Wednesday, July 27, 2011

Aku Tamau Stress Jang!

Sebut betul-betul ok. Kalau tak jadik Tamau which is like Tapau or Tawau.

AKU TAKMAHU STRESS

Aku cuba membuang apa-apa yang membuatkan aku stress.
Dan kalau boleh aku shut down minda ini sebahagiannya, aku ingin membuang kehendak memiliki zuriat yang meluap-luap.

Aku cuba hindarkan perasaan itu. Bukan sebab aku tak mahu. Aku mahu. Malah teramat INGINkannya. Tapi aku tak perlukan another stress.

Cukup lah stress kerja
Cukup lah stress wang ringgit
Cukup lah stress dengan masalah yang bukan aku puncanya, tapi aku yang menghadap akibatnya.

So, please do not add anymore stress in me.

Aku cuba cool
Cuba tenang
Cuba senyum
Cuba menutup sebahagian kesedihan dalam hidup
Kerana Allah mengetahui segala yang terbaik untuk aku
Mungkin padaNya, aku tak mampu lagi memikul tanggungjawab itu

I: Tiba-tiba bantahan suami menyebalkan hati aku. Menunggu peluang kewangan lebih baik untuk memulakan rawatan semula. Haruskah? Hati ini tetap kamu palingkan kehendaknya. Terpulanglah!

Monday, July 25, 2011

have you been loved?




Some interesting choices in life, LOVE.
Some irrevocably words, LOVE..
Some unconditionally done, LOVE...

How would you know that you have been love unconditionally?
Found some facts that might trigger something inside you, and make you think again.


(Credit to: Maonx)



For a man, their methods of loving a woman is much more simple and less complicated. They don't tend to show off their affection and care the way us women do. And how a man loves is based on 3Ps which are Profess, Provide and Protect. Let begin with Profess, if a man loves a woman, he would be proud to tell everyone that she is his woman. He may not always display his affections, but when a friend asks him 'Who is she?', he will proudly hold her hands and his answer will always stay the same 'Oh, this is my girl, bro!' or else similar to that.

If a man loves a woman, the real man will always try to Provide her with anything that she needs be it materials or supports. He will always be aware of his responsibilities towards his woman and work hard to fulfill them. And it will be his pleasure to do so.

Protect, when a man loves a woman, he may not stay by the bed when she is sick or rub her feet when she is exhausted from walking long distance in high-heeled shoes, but he will do anything, go through everything before he let anything or anyone hurts or harms his woman. That's what you can expect from a man when he loves a woman.

I: Make me think again and again and again...Keep thinking of that.

Sunday, July 24, 2011

Cubalah jadi sensitif pada persekitaran

Aku bukan nak jual baju, ok~

Hujung minggu ini memenuhi jemputan tahlil anak sahabat, ketibaan aku lewat daripada jangkaan. Seperti biasa. Sesat.

Perjalanan yang sepatutnya cuma 15minit dari rumah menjadi 40minit. Gara-gara aku tak dapat cam lorong masuk ke rumah ibu mertuanya.

Sudah separuh surah Yaasin didendang ketika aku sampai. Dengan perasaan malu menebal, aku menapak masuk terus ke belakang, mencari sahabat itu.

Usai tahlil, jamuan ringkas diadakan. Sambil memerhatikan persekitaran (seperti kebiasaannya) aku melihat seorang tetamu di kalangan kaum keluarga sahabat itu memakai pakaian yang memukau mata aku.

Sungguh aku terkedu. Dengan baju mengikut potongan, kain kembang duyung, dan dihiasi labuci dan boleh tahan bermekap tebal. Tengok dia nak duduk pun dah seksa, terkepot-kepot jadinya, dengan anak yang tengah ligat lingkungan setahun. Aku terkesima. Kenduri arwah atau open house ni? Sensitiflah sikit pada persekitaran! Beri penghormatan kepada majlis. Berpakaian mengikut kesesuaian.

Sudahnya anak yang tengah ligat itu mengirai-ngirai nasi, menumpahkan bubur, itu pun dibuat derkkkk je. Selesai si ibu makan, harapan aku biarlah dia mengutip nasi-nasi bertaburan itu, diambilnya kain dan dilapkan ke bawah kerusi. Pinggan dibiarnya di situ, kain lap pula dibiar di atas surat khabar.

I: Sering orang berkata, perempuan mekap tebal selalu rumah bersepah-sepah. Aku tak mahu prejudis. Hal ini sensitip!

Monday, July 18, 2011

Iman Humaira

IMAN

Kudus hati ibu

Renung raut wajah kamu

Rusuh jiwa ibu

Lihat kau layu

Ambillah tempat ibu

Ibu rela menggantikanmu

Ibu pujuk hati ini

La Tahzan!

Tabahlah hati!

Dugaan Allah untuk hamba yang disayangi

Selautan kasih ibu buatmu

Kasih lagi Allah padamu

Ibu cemburu Iman

Allah sayangkan Iman

lebih dari ibu

Tunggu Ibu ya Iman

Pimpin ibu di muka pintu

Jannah Allah buatmu

Untuk ibu belum tentu

Detik mencipta kenangan itu

Akhirnya terhenti di sini

Di saat catatan lama ini diangkat ke langit

Allah janjikan buku baru buat ibu

Inilah takdirNya

Ibu redha


I: Catatan ini ditulis buat Norhazlinda Mohd Hanapi. Seorang sahabat yang baik. Kehilangan permata hatinya kerana barah saraf, berusia 2tahun 9bulan menjelang Nisfu Syaaban bersamaan 16 Julai 2011. Alfatihah...

Monday, July 4, 2011

hEY hey.. IVF

uwahh tak sabar menunggu nak buat IVF

sedikit teruja

tak sabar menunggu Aidilfitri untuk mulakan kembali treatment, setelah break sejak Aidilfitri tahun lalu



















Bimbang Overstimulate pada Ovari. Break setahun. Mengumpul dana.















tabungan setahun..hanya untukmu..ZURIAT


I: 10k for IVF di LPPKN, aku penunggu yang setia, pencinta yang sejati, Allah, Makbulkanlah!

Sapu habuk dan sawang

Amik penyapu di dapur, pegang mop di hall. Cuba membuang habuk dan sawang di lubuk ini.















Masa lapang sebelum sempit yang aku rasa akhir-akhir ini makin menjerat nafas.
Sungguh.
Tak pernah lagi bila sampai di ofis, sehinggalah waktu pulang, yang sesaat aku tak membuat apa-apa.
Nah!
Ini belum dikira lagi waktu rehat yang aku langgar untuk membuat keroje. Belum juga lagi waktu lunch menginjak jam 6. Itu pun di rumah. Itu pun selalu juga terlajak sampai ke rumah 6.45 ptg, dan terkocoh-kocoh menunai Asar.

Itulah rutin harian sekarang. Teramat sibuk. Di sebalik kesibukan itu juga aku bersyukur, setidak-tidaknya masa terluang tiada lagi ruang dan peluang untuk sentiasa terkenang masalah-masalah yang melanda. Kehidupan yang pack membuat aku lebih menghargai masa. Masa tidur maksud aku.

Lantaran kesibukan ini juga dah hampir sebulan dapur tak berasap. Bawang jadi daun semula. Kentang jadi pokok. Beras jadi bubuk.

Jadi, hari ini bila ada rasa kelapangan sekelumit kutu, aku menguis lappy., mencoret sesuatu sekadarnya saja. Tiada matlamat untuk menyampaikan apa-apa.













Tamat siaran berita TV9 tadi, teruja melihat pasangan yang dilapor menunggu hampir 6tahun untuk memperoleh zuriat, akhirnya dikurniakan triplets!













ALLAH MAHA KAYA! ALLAH AKBAR!