Tuesday, November 30, 2010

Wurn Technique

Among all the efforts that have been done, i'm trying to pursue with Wurn Technique.

After two times battling and gambling in IUI, saya bercadang untuk bagi tubuh saya a break from all the synthetics hormones injected to my body. Lagipun LPPKN break seketika daripada menjalankan rawatan bermula bulan Oktober lepas. Tak pasti mengapa, tapi itulah yang seorang sahabat sampaikan maklumat.

Oh, tadi bukan kah saya hendak ceritakan tentang Teknik Wurn tu? Teknik tersebut telah dicipta oleh seorang doktor daripada US bagi mengubati Hidrosalpinx (or Hidrosalpinges-for both tube blocked).

Teknik tersebut merupakan teknik urutan yang diibaratkan 'melerai urat-urat yang bersimpul di dalam tubuh badan manusia. Pernah tak berlaku pada kita tiba-tiba badan jadi tak ok, bahu rasa stress semacam, kaki atau pinggang cramp tak tentu pasal? Bila pergi Klinik, confirm 100% doktor akan prescript painkiller or at least any medicated cream.

Selalunya orang Melayu, apabila lenguh-lenguh badan kita akan pergi berurut, am I right? Bezanya, kita tak pernah patternkan teknik itu sebagai hak cipta kita. Mat Salleh ni pulak, macam bijak pandai sangat, kononnya invent la teknik tu, teknik ini. Padahal, semua itu telah kita amalkan sejak turun-temurun lagi.

Saya sendiri mengenal urutan sejak umur 8 tahun. Mungkin lebih awal, cuma saya masih kecil dan tak boleh memorized lagi. Semasa anak dara pun saya kerap berurut, terutama sekali semasa 'datang bulan'. Sebabnya? Dahulu kalau saya datang menses, perut jadi cramp teruk, then saya akan muntah-muntah. Punya la tahap teruk. Worst thing happens every months.

Kemudian, selepas keguguran, saya masih lagi berurut. Macam-macam jenis tukang urut yang saya pergi. Semua 'sengkak' rahim untuk membetulkan kedudukannya. Sampai saya jadi fobia, kuat sangat tukang urut itu menyengkak. Saya pulak rasa nak sengkak saja kepala makcik tu. ^_^ dush!

Then, after that saya terus quit berurut. Lama juga lah, mak saya pujuk juga, tapi rasa takut, bukan takut diurut, tapi takut salah sengkak. Mana lah tahu lain jadinya nanti.

Maka, semasa saya surfing-surfing mencari rawatan alternatif kepada hidrosalpinx ini, saya terbaca artikel di www.clearpassage.com tentang teknik ini. Timbul suatu kesedaran dalam diri saya untuk kembali berurut!

Untuk rawatan Wurn Technique(R) tersebut, sekurang-kurangnya 20jam terapi diperlukan sebelum mendatangkan hasil yang dikehendaki. Maka, saya berazam untuk berurut tiap-tiap hujung minggu. Selain merehatkan badan, mana lah tahu teknik urutan benar-benar mengubati hidrosalpinx? Sekiranya berjaya, mungkin nanti wujud pula Indah Technique, perhaps? Boleh saya beri testimoni kemudiannya, tentang kejayaan kajian saya ke atas diri saya sendiri. Menarik bukan?

Termasuk minggu ini, saya telah menjalani urutan sebanyak 4.5 jam. Mungkin masa diperlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk melihat hasilnya. Tukang urut saya tempah ni bestlah! Dia urut best! Tak perlu beritahu sakit di bahagian mana, tangannya sendiri terus menuju kawasan yang lenguh-lenguh. Dahlah mudah, telefon saja, servis terus sampai ke rumah. Jadi, selesa lah untuk berurut. Pick our own leisures. Looking forward untuk sesi seterusnya.

4 comments:

  1. Hello Indah, apa khabar? Nama saya Dennis, asalnya dari Sarawak, sekarang kerja di Kota Damansara. Saya ingin memahami lebih banyak mengenai Wurn Technique. Bolehkah Indah beritahu di mana di Malaysia boleh saya dapat perkhidmatan urutan istimewa ini? Tujuan saya adalah untuk menentang masaalah sakit perut selepas operesyen besar. Saya boleh dihubungi di 012-8840468 juga. Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dennis.
      Setahu saya teknik ini tak sampai ke Malaysia lagi. Yang saya tahu, teknik ini sama seperti teknik urutan yang diamalkan masyarakat Melayu khususnya. Maaf andai ada tersilap info.

      Delete
  2. Hi Indah. I berminat nak khidmat urut makcik yang urut you blogged ni. Boleh dapat contact number dia? Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Hi Indah. I berminat nak khidmat urut makcik yang urut you blogged ni. Boleh dapat contact number dia? Terima kasih

    ReplyDelete