'Separuh jiwaku pergi'
Yer. Pergi ke kampung halaman. Mood kerja hilang seiring dengan cuti 5 hari di kampung. Teringat dahulu zaman Nabi Musa waktu saya duduk di asrama. Time nak packing kain baju, mula la rasa nak nyuruk supaya tak payah balik ke hostel. Selalu juga kena denda sebab masuk sipi-sipi (sapa yang tak tahu makna ni sila bukak kamus) jam 6.00ptg. Cikgu cegil pun boleh buat tak reti.
Tak produktif dari pagi. Tak tahu cara nak kembalikan mood ini. Malam kelmarin tak dapat tidur dengan lena. Biasa lah, jetlag bila pulang dari kampung (cheewah! Berangan naik jet pulak). Balik rumah time lunch pun tak dapat lelap juga.
So, to gain the mood, saya stop by kat petrol pump. Beli aiskremm,roti,meelo pastu mentekedarah sorang-sorang di opis petang-petang sambil download the Tourist. Marvelles dowh, pencurik tulang ni. Sungguh tak tahu nak ceriakan hari ini. Malam tadi saja ceria bila tengok pasukan Malaysia dapat sandang juara AFF Suzuki tu.
Entry kali ini pun aku rasa kuyu. -_-
No comments:
Post a Comment