Monday, September 2, 2013

Layan hati gundah

Lama tak singgah sini. Hidup sekarang hectic, bangun jam 5.30 pagi pung pang pung pang sedar-sedar dah malam nak tidurkan anak, maka tertidur sekali.

Rutin setiap hari, itulah dia.

Hari ini, hati tengah gundah. Sini la tempat paling bebas menzahir emosi. Yes, emosi.

If by letting you go, we both shall live at ease and peace. So, be it.

Emosi, katakan!


Tuesday, April 23, 2013

It's 5days past my Birthdate


Turning 32. Yes. I'm getting expired. Anak baru seorang, Suami still nan satu. Tidak berniat mencari pengganti. Bila-bila masa pun. Itulah yang buruk, itu juga yang cantik, kerana sedar diri ini tak sesempurna mana.

Yes. At this age, rasanya achievement tak seberapa. Yang sedang-sedang aja. Wasadtiah katanya.
Yes. By the time I'm 40, entahkan tercapai atau tidak 10 perkara I must do before 40. Entah-entah duduk tang situ juga. Heh.

Reader makin ramai. Tak ada maksud jadi kaya dengan pendapatan dari nuffnang. Ada la lepas belanja beli cekelat. Itu pun dapat coklat timbang instead of coklat berjenama mewah buat hantaran kahwin.

Esok-esok reader capai angka 100k, barulah akak padam counter poyo itu. Buat masa ini bagi lah akak perasan akak ramai follower. Haha. So, esok lusa kalau kau orang semua nampak counter dah tiada its either akak dah jumudkan atau akak dah padam.

So, mukaddimah yang panjang itu hanya diversion. Yang betul ingin disampaikan adalah di bawah nun

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sempena bulan kelahiran akak, ingin akak sampaikan hadiah ini pada reader yang minat. Reader ke

50000

sila screen capture anda, kemudian email akak alamat kau orang. Akak nak bagi hadiah best. Tu pun kalau kau orang adalah TTCrian cam akak dulu. Hadiah dari jauh dik..Daripada akak peram baik akak sedekah kat kau orang yang memerlukan. Tapi kalau kau rasa jadi reader ke 50000 kemudian kau orang dah tak ada sebab nak hadiah akak tu, kau boleh je pas-pas hadiah tersebut kepada yang lebih memerlukan. Sharing is caring kan?


Ini ler hadiahnya






Buat zuriat & Serbuk kurma
gambar ihsan gugel



Wednesday, February 20, 2013

IVF bukan penentu dapat zuriat

IVF, sama seperti perubatan lain, hanya satu ikhtiar.

Tanamkan dalam hati, kepada sesiapa yang ingin mengambil langkah ini, bersedia menerima keputusan yang tidak seperti diharapkan.
Kita jangan yakin sangat. Takut kecewa kemudian hari.
Kalau sudah berjaya setelah mengambil langkah IVF ini, jangan pula keluarkan kenyataan

"Sebab IVF lah aku dapat anak"

Salah tu! Boleh dikira jatuh hukum syirik. Sama seperti kita mempercayai bomoh dan dukun, tangkal dan ubat.



"IVF adalah ikhtiar aku. Selebihnya doa dan tawakkal pada Allah. Kun Faya Kun."

Akhirnya apa yang menentukan kejayaan dan kegagalan usaha dan ikhtiar itu adalah Allah S.W.T.



I: Ujian ini mengajar erti tawakkal sebenar-benarnya.


Friday, February 8, 2013

8

Sudah lapan tahun penuh suka dan duka
Alhamdulillah, we are going through ups and downs. But we are getting strong.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran E.D.
I couldn't ask for more.

Thank you Allah. I'm blessed









 









I: Tiga hari yang lalu.

Sunday, February 3, 2013

Sukarnya mencari lelaki berkualiti

Menginjak usia 32 tahun masih ramai rakan-rakan seusia yang belum mendirikan rumahtangga. Pada ak, jangan dipersoalkan adakah mereka ini memilih. Sedangkan jodoh yang belum kunjung tiba. Apa yang perlu kita lakukan adalah mendoakan agar mereka ini beroleh bakal jodoh yang terbaik. Amin.

Kadang-kala terfikir, adakah lebih baik bujang atau berkahwin andainya lelaki yang dikahwini itu bukan tergolong lelaki berkualiti. Bukanlah 'demand' tetapi memikirkan lelaki yang dipilih itu bakal menjadi imam kita suatu hari nanti, menjadi bapa kepada anak-anak kita, tidak salah rasanya andai kita memilih ciri-ciri yang terbaik.

Di dalam Islam memilih bakal isteri dari empat perkara, harta, rupa, keturunan dan andai ingin bahagia di dunia dan akhirat pilihlah yang beragama. Lelaki pula, apa kriterianya?

Lelaki zaman sekarang sudah terbalik fungsinya. Mereka ingin disanjung dan dihormati tetapi sikap mereka tidak melambangkan seseorang yang wajar menerima penghormatan.

Suami sepatutnya memimpin keluarga, menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak, menjadi penasihat, menjadi pelindung, menjadi pentadbir dan imam bagi keluarganya. Zaman sekarang, si isteri yang mengingatkan tentang solat. Isteri yang menjadi perencana masa depan keluarga, menjadi penasihat, menjadi perdana menteri, menteri kewangan, menteri dalam negeri dan segala-gala menteri yang ada.

Ya, memang isteri dapat bekerja kerana izin seorang suami. Balik kerja sama-sama penat, masuk pintu rumah si isteri menyinsing lengan turun ke dapur memasak, mandikan anak, berkemas, mengangkat dan melipat kain, menyediakan minum untuk suami. Suami? Menyinsing lengan juga, tetapi menghadap televisyen, menilik komputer, dan tidur konon penat seharian bekerja (umpama isteri tadi bekerja makan tidur pula). Hujung bulan, gaji isteri juga digunakan bersama. Mana adilnya?

.  .  .


Kisah tragis petang ini, suami memecahkan gelas (sedangkan aku sudah menyediakan cawan dan air teh panas di atas meja). Dikutip serpihannya dan diletak ke dalam plastik. Sisa gelas yang pecah disapu ala kadar ke tepi dinding. Ayatnya 'nanti akan dikemas' lantas terus menghadap komputer. Aku yang kasihan melihat dia balik dari kerja, sediakan minuman di atas meja (ingin mengejar pahala kononnya) dan menanak nasi dan sambung melayan si kecil. Komputer suami hadap hingga usai Maghrib hingga aku bersuara menyuruh dia mandi dan solat dahulu kerana sejak tadi aku cuba menidurkan si kecil yang masih berjaga pada waktu-waktu yang selalunya si kecil sudah tidur. Sedang menidurkan si kecil, nasi di dapur hampir hangit, lalu aku meminta suami mematikan api, tetapi suami mengecilkan api dapur.

Sehinggalah aku pula selesai solat Maghrib 'gajah' dan turun ke dapur. Si kecil sudah tidur di dalam buaian. Suami di dalam bilik masih menghadap komputer. Turun ke dapur yang berbau gas dan hampir terpijak serpihan gelas yang pecah tadi. Api yang dikecilkan mati sendiri sedangkan pelaras masih mengeluarkan gas. Patutkah aku marah? Langsung suami tidak menjengah ke dapur sedangkan dia yang mengecilkan api tadi.

Dengan hati mendongkol kemarahan, aku panaskan lauk pauk dan menggoreng telur. Lantas aku menceduk nasi ke pinggan tanpa menghidangkan di atas meja seperti selalu. Aku makan sendiri tanpa menjemput suami makan bersama. Aku juga ingin belajar 'pentingkan diri sendiri' seperti suami.

Jam 10.30malam suami keluar berjumpa rakan. Nasi tidak bersentuh. Hingga jam 12.00 masih tidak pulang.

Sedih semalam menasihat suami tentang hobi buruknya masih belum reda, ditambah kisah petang ini memang membuatkan hati aku berganda-ganda panas.

Huh. Banyak dugaan nak jadi isteri taat. Nak jadi yang 'tidak melawan cakap' pun dah susah. 


I: Kau bersyukurlah kalau suami kau tak macam suami aku. Terus terang aku katakan, sikapnya selalu melukakan hati. Tetapi aku pujuk hati memaafkan, kerana ramai lagi wanita di luar sana memiliki suami yang jauh lebih teruk sikapnya.
Kepada rakan-rakan yang masih bujang, aku doakan kau beroleh suami yang soleh. Kalau tak dapat yang soleh, tak perlu kahwin dan memeningkan kepala kau. Dahulu, suami aku siap solat Subuh berjemaah di masjid hingga terserempak abah aku. Bila dah kahwin, Subuh dia pun aku yang bising.
Bencilah blog aku yang telus ini. Blog ini bukan cerita best-best pun, ini kisah benar kehidupan aku.

p/s: Kalau Abang baca blog ini, padan muka awak. Nak tunggu rumah terbakar, rumah dimasuki pencuri baru nak sedar ke? 






Saturday, January 26, 2013

Hectic

Dah seminggu pulang ke rumah sendiri.
Bermakna tiada lagi bantuan mak dan abah untuk membela E.D.
Kerana itulah entri tak bertaip. Berlegar saja dalam kepala.

Sedang update entri sambil menghenjut buaian. E.D, sukar tidur siang. Kasihanlah nanti si pengasuh. :(
Masih lagi tak mandi si emak dari pagi. Jadual makan, mandi, tidur, berak, masak, update blog, jalan-jalan, makan-makan, tonton tv, dan segala-galanya yang aku amalkan 8 tahun ini berubah sama sekali.

Boleh berak. Stop sekejap. Keluar jamban tengok-tengok anak yang melalak bukan main 'pelan' macam kena pukul. Kendian sambung balik berak. Maaf lah. Cerita geli-geli. Tapi itulah yang berlaku. Aku yang jenis memerut perlu 1 jam, terpaksa bahagi 2 masa itu. Kalau dulu tidur jam 11, sekarang jam 7.00 malam E.D dan meragam. Mintak aku tidurkan celah ketiak sambil dia kemam-kemam 'tut'. Solat main baling baten dengan En.S. Dia solat aku jaga anak, aku solat dia jaga anak. Anak bangun malam tak pulak dia nak baling baten. Mata omak macam panda o_0.

Tidak. Aku bukan complaining. Sekadar bercerita yang membuat orang menyampah. Nak marah E.D pun tak sampai hati. Selalu bila kesabaran hilang E.D menangis-nangis bila aku baru nak buka periuk, akan kupujuk hati "Zuriat ini yang ditunggu-tunggu". Faham?


Hectic.

DnC dan kesuburan


Salam readers!

Boleh begitu? Tak pernah sangka catatan tentang hidup ini akan mengumpul pembaca. Return reader, kebanyakkannya tentang infertility. Bermakna, ramai yang senasib dengan aku (saya). Walau aku tidak dapat bantu financially, at least catatan hidup aku ini menunjukkan korang(anda) tak keseorangan.

http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/03/d-dan-kesuburan.html?m=0


Tapi, aku ini tergolong dalam sebilangan kecil yang bernasib malang, tiub fallopio dan ovari kena infection selepas prosedur DnC di sebuah hospital kerajaan di utara tanahair. Hamil sebulan selepas berkahwin, aku sangka aku kekal subur. Namun setelah bertahun mencuba tak berjaya, prosedur HSG menunjukkan tiub-tiub yang bermasalah itu. Segera aku terkenang kesakitan sepanjang tempoh berpantang selepas keguguran dan menjalani prosedur DnC.

Kos rawatan di klinik Dr. Hamid Arshat tidak dapat aku pastikan sebab tidak pernah berkunjung ke sana. Tapi aku tabik doktor ini sebab lebih mengesyorkan pemakanan yang sihat dan semulajadi untuk pesakit-pesakitnya. 

Seorang sahabat yang menjalani prosedur membuang cyst di kliniknya menuntut painkiller sebaik keluar dari klinik Dr.H.A. Doktor H.A kata "Awak minum air serai yang dibuat sendiri"

Menarik! Doktor ini bukan doktor yang suka-suka jual ubat untuk keuntungan. Fikir-fikirkan!