Melihat kucing-kucing boleh membuatkan saya bahagia dan teruja.
Sangat-sangat berhajat untuk membela seekor kucing di rumah.
Abah tak sokong
Mak sokong
Suami atas pagar
Beberapa kali memujuk suami untuk mengutip kucing-kucing comel di jalanan, suami tak benarkan. Tunggu dia belikan, katanya. Satu syaratnya, jangan letakkan di luar rumah, khuatir hilang seperti dahulu.
Alhamdulillah, melihat kucing sahaja hati saya merasa lega. Besar nikmat kurniaan Allah. Tiap yang diciptakan mempunyai sebab dan tugasnya sendiri.
Bolehlah saya tidur dengan lena malam ini, usah difikirkan rusuh di hati.
Minum segelas susu panas sebelum tidur adalah penamat hari ini.
Semoga esok membawa seribu kebahagian untuk saya.
Terima kasih Ya Allah. Ya Rahman, Ya Rahiim.
Apapun yang berlaku, aku belajar redha...
No comments:
Post a Comment