Tuesday, May 10, 2011

Entri Khas TTC




Sila skrol ke bawah. Ini tak disengajakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah tak bercerita tentang TTC, kehamilan, kesuburan, LPPKN (lamanya tak sebut), IUI, IVF bla-bla (tak habis kalau nak citer)

Jadi di petang yang hening selepas hujan ini, rasa terpanggil nak buat entri khas untuk juri ni.

Lama betul tak buat treatment. Sekadar berurut, mengamalkan jamu MAB (Maajun Anggun Bistari), amalkan minum madu bercampur susu dan serbuk kurma juga minum air buah Koka.

Semuanya itu sebagai inisiatif selain perubatan moden. Mudahan berhasil.

MAB ini sesuai untuk masalah dalaman. Ia mengetatkan vagina. Ia mengurangkan keputihan. Aku makan 3 bulan-stop sebulan-3bulan lagi. Kesannya ketara. Suami juga setuju. Cuma badan aku mudah imun dengan ubatan yang diambil secara berterusan. Sebab itu juga aku berhenti sebulan seteah consume 3 bulan. Rambut pula banyak gugur. Biasalah, mana-mana jamu perlukan kita minum air yang banyak, dan itulah yang payah aku lakukan.


Air buah koka juga ikut supplier. Suami yang sibuk tiada masa untuk membelah buah koka yang maha keras itu, maka tiadalah aku dapat meminumnya. Malas mahu menyuruh. Andai dia bersungguh, buktikan dengan tindakan. Bukan hanya sebelah pihak sentiasa.

Juga, tiba-tiba tergerak hati untuk menyumbat sesuatu untuk ke'segar'an tubuh badan.

Entah apalah kesannya nanti.

Juga sedang mencari ini, masih belum kutemui. Ubat buat hydrosalpinx secara rawatan herba.

Suami sudah tidak menyokong apa-apa rawatan lagi buat masa ini. Mungkin dia dah tak ambil peduli. Persetankan.


AKU: Belajar tak peduli, belajar menjadi tuli.



3 comments:

  1. salam indah,

    akak baru je terjumpa blog ni masa buat blogwalking td.. akak baru je mula buat treatment kat lppkn pg tadi.. dah kena ambik darah sbb purposedly akak buat appt on my d-2 period.. yg tensennya, 4 kali cuba baru berjaya ambik darah.. adui...

    d-21 nak kena g ambik lg.. semoga 1 attempt je dh berjaya...

    akak doakan kita sama2 sukses conceiving ya!

    ReplyDelete
  2. semogaberjaya kak atud! resultnye bleh dikongsi bersama

    ReplyDelete
  3. salam
    saya baru follow blog awak..selalunye silent reader aje..terpanggil nak komen..
    awak,bersabar ye..usaha selagi yang boleh,macam saya dah 8thn setengah.thn ni tahun yg ke 9 masih lagi belum punye anak..saya faham apa yang awak rasa..

    ReplyDelete