Haa.. lamanye tak update blog. Sowie hoccay? (Hang mintak mahap pada siapa? Perasanlah ada orang folow blog hang.) Ada haku kesah? Lantak le ada orang nak baca ke, tidak ke.. Kan terpulang memasing punya hobi.Cam saya, menulis suka-suka kan? So, kalau saya rasa saya suka nak menulis saya tulis la panjang-panjang. Kalau tak? Tulis la kontot-kontot. Ada orang nak marah ke?
Kenapa tiba-tiba pulak menulis ni? Aih, banyak pulak songehnya, dah orang rajin tu pi tegur lagi, nanti jadik malas sapa susah? Saya jugak kan. Nanti kalau tiba-tiba saya malas kemas rumah, malas makan, malas tidur, malas malas malas, kan susah. Jadi, kalau orang tiba-tiba rajin pegang penyapu dan sapu seluruh rumah plus kaki-kaki lima, kaki enam dan tujuh janganlah tegur pulak. Kita pakat-pakat buat derk je. Hoccay?
Tapi jangan la pulak tak appreciate bila rumah dah berkilat lantai boleh buat cermin muka sampai nampak bulu hidung segala, cakap lah 'terima kasih' bukan berat sangat pun. Tak kena bayar tol pun nak cakap lima patah perkataan itu.
Haha. Apasal tiba-tiba kamu emosi ni?
Saya bukan emosi, cumanya mukadimah saya hari ini lebih panjang dari biasa, Maklumlah, tangan dah kaku, ini kira proses warming up jejari la. Nanti kalau cramp, susah la tangan tu nak buat cekodok petang-petang sambil cicah sambal kacang (eh, tetiba laparlah!). Hep.hep.hep. Pasal makan nombor satu kamu ya.
Suka membebel sekarang mengapa?
Mungkin umur makin bertambah maka otot-otot lidah ni bergetar lebih dari biasa. Jadi bukan salah saya bila mulut ni makin kuat membebel dan me'muncung-ikan'. (Eceh! cam kenal la muncung ikan itu, sedara ke?)
Ok ok
Enuff enuff
Topik di atas dah keluar tajuk ye. Boleh fail sebab lari dari kehendak soalan.
Sebenarnya nak cerita 18 sikit. Jadi sesiapa yang bawah umur tu boleh tutup mata ye, jangan baca, dengar je boleh. T___T
Pagi tadi ke LPPKN lagi, untuk buat IUI for the second time. Today Dr. Komathy which is my regular doctor in charge is not in, preferably Dr.Hamizah taking charge to replace her to conduct the procedure.
Arrived at 8.15 am. Prosedur sama je seperti yang lalu. Cuma ke'sengal'an kali ini kurang sedikit. Sekurang-kurangnya prosedur ini dimulakan dengan Bismillah. Sepanjang masa mulutku terkumat-kamit berselawat. Ngeri tambah ngilu. Bukan sedap, hoccay? Yang sedap tu yang lain. Apa? ha ha ha. Kamu bawah 18 tahun, tutup windows ini ye. Kalau sudah ada teman hidup, silakan nikah baru kamu tahu ya! (Berapa banyak Ya! yang kamu ada-Ya!)
Ubatan kali ini mencecah RM1k. Kurang 2-3 hengget sahaja. Ubat Folliova 150iu 4 tiub RM530, Duphaston dan ubat pecahkan telur RM120. Prosedur IUI RM350. Extra 5-10% untuk parking. 1 jam RM4.00, tiap jam kedua dan seterusnya RM3.00 satu jam.
Keluar dari LPPKN terus ke Shamelin Perkasa. Dua tujuan murni, nak cari bubble wrap envelope DAN mencari MO Outlet. Dapat envelope tu setelah saya gegarkan pintu supplier yang berjeriji. Dapat 2doz, cukup la dulu. Susah betul mencari sekitar rumah saya.
Sampai di MO Outlet, saya seperti orang gilak! Gilak kamu, tengok kasut (ada ke orang pakai kasut di kaki harga nearly 3k). Sengih saja la mampu. Suami lantas berkata
"Mama, if that shoes boleh letak di tempat keempat-empat tayar kereta kita dan berjaya bergerak, silakanlah beli"
Ahaks. Itu ayat-ayat menguji tu. Menguji ketulusan dan ketelusan hati saya. Tunggu abang, ColeHaan tu berjoget-joget mintak saya angkut dia bawa larik!
Enuff with the imagination. Mampu tengok saja la harga beg-beg ribuan ringgit tu. Tapi suami kata 'tak boleh blah' tengok soalan nerd saya kepada salesman itu.
"Bang ni barang secondhand ke? Apsal dah bercalar-balar?"
Memang tak sayang mulut ye. Insurans berapa juta? Oh, insurans rumah dan kereta saja ada? So baik kamu shadapppp!
Tanya bila lagi sale, mahu datang semula. Untung beli designer handbag ni sebab boleh dijual semula. Macam beli emas pula. Tapi itulah hakikatnya. Rasa dah jemu esok, let go saja la, beli yang baru. Satu bentuk investment juga kan? Kalau rasa nak lagi cun, beli la Hermes harga USD54000 kulit burung unta atau kulit buaya. (Buaya pasti bangga siut, mahal tu kulit dia!)
So kesimpulannya, topik kita hari ini ialah menulis suka-suka sebab dah lama menyepi tambah carca-marba campur semua topik apa saja yang terlintas di kepala.
Suami tiada, pergi kumpulan belajar (Aha sopannya-studygroup). Sebab itulah saya dapat menulis lebih lajuss (plural ni) kerana tiada gangguan 'mama tolong buatkan air-megi-makan-kudapan'.
No comments:
Post a Comment