Sunday, May 22, 2011

Astro is Ass-Throw

Menjelang malam Isnin, Monday blues hinggap dijiwa. Tempias bekerja kedua-dua hari weekend membuat aku rasa drained out. Just as likely all the energy suck out from my every veins. Totally exhausted. Lagikan pula kerja hujung minggu itu adalah kerja-kerja wiring dan bersyarah. Haaaahh.. ini kata-kata orang yang tak pernah menyawit dan menoreh apatah lagi menebas. Ini kata-kata badan yang manja dan malas. Jarang menggunakan kederat yang maksimum. Pakai otak bukan begitu letihnya.

Ingatkan bila buka tv, dapatlah tengok something yg best. Tapi rancangan Ass-throw memang sengal. Ulang sebulan 30 kali. Kalau bulan itu 28 hari pun ada dia kesah?

So, please ye Ass-throw. Aku jemu sudah. Aku rindu nonton sesuatu yang bukan berulang-ulang. Bagai orang gagap dan bas KKKL "kay-kay-kay-Ell"

TV yang lain-lain pun siarkan yang buat aku sakit jiwa menengoknya. Tepu disajikan cerita Melayu pasal suami-isteri cerai-berai, belasah membelasah, bodoh-membodohkan, tolong la wei. Asyik cerita projek juta-juta, pegi site pakai kemeja kasut kilat akai ada ka?? Takpun cerita sedih menangis-nangis keluar mascara eyelashes hilang gam nak terkeluar. Bosan! Bosan!

Minggu depan mahu tonton Nur Kasih. Kabir Bhatia pulak yang ada inisiative nak membuat cerita unsur begitu. Produser Melayu kita apa cerr? Konon buat cerita mungkar, khianat, maksiat untuk pengajaran. Memang betul la tu. Peng'ajar'an buat yang masih mentah. Yang buruk itu dijadikan tauladan. Reti???



No comments:

Post a Comment