Salam readers!
Boleh begitu? Tak pernah sangka catatan tentang hidup ini akan mengumpul pembaca. Return reader, kebanyakkannya tentang infertility. Bermakna, ramai yang senasib dengan aku (saya). Walau aku tidak dapat bantu financially, at least catatan hidup aku ini menunjukkan korang(anda) tak keseorangan.
http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/03/d-dan-kesuburan.html?m=0
Tapi, aku ini tergolong dalam sebilangan kecil yang bernasib malang, tiub fallopio dan ovari kena infection selepas prosedur DnC di sebuah hospital kerajaan di utara tanahair. Hamil sebulan selepas berkahwin, aku sangka aku kekal subur. Namun setelah bertahun mencuba tak berjaya, prosedur HSG menunjukkan tiub-tiub yang bermasalah itu. Segera aku terkenang kesakitan sepanjang tempoh berpantang selepas keguguran dan menjalani prosedur DnC.
Kos rawatan di klinik Dr. Hamid Arshat tidak dapat aku pastikan sebab tidak pernah berkunjung ke sana. Tapi aku tabik doktor ini sebab lebih mengesyorkan pemakanan yang sihat dan semulajadi untuk pesakit-pesakitnya.
Seorang sahabat yang menjalani prosedur membuang cyst di kliniknya menuntut painkiller sebaik keluar dari klinik Dr.H.A. Doktor H.A kata "Awak minum air serai yang dibuat sendiri"
Menarik! Doktor ini bukan doktor yang suka-suka jual ubat untuk keuntungan. Fikir-fikirkan!
No comments:
Post a Comment