Saturday, January 26, 2013

Hectic

Dah seminggu pulang ke rumah sendiri.
Bermakna tiada lagi bantuan mak dan abah untuk membela E.D.
Kerana itulah entri tak bertaip. Berlegar saja dalam kepala.

Sedang update entri sambil menghenjut buaian. E.D, sukar tidur siang. Kasihanlah nanti si pengasuh. :(
Masih lagi tak mandi si emak dari pagi. Jadual makan, mandi, tidur, berak, masak, update blog, jalan-jalan, makan-makan, tonton tv, dan segala-galanya yang aku amalkan 8 tahun ini berubah sama sekali.

Boleh berak. Stop sekejap. Keluar jamban tengok-tengok anak yang melalak bukan main 'pelan' macam kena pukul. Kendian sambung balik berak. Maaf lah. Cerita geli-geli. Tapi itulah yang berlaku. Aku yang jenis memerut perlu 1 jam, terpaksa bahagi 2 masa itu. Kalau dulu tidur jam 11, sekarang jam 7.00 malam E.D dan meragam. Mintak aku tidurkan celah ketiak sambil dia kemam-kemam 'tut'. Solat main baling baten dengan En.S. Dia solat aku jaga anak, aku solat dia jaga anak. Anak bangun malam tak pulak dia nak baling baten. Mata omak macam panda o_0.

Tidak. Aku bukan complaining. Sekadar bercerita yang membuat orang menyampah. Nak marah E.D pun tak sampai hati. Selalu bila kesabaran hilang E.D menangis-nangis bila aku baru nak buka periuk, akan kupujuk hati "Zuriat ini yang ditunggu-tunggu". Faham?


Hectic.

No comments:

Post a Comment