Thursday, October 21, 2010

Kursus Air-cond Inverter

Hari ini saya perlu menghadiri kursus Air-cond Inverter. Elok juga kalau sekali sekala bercerita benda-benda ilmiah ni.
Apa bagusnya sistem inverter di dalam penyaman udara ni?
Sebelum itu, inverter adalah suatu sistem yang menukarkan DC kepada AC dan digunakan untuk mengawal kelajuan pemampat(compressor) di dalam suatu sistem penyaman udara.

Teknologi sebelum ini yang tidak menggunakan sistem inverter menyebabkan pemampat tadi bekerja secara maksimum di mana cut-in dan cut-off compressor itu boleh dirasai oleh pengguna di dalam bilik. Apabila compressor ini bekerja secara maksimum, secara tidak langsung tenaga elektrik yang digunakan juga mencapai tahap maksimum. Dengan erti kata lain, meningkatkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus meningkatkan bil elektrik di rumah anda.

Dengan adanya sistem inverter ini, proses cut-in dan cut-out tersebut menjadi smooth, mengurangkan arus permulaan (yang menyebabkan rata-rata bil elektrik melambung kerana starting current yang tinggi) untuk memberi tork kepada motor pemampat. Mengapa saya katakan motor pemampat? Ini kerana pemampat itu sendiri merupakan sejenis motor yang mengepam bahan penyejuk (refrigerant) ke dalam sistem, bergantung kepada suhu yang ditetapkan oleh pengguna. Semakin rendah suhu yang ditetapkan oleh pengguna, semakin tinggi kelajuan (rpm) motor pemampat untuk mengepam refrigerant ke dalam indoor unit.

Semasa kursus tadi, saya belajar cara-cara pump-down bahan pendingin dari dalam indoor unit. Proses pump-down ini merupakan cara untuk menyimpan bahan pendingin yang masih bersisa di dalam indoor unit ke dalam compressor. Model Panasonic air-cond inverter tadi menggunakan gas R410A antara gas penyejuk yang dapat mengurangkan kesan CFC kerana penggunaan gas-gas air-cond terdahulu (R22, R134). Untuk sistem ini kandungan cecair R410A yang perlu dimasukkan kira-kira 740gm atau maksimum 9bar. Hanya satu jenis sahaja sistem inverter air-cond one-to-one indoor to outdoor unit yang menggunakan gas R22 iaitu jenama Daikin.

Esok, saya akan belajar cara-cara troubleshooting air-cond dengan sistem inverter. Seronok belajar sesuatu yang baru dan sedikit keluar daripada interest saya sebelum ini.

2 comments:

  1. wah lepas ni..boleh la troubleshoot a/c kt rumah sy :)hhee..

    ReplyDelete
  2. Tq for info, sy minat bt kerja2 aircond n sy juga buat service aircond. Tp bab inverter memang sy kurang faham n x mahir. Kursus kt mane? Boleh sy dptkan info lain.....

    ReplyDelete