Tuesday, November 30, 2010

Wurn Technique

Among all the efforts that have been done, i'm trying to pursue with Wurn Technique.

After two times battling and gambling in IUI, saya bercadang untuk bagi tubuh saya a break from all the synthetics hormones injected to my body. Lagipun LPPKN break seketika daripada menjalankan rawatan bermula bulan Oktober lepas. Tak pasti mengapa, tapi itulah yang seorang sahabat sampaikan maklumat.

Oh, tadi bukan kah saya hendak ceritakan tentang Teknik Wurn tu? Teknik tersebut telah dicipta oleh seorang doktor daripada US bagi mengubati Hidrosalpinx (or Hidrosalpinges-for both tube blocked).

Teknik tersebut merupakan teknik urutan yang diibaratkan 'melerai urat-urat yang bersimpul di dalam tubuh badan manusia. Pernah tak berlaku pada kita tiba-tiba badan jadi tak ok, bahu rasa stress semacam, kaki atau pinggang cramp tak tentu pasal? Bila pergi Klinik, confirm 100% doktor akan prescript painkiller or at least any medicated cream.

Selalunya orang Melayu, apabila lenguh-lenguh badan kita akan pergi berurut, am I right? Bezanya, kita tak pernah patternkan teknik itu sebagai hak cipta kita. Mat Salleh ni pulak, macam bijak pandai sangat, kononnya invent la teknik tu, teknik ini. Padahal, semua itu telah kita amalkan sejak turun-temurun lagi.

Saya sendiri mengenal urutan sejak umur 8 tahun. Mungkin lebih awal, cuma saya masih kecil dan tak boleh memorized lagi. Semasa anak dara pun saya kerap berurut, terutama sekali semasa 'datang bulan'. Sebabnya? Dahulu kalau saya datang menses, perut jadi cramp teruk, then saya akan muntah-muntah. Punya la tahap teruk. Worst thing happens every months.

Kemudian, selepas keguguran, saya masih lagi berurut. Macam-macam jenis tukang urut yang saya pergi. Semua 'sengkak' rahim untuk membetulkan kedudukannya. Sampai saya jadi fobia, kuat sangat tukang urut itu menyengkak. Saya pulak rasa nak sengkak saja kepala makcik tu. ^_^ dush!

Then, after that saya terus quit berurut. Lama juga lah, mak saya pujuk juga, tapi rasa takut, bukan takut diurut, tapi takut salah sengkak. Mana lah tahu lain jadinya nanti.

Maka, semasa saya surfing-surfing mencari rawatan alternatif kepada hidrosalpinx ini, saya terbaca artikel di www.clearpassage.com tentang teknik ini. Timbul suatu kesedaran dalam diri saya untuk kembali berurut!

Untuk rawatan Wurn Technique(R) tersebut, sekurang-kurangnya 20jam terapi diperlukan sebelum mendatangkan hasil yang dikehendaki. Maka, saya berazam untuk berurut tiap-tiap hujung minggu. Selain merehatkan badan, mana lah tahu teknik urutan benar-benar mengubati hidrosalpinx? Sekiranya berjaya, mungkin nanti wujud pula Indah Technique, perhaps? Boleh saya beri testimoni kemudiannya, tentang kejayaan kajian saya ke atas diri saya sendiri. Menarik bukan?

Termasuk minggu ini, saya telah menjalani urutan sebanyak 4.5 jam. Mungkin masa diperlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk melihat hasilnya. Tukang urut saya tempah ni bestlah! Dia urut best! Tak perlu beritahu sakit di bahagian mana, tangannya sendiri terus menuju kawasan yang lenguh-lenguh. Dahlah mudah, telefon saja, servis terus sampai ke rumah. Jadi, selesa lah untuk berurut. Pick our own leisures. Looking forward untuk sesi seterusnya.

Pinggang, kenapa kau?

Sejak hujung minggu yang lalu, pinggang saya sakit.

Sepanjang hari duduk di lantai memotong baju kurung, akhirnya pinggang saya cramp. Sampai ke hari ini. Sudah diurut, masih begitu. Ah, kenapa lah?

Apa lagi yang boleh dibuat. mahu tidur pun sakit, baring pun sakit. Suami warning, bukan muda lagi macam dulu.

Hari ini di pejabat pula bertungkus lumus menyiapkan folio PPT. Tambah-tambah la sakit pinggangnya sebab duduk di kerusi dari pagi. Aaaa.. tak sabar tunggu jam 5. Nak balik, nak baring. Sakit gila-gila dah ni.

Thursday, November 25, 2010

Tribute to Jitra@Kedah

Saya mengagahkan diri menulis.
Sebaik usai solat, saya hanya bergolek-golek dengan lappy di depan televisyen. Tiada apa yang menarik perhatian, kerana televisyen itu saya biarkan mati. Malam Jumaat begini, tiada apa rancangan menarik di TV. Berbalik-balik cerita seram, cerita hantu, dan cerita-cerita yang akan menambahkan kecut perut apabila bersendirian kelak.

Sudahnya, saya berfikir lebih baik di muat-naik gambar-gambar yang sempat diambil ketika 'balik' ke Kedah hujung minggu nan lalu. Kualitinya kurang memuaskan, kebanyakannya diambil ketika kereta sedang bergerak. Sebolehnya saya cuba merakam segenap inci pelosok yang saya lalui. Menjejak kembali kenangan-kenangan lama 5 tahun lalu. Pantasnya masa berlalu.

Mengapa saya gunakan perkataan 'balik'? Entahlah, Jitra sudah sebati dengan saya. Saya merindui suasana kampung, keenakan makanannya yang pasti murah, rakan-rakan, jiran-jiran dan segala tentangnya adalah manis belaka. Di sana saya belajar berdikari, jauh dari keluarga, sakit-pening ditanggung sendiri. Dengan gaji tidak menjejak empat angka, saya masih mampu menyara diri, membayar ansuran kereta, menyewa rumah dan ada masa bersuka-ria.

Indahnya tahun 2002-2006. Di sana bermula perjalanan hidup saya. Di sana saya kenal erti kematangan. Apabila mengenang rakan-rakan dahulu, hati saya mudah sebak, kerana mereka adalah manusia-manusia tulus, rakan-rakan yang amat baik, menjalin ukhuwah dengan ikhlas. Hidup kami amat simple, bertungkus lumus di tempat kerja, sebaik pulang akan beramai-ramai mencari gerai laksa atau pasembor supaya dapat berborak kosong dengan erti kata lain bergosip untuk meredakan ketegangan seharian.

Tiada hiruk pikuk manusia. Laluan sentiasa lancar. Adapun kesesakannya hanya kerana ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah. Selainnya, keadaan cukup selesa. Melalui ban, denai, dan menyusuri jalan-jalan kampung itu umpama suatu terapi minda yang mengasyikan; percuma.

Sunday, November 21, 2010

2nd day @ Jitra

Memulakan acara seawal 10.20pagi.
Hajat hati menjamah nasi lemak Cik N di Taman Rasa Sayang, Jalan Osman Aroff. Port favourite saya dan suami 5 tahun dahulu.

Melalui jalan itu, saya dan suami hampa kerana pasca banjir kedai tersebut masih ditutup. Kesan-kesan banjir masih bersisa dan mungkin mereka masih belum lagi memulakan perniagaan sejak banjir melanda kawasan tersebut.

Rancangan bertukar, mencari port untuk breakfast di Tanah Merah. Hampa. Para penggerai sudah mula mengeluarkan hidangan makan tengahari ketika jam menginjak 11.00 pagi. Sudahnya saya dan suami terus menuju ke Alor Setar. Kami perlu terus branch nampaknya. Destinasinya?


Pumpong.

Menariknya tentang Gerai Makan di Pumpong ini kerana mejanya disusun di bawah pokok-pokok yang merimbun. Bila waktu lunch, dengan angin sepoi-sepoi, dan redup, memang best! Nasib malang juga, lauk yang dihidangkan masih belum penuh. Huh. Rugi pula tak makan di Tanah Merah tadi.

Saya dan suami ambil makanan ikut suka kami. Ikan keli bakar, ikan kembung bakar, telur asin, batang keladi masak asam, rebung masak lemak, ayam goreng berempah, teh 0 ais limau dan kopi ais. Total : RM18.70. Entah murah atau mahal kurang dapat dipastikan. Yang pasti, dahulu lebih murah.



Pekan Rabu


Selesai makan tengahari, kami menyusuri jalan utama ke Alor Setar. Melawat Pekan Rabu. Saya membeli pulut hitam, belacan dan dodol. Dahulu, setiap kali ingin pulang ke kampung, saya akan belikan emak belacan Tanjong Dawai. Mak kata sedap.

Kemudian, berpusing-pusing kami di jalan yang selalu saya dan suami dating dahulu kala. ^-^
Akhirnya kami sampai ke Kuala Kedah. Kembali semula ke Jitra melalui jalan kampung, jalan shortcut melalui kampung-kampung dan bypass Bandaraya Alor Setar.


Photobucket
PhotobucketPhotobucket

Jo Cendol


Petang itu, sementara menunggu seorang sahabat lama pulang dari kerja, saya dan suami minum petang di Jo Cendol. Cendol pulut biasa, cendol pulut special, cucur udang, tapau dua mangkuk lagi cendol pulut, total: RM12.00.


Malamnya melawat saudara hubby pula. Menjejak jam 11.00malam saya dan suami minta diri.

Letihnya hari ini.

Saturday, November 20, 2010

1st day arrived @ Jitra

Sengaja saya mengambil cuti untuk Isnin nanti.
Sambil menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat pada hari Sabtu, saya teruja untuk melawat Jitra lebih-lebih lagi selepas banjir melanda baru-baru ini. Awal-awal lagi perancangan diatur, di mana untuk menginap, apa aktiviti mahu dibuat, apa makanan untuk dirasa, apa tempat untuk dituju.


Hari ini hari pertama saya di Jitra.

Menyewa hotel di tengah-tengah pekan PJ3 tiba-tiba membuatkan saya dan suami mati kutu. Sudah lama meninggalkan suasana itu, kami jadi canggung. Malam itu malam pertama kami di sana. Keletihan perjalanan sejak pagi menyekat rancangan untuk ke Alor Setar. Sudahnya, gerai Char Kuey Teow menjadi destinasi. Lokasi saya dan suami untuk makan Char Kuey Teow seperti 5 tahun lalu sudah tiada. Teller BSN itu juga sudah tiada. Kami memilih Zam Char Kuey Teow sekitar Pasaraya Yawata.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sempat lagi mencuba potato spring MalaysianProducts yang baru di francaiskan.


Photobucket

Jam 9.00 malam pekan Jitra hampir lumpuh. Menjelang 10.00 malam, pekan PJ3 sudah lengang. Biarpun baru saja menjamah mee tadi, kami singgah ke sebuah gerai untuk membuang masa. Menunggu jam menjejak 11.00 malam untuk balik ke hotel.


Esok, bermula hari yang baru. Malam ini perlu berehat panjang, kesan perjalanan sejak pagi tadi melenguhkan urat-urat.