Sengaja saya mengambil cuti untuk Isnin nanti.
Sambil menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat pada hari Sabtu, saya teruja untuk melawat Jitra lebih-lebih lagi selepas banjir melanda baru-baru ini. Awal-awal lagi perancangan diatur, di mana untuk menginap, apa aktiviti mahu dibuat, apa makanan untuk dirasa, apa tempat untuk dituju.
Hari ini hari pertama saya di Jitra.
Menyewa hotel di tengah-tengah pekan PJ3 tiba-tiba membuatkan saya dan suami mati kutu. Sudah lama meninggalkan suasana itu, kami jadi canggung. Malam itu malam pertama kami di sana. Keletihan perjalanan sejak pagi menyekat rancangan untuk ke Alor Setar. Sudahnya, gerai Char Kuey Teow menjadi destinasi. Lokasi saya dan suami untuk makan Char Kuey Teow seperti 5 tahun lalu sudah tiada. Teller BSN itu juga sudah tiada. Kami memilih Zam Char Kuey Teow sekitar Pasaraya Yawata.
Sempat lagi mencuba potato spring MalaysianProducts yang baru di francaiskan.
Jam 9.00 malam pekan Jitra hampir lumpuh. Menjelang 10.00 malam, pekan PJ3 sudah lengang. Biarpun baru saja menjamah mee tadi, kami singgah ke sebuah gerai untuk membuang masa. Menunggu jam menjejak 11.00 malam untuk balik ke hotel.
Esok, bermula hari yang baru. Malam ini perlu berehat panjang, kesan perjalanan sejak pagi tadi melenguhkan urat-urat.
No comments:
Post a Comment