Aku bukan nak jual baju, ok~
Perjalanan yang sepatutnya cuma 15minit dari rumah menjadi 40minit. Gara-gara aku tak dapat cam lorong masuk ke rumah ibu mertuanya.
Sudah separuh surah Yaasin didendang ketika aku sampai. Dengan perasaan malu menebal, aku menapak masuk terus ke belakang, mencari sahabat itu.
Usai tahlil, jamuan ringkas diadakan. Sambil memerhatikan persekitaran (seperti kebiasaannya) aku melihat seorang tetamu di kalangan kaum keluarga sahabat itu memakai pakaian yang memukau mata aku.
Sungguh aku terkedu. Dengan baju mengikut potongan, kain kembang duyung, dan dihiasi labuci dan boleh tahan bermekap tebal. Tengok dia nak duduk pun dah seksa, terkepot-kepot jadinya, dengan anak yang tengah ligat lingkungan setahun. Aku terkesima. Kenduri arwah atau open house ni? Sensitiflah sikit pada persekitaran! Beri penghormatan kepada majlis. Berpakaian mengikut kesesuaian.
Sudahnya anak yang tengah ligat itu mengirai-ngirai nasi, menumpahkan bubur, itu pun dibuat derkkkk je. Selesai si ibu makan, harapan aku biarlah dia mengutip nasi-nasi bertaburan itu, diambilnya kain dan dilapkan ke bawah kerusi. Pinggan dibiarnya di situ, kain lap pula dibiar di atas surat khabar.
I: Sering orang berkata, perempuan mekap tebal selalu rumah bersepah-sepah. Aku tak mahu prejudis. Hal ini sensitip!
No comments:
Post a Comment