Friday, January 22, 2016
2016, new day has come
Lama sudah tak menulis.
Cuba sign in pun sampai perlu recover account.
2016, tahun huru hara mak(me).
Mak cuba memburu impian mak sebelum sampai 40 tahun.
Eh, tiba-tiba mak rasa macam kelakar pun ada
Mak E.D adalah blogger suam-suam kuku versi veteran dah.
Deep.
E-mail yang diguna semenjak 2000 pun jarang dibuka. Entah, bukan tiada keperluan. Mak tengok dalam banyak email semua dari Lazada lah, Zalora lah, Groupon lah. Adei.
Tiba-tiba malam ni rasa nak menulis. Biasalah, mak feeling macam tengah sambung degree dulu-dulu. Study menghadap tasik universiti sambil layan lagu Exist sebab tengah frust dengan suami main kayu 5. Kahkah.
Now when i think back all the past, yeah. Past IS past. Sekarang nak kentut pun tak sempat, apatah lagi nak memikir siPolan itu yang single sampai sekarang. Eh, dulu mak sumpah dia jadi andartu kot. Masin mulut mak. tutup mata tutup mulut
Cerita pasal email tadi, maaf lah mak baru perasan mesej-mesej di sini. Soalan pun baca laju-laju, jadi nak summarize kan cerita dari sejak Tahun Gajah blog ini
.
.
.
.
.
.
Yes, mak ini dapat nikmat jadi emak setelah bersusun ikhtiar mencuba dapatkan zuriat. Last mak try, IVF di LPPKN. Allah beri E.D.
Tak sesuai cerita E.D di sini sebab rata-rata keyword yang singgah ke sini kerana TTC.
So, I've made a special writings just for E.D in http://my-precious-u.blogspot.my/
So, a few question saya jawab sini saja ye.
[1] Ya, IVF LPPKN. Start treatment on Feb 2012, succeed (Alhamdulillah), E.D born in Nov 2012.
3 embryo transfer out of 7, only E.D rezeki kami
[2] Tidak, kos bukan RM3400. Yang itu katanya di HUKM/HKL. Not sure which one. Tapi kalau betul harga rawatan IVF begitu, memang amat murah. Of course ada pro and cons. Kena waiting list.
[3] No. LPPKN infertility treatment as early as 3rd day of menses terus jumpa doktor. My 2 IUI settled in one cycle of menses each time. So far kawan-kawan di hospital nak tunggu appoinment doktor pun masuk 3 bulan. Tsk. Mak tak sabar nak.
[4] 2015. Frozen Embryo Transfer. 3 out of 3. None attached in rahim. Allah beri ujian getir sebab sayang hamba nya kan? Tarik nafas dalam-dalam. Walau meleleh air mata, E.D ada kami dah cukup bersyukur.
[5] Kumpul duit untuk rawatan? Yes, i did. Guna kaedah pelbagai. Boleh refer post dulu-dulu kaedah kumpul duit untuk rawatan.
[6] 2016. Year of hectic and travel.
[7] 2017. Hopefully ada rezeki masa itu. Tahun ini kena kumpul duit lebih sikit. Expect ubat makin mahal, umur makin meningkat, plus, ada GST pulak. Adeh. Mangkuk tul.
ED dah 4 tahun , dah school pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice surprise... lama indah x tulis kt sini... may 2016 membawa seribu rahmat buat kita...
ReplyDeletehaha. sungguh lama.
Deletekita doa sama2 ye. :)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi đài loan và gửi hàng đi pháp và dịch vụ gửi hàng đi canada uy tín, giá rẻ