Tuesday, December 21, 2010

Malaysia: Negara 4 Musim

Hari ini mahu ajar kamu semua tentang geografi Malaysia.

Malaysia negara 4 musim

Valid ke statement ini? Ini ikut teori suka-sukahati aku.

Pertama
Malaysia ada musim tengkujuh. Time ni hujan mahu hari-hari hujan. Time ni, spender pun kebarangkaliannya perlu disterika. Time ni la rasa nak beli drier. Time ni juga la rasa bercinta nak bangun pagi. Main celup-celup muka saja.

Kedua
Malaysia ada musim panas. Jangan pikir la iklim Khatulistiwa ke. Khatbacatiwa ke. Memang seriosly panas gila. Time ni lah rasa nak duduk dalam freezer. Time ni la rasa nak beli pukal air-cond. Time ni la tokey-tokey kedai air-cond jadi kerek tak hengat.

Ketiga
Seriously. Malaysia ada musim Buah. Time ni tetiba je teringat kampung halaman. Kebun bapak kau jadi kebun bapak aku juga. Tiba-tiba rajin ngaku jiran, sedara, dan tuan tanah kedaung.

Keempat
Ni musim yang rasanya tak larat. Musim sakit. Musim demam. Musim flu.
Now. Aku dan suami dah kena musim keempat ni. Sila jaga diri masing-masing yer, sebabnya dua-dua laki bini ini tengah mood nenong2 dan tahap kesihatan merudum. dum. dum

Kalau terjumpa musim lain, be update later.

No comments:

Post a Comment