Terima kasih kerana mengandungkan, melahirkan dan membesarkan.,
Sungguh...
Tanpa itu semua, tiadalah anakmu ini di dunia.
Sempena hari mengingati jasa emak-emak,
umi-umi dan apa sahaja gelaran untukmu,
bukan bermakna jasamu hanya ku kenang hari ini.
Takkan pernah terbalas apa jua yang aku lakukan jika dikumpul untuk membalas jasamu.
Harus sebagai anakmu,
Hanya doa ku titipkan sepanjang masa,
Agar emak dibekalkan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan sepanjang masa.
Kadang terdetik di dalam hati,
Allah menjemput aku dahulu
Agar tiada gundah hati ini
Mengenangkan hidup tanpa Emak
Tanpa kamu
Bagaimanakah?
No comments:
Post a Comment