Sunday, May 22, 2011

Astro is Ass-Throw

Menjelang malam Isnin, Monday blues hinggap dijiwa. Tempias bekerja kedua-dua hari weekend membuat aku rasa drained out. Just as likely all the energy suck out from my every veins. Totally exhausted. Lagikan pula kerja hujung minggu itu adalah kerja-kerja wiring dan bersyarah. Haaaahh.. ini kata-kata orang yang tak pernah menyawit dan menoreh apatah lagi menebas. Ini kata-kata badan yang manja dan malas. Jarang menggunakan kederat yang maksimum. Pakai otak bukan begitu letihnya.

Ingatkan bila buka tv, dapatlah tengok something yg best. Tapi rancangan Ass-throw memang sengal. Ulang sebulan 30 kali. Kalau bulan itu 28 hari pun ada dia kesah?

So, please ye Ass-throw. Aku jemu sudah. Aku rindu nonton sesuatu yang bukan berulang-ulang. Bagai orang gagap dan bas KKKL "kay-kay-kay-Ell"

TV yang lain-lain pun siarkan yang buat aku sakit jiwa menengoknya. Tepu disajikan cerita Melayu pasal suami-isteri cerai-berai, belasah membelasah, bodoh-membodohkan, tolong la wei. Asyik cerita projek juta-juta, pegi site pakai kemeja kasut kilat akai ada ka?? Takpun cerita sedih menangis-nangis keluar mascara eyelashes hilang gam nak terkeluar. Bosan! Bosan!

Minggu depan mahu tonton Nur Kasih. Kabir Bhatia pulak yang ada inisiative nak membuat cerita unsur begitu. Produser Melayu kita apa cerr? Konon buat cerita mungkar, khianat, maksiat untuk pengajaran. Memang betul la tu. Peng'ajar'an buat yang masih mentah. Yang buruk itu dijadikan tauladan. Reti???



Thursday, May 19, 2011

10 things i should do/have before i turn 40


Sekarang di 30.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang aku perlu ada atau buat sebelum umur bertukar angka lagi?

1
Matlamat mempunyai zuriat(S).
Kalau tak tercapai, harus consider adopting. Anak siapa? Kalau boleh saudara-mara yang kurang berkemampuan, atau jiran-jiran yang anak ramai dan tak boleh nak sara anak ke-12. Takpun, kecek* abang-abang dan kakak-kakak beranak dan mintak nak anak sedara tu. Boleh?

2
Mempunyai rumah sendiri tak menumpang suami semata

3
Mempunyai kenderaan hybrid.


Sebab naik hangin dengan harga minyak yang naik sokmo, nak protes pula roadtax-insurance yang boleh buat orang sawan. Pakai hybrid ni sesuai la untuk orang yang mementingkan kehidupan hijau (sebab tu suka biarkan lalang tumbuh, sebab nampak hijau). Pasnih boleh bangga balik kampung bayar minyak RM10. Kerek tak hengat nanti. Abah sound "macam lah kau balik tiap-tiap minggu". Tersedak aku!

4
Pergi Haji. Baru buat buku Tabung Haji. Dalam tu ada RM2. Ada ka patut? Kire-kire sebulan simpan RM100 cukup 10 tahun dapat RM12000. Campur dengan saving sendiri, insyaAllah lepas la nak buat tambang pergi-balik. Nak ajak mak abah sekali, tapi tak mampu nak tanggung kos mak abah (sbb mak ngan abah lagi banyak duit dari tuanpunya badan ni, rasanya diorang sett je kalau ajak pergi kali ke-3)

5
Mempunyai simpanan tunai RM200k 100k (Be rasional dengan situasi kewangan sekarang)

6
Mempunyai sebidang tanah di kampung untuk bina sebuah rumah mengikut citarasa sendiri. Khas untuk hari tua.
7
Bebas hutang PTPTN (yeyeyeye)

8
Mengenggam segulung Sarjana

9
Menyambung peringkat PhD

10
Tak perlu jadi bos, cuma nak duduk di tangga gaji yang selesa. Amin



*kecek=pujuk


AKU: 1/10 maksudnya tak lulus. Setahun perlu capai 1 impian.

Tuesday, May 10, 2011

Entri Khas TTC




Sila skrol ke bawah. Ini tak disengajakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah tak bercerita tentang TTC, kehamilan, kesuburan, LPPKN (lamanya tak sebut), IUI, IVF bla-bla (tak habis kalau nak citer)

Jadi di petang yang hening selepas hujan ini, rasa terpanggil nak buat entri khas untuk juri ni.

Lama betul tak buat treatment. Sekadar berurut, mengamalkan jamu MAB (Maajun Anggun Bistari), amalkan minum madu bercampur susu dan serbuk kurma juga minum air buah Koka.

Semuanya itu sebagai inisiatif selain perubatan moden. Mudahan berhasil.

MAB ini sesuai untuk masalah dalaman. Ia mengetatkan vagina. Ia mengurangkan keputihan. Aku makan 3 bulan-stop sebulan-3bulan lagi. Kesannya ketara. Suami juga setuju. Cuma badan aku mudah imun dengan ubatan yang diambil secara berterusan. Sebab itu juga aku berhenti sebulan seteah consume 3 bulan. Rambut pula banyak gugur. Biasalah, mana-mana jamu perlukan kita minum air yang banyak, dan itulah yang payah aku lakukan.


Air buah koka juga ikut supplier. Suami yang sibuk tiada masa untuk membelah buah koka yang maha keras itu, maka tiadalah aku dapat meminumnya. Malas mahu menyuruh. Andai dia bersungguh, buktikan dengan tindakan. Bukan hanya sebelah pihak sentiasa.

Juga, tiba-tiba tergerak hati untuk menyumbat sesuatu untuk ke'segar'an tubuh badan.

Entah apalah kesannya nanti.

Juga sedang mencari ini, masih belum kutemui. Ubat buat hydrosalpinx secara rawatan herba.

Suami sudah tidak menyokong apa-apa rawatan lagi buat masa ini. Mungkin dia dah tak ambil peduli. Persetankan.


AKU: Belajar tak peduli, belajar menjadi tuli.



Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Emak

Mak., selamat hari emak ya.,
Terima kasih kerana mengandungkan, melahirkan dan membesarkan.,
Sungguh...
Tanpa itu semua, tiadalah anakmu ini di dunia.

Sempena hari mengingati jasa emak-emak,
umi-umi dan apa sahaja gelaran untukmu,
bukan bermakna jasamu hanya ku kenang hari ini.

Takkan pernah terbalas apa jua yang aku lakukan jika dikumpul untuk membalas jasamu.

Harus sebagai anakmu,
Hanya doa ku titipkan sepanjang masa,
Agar emak dibekalkan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan sepanjang masa.

Kadang terdetik di dalam hati,
Allah menjemput aku dahulu
Agar tiada gundah hati ini
Mengenangkan hidup tanpa Emak

Tanpa kamu
Bagaimanakah?

Sunday, May 1, 2011

Punca isteri hilang hormat pada suami

1. Tingkah laku suami

Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.

Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan.

2. Standard tidak realistik

Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan.

3. Tidak menghargai isteri

Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya.

Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.

Petanda

Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :

* Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
* Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
* Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
* Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.

Sumber : Email forwarding

AKU: sedang menilai