**yi**. Mana lah tahu ada apa2 yang tak nampak"
.
.
.
.
"Kau tak nak try ke makan Buah Zuriat? Aku dengar SIPOLAN2 tu makan terus lekat"
.
.
.
"Try la pakai Beautif**. Akak tu kan dah 8 tahun tak mengandung. Pakai je dalam sebulan terus pregnant!"




Aku sekarang ni memang nak rasa bagi kaki je kat mulut orang yang pandai-pandai nak suggest menda-menda ni. Haloo. Aku bukan macam kau. Yang tak pernah kaji dan cuba segala macam ubat yang ada. Kau cakap senang. Anak kau asal rasa nak je terus jadi. Rezeki kau murah tang anak. Yang lain belum tentu. Jangan kau ingat kau tahu semua benda. Sedangkan semua yang kau sebut tu belum kau sebut aku dah buat. RETI?


Aku cuba fikir positif, 
"Ohh.. dia caring.. dia just sharing knowledge"






Tapi aku ni manusia la. Bukan nabi. Kau kata masa kau tengah perut memboyot, mengusung anak berderet.
Siap tambah kata hina lagi,


"Akak tak mahu dah la.. Letih sangat dah rasa.. Cukup la 5. Aritu pun ingat tak lekat, tup-tup lekat. Puas juga la minum air gas. Makan nanas"






Kau tak rasa nak lempang ke muka orang yang kata camtu depan kau. Kalau kau kat tempat aku apa kau buat? Selamba aku jawab,


"Kak, kalau taknak, meh bagi saya je. Nak?"
"Ehh.. kalau bagi awak baik akak bela sendiri!"






Ok. Ok aku paham. Anak kau ramai, kau nak tayang kau subur. Tabur je benih apa terus jadi. Kau lupa rezeki Allah yang bagi. Kau lupa bila kau kata  begitu apa perasaan orang-orang macam aku. Suatu hari nanti, kalau anak kau besar-besar kau dapat ujian lain pula. Setiap manusia ujiannya berbeza. 


Anak kau ramai, duit habis membesarkan anak. Jangan ingat kau saja berhabis gaji. Kau ingat kau saja ada komitmen tinggi nak beli lampin anak, nak beli susu nak upah pengasuh. Mentang-mentanglah aku belum ada anak, kau tambah lagi ayat hina-dina semata-mata aku tak mahu beli apa yang kau jual.


"Alah.. duit awak habis ke mana je pun. (Dengan erti kata lain, di dalam hati dia pasti terdetik aku belum ada anak, macam mana duit nak habis).."






HALOOO.. Takkan aku nak canang satu dunia. 
YA! Aku dah 2 kali buat IUI. Aku tengah mengumpul duit utk IVF. Laki dah tak bekerja hampir 2 tahun untuk hidup lebih tenang, sambung belajar dengan aman dan ada masa mengikuti rawatan. Takkan masalah aku, duit aku, apa aku belanja, bila aku ikat perut, semuanya aku nak jaja? 


Tiap 2 minggu sekali aku berurut. Pantang ada orang sebut makan itu ini boleh menyuburkan. Memudahkan dapat zuriat. Padahal selebihnya nak mengambil kesempatan di atas kekurangan orang seperti AKU. Nak aku keluarkan mesin kira depan kau untuk kira perbelanjaan aku?


Kalau kau nampak sekali sekala aku berbelanja beli tas berjenama. Sekali sekala kau nampak aku makan di luar. Sekali sekala kau dengar orang bercerita rumah aku yang konon cantik, mewah, complete. Biar aku beritahu kau. Rumah aku murah dari rumah kau. Kereta aku kecil dari kereta kau. Barang kau kau tengok nampak mahal pun sebenarnya aku beli di kedai 2ringgit. Tudung aku pakai bukan Ariani pun. Kalau aku beli tudung akubeli kodi, jatuh 8 ringgit sehelai. Aku sedekah kat mak dan kakak-kakak. Aku tak beli pakaian mahal. Baju kerja aku pun beli kain murah-murah je. Sebulan sekali pun tak tentu berbaju baru.


Yang aku kehulu kehilir cari barang murah 2nd hand. Yang itu kau tak nampak kan? Kalau dah rumah kau besar, harus la bayar pun besar. Jadi, aku yang seadanya ini, yang pakai kereta buatan Malaysia, yang beli rumah atas tangan dan rezeki ihsan orang yang memang hajat nak jual murah-murah, bukan bererti aku banyak duit bila kau tengok aku begitu 'berduit'. 


Kalau aku membeli barang berjenama, (itu pun setahun payah sekali) kerana aku juga perlu 'hadiah'kan diri aku atas penat lelah aku bekerja. Self-theraphy bila keluar 1k dari poket tapi keputusannya menghampakan. Memujuk hati dan menceriakan diri sendiri, Salah? Aku tanya ni, salah ke ??


I: Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut DIAM!

7 comments:

  1. sabar ye nad..nasib baik kat sini xde yang mulut longkang macam tu..

    ReplyDelete
  2. salam..actually terjumpe blog u ni ms tgh googling psl kehamilan..i penah rase ape u rase dear..mmg perit n tiap2 hr nangis..buatnye ada plak mulut2 yg laser ckp x dpt anak sbb merancang ke? susah nak ckp kan sbb diaorang x penah rase ape yg kite rase..kalo anak tu blh beli ngan duit, blh la kumpul duit nak beli..tp ni anugerah dr Allah..kadang2 rase nak laser blk tp pk2 balik x gune pun..rezeki tu bile2 je Allah tarik..so kita kene hargai rezeki dariNYA..x perlulah nak kecoh2 dia tu subur kan..rajinkan solat hajat/tahajud/dhuha..solat fardu wajib la kan..i dulu pun almost 3 years tggu anak..mmg miracle dpt anak ni..alhamdulillah rezeki Allah..even ade gynae ckp kat hubby n I dulu ms try nak dpt anak 1st, prob u all ni, even IVF pun blm tentu blh dpt..sedihkan? mcm dunia ni tunggang tbalik rase..i rase nak pitam n pengsan ms dengar..tp Allah Maha Penyayang, doa i diterima akhirnya..1st time IUI gagal n 3 mths after that , i pregnant naturally..bulan yg i pregnant tu, tu lah 1st time i buat solat sunat dhuha (besar manfaat jika buat selalu), i doa sungguh2..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hamba2NYA..just have faith dear...ur time will come..sorry, kalau i pjg2 bebel kat sini tp x tau la bile baca blog u ni, rase nak share experience yg i dulu..kini diuji sekali lagi utk dptkan 2nd child..sama2 la kita berdoa..

    ReplyDelete
  3. sebab tuh susah kalu nk share prob kite dengan org yg xalami. dorang x tahu.

    dan yg cuba suggest ubt macam2 tuh, kdg2 lagak spt terlalu pandai. lihat kite macam kite xusaha. saba dan senyum aje la. masuk telinga kanan, kuor telinga kiri.

    moga akak tabah. sy juga harap sy begitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah ~JD,
      Semakin kita ini berfikiran positif, semakin kita diuji dengan insan-insan negatif bermulut busuk begini.
      Semoga kamu juga sabar dan tabah ya Sis!

      Delete
  4. Salam perkenalan indah, ye, saya juga alami nasib seperti awak indah (sori saya suka panggil awak indah). Saya didiagnosis hydrosalpinx di kedua-dua belah tiub fallopio saya, kemungkinan dari jangkitan kuman selepas operation untuk buang endometriosis, tahun 2008. Memang tiada cara lain untuk saya menimang zuriat, kecuali IVF. Tapi, setahun kemudian, pada bulan 8 2009, keluar air (seolah2 nanah dr bahagian bawah) dan pada januari 2009, saya mengandung indah!! Secara semulajadi!! Allah maha besar!! Namun, selepas 5 minggu, saya keguguran. Sejak daripada itu, saya dan suami kurang/tidak lagi beria2 berusaha untuk mengandung. Kami berdua kurang memikirkannya, ditambah lagi saya bertukar kerja.Tapi, selepas membaca blog awak indah, saya rasa bersemangat kembali...terima kasih indah..teruskan lagi menulis. Saya doakan kandungan awak sihat dan selamat, begitu juga awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan sis!
      Tahniah kerana pernah hamil secara semulajadi walaupun selepas didiagnos hydrosalpinges. Mungkin juga blockage tu dah hilang, hanya Allah yang tahu. Saya doakan sis dan suami tidak patah semangat! ^__^
      Terima kasih, doakan zuriat saya selamat..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete