Monday, July 12, 2010

LPPKN - IUI Treatment

Hari ini saya menjalani prosedur IUI. Seperti dijanjikan, tiba di LPPKN Jalan Raja Laut jam 7.45pagi. Selepas mendaftar ke tingkat 6, diarah naik ke Tingkat 7 untuk prosedur mengeluarkan benih suami. Sementara saya menunggu dipanggil untuk prosedur kepada saya, kami makan dulu. Makan yang amat banyak. Nasi lemak dan roti canai untuk tiap seorang.

Jam 9.30 pagi datang semula ke Tingkat 6, tunggu punya tunggu tak dipanggil2. Pegi tanya nurse, diarah naik tingkat 7 terus dan tunggu dipanggil masuk.

Jam 10.45pagi saya diarah masuk, lie down di katil ward, sementara tunggu Dr.Komathy.

Tik.Tok.Tik.Tok.
Ahh, penantian itu satu penyeksaan.

Dalam hati berdebar-debar teringat kata-kata kawan yang pernah rasa prosedur ini; menyakitkan.

Jam 11.20pagi doktor datang untuk selesaikan saya. Prosedur tak sampai 5 minit. Catherer dimasukkan ke dalam, disambung dengan syringe dan..seterusnya tak perlu saya ceritakan.

Sakit? A little bit. I can stand it. Still for now. Never now what comes up next.

Sampai rumah jam 1.00tgh. Suami suruh saya rehat2 sambil golek2. Suami sediakan semuanya untuk lunch, dinner, tomorrow breakfast and straight for the whole week. :)) Luv the care.

Total cost: RM350 untuk IUI
Parking: RM16.00 (4jam)

Walaupun sekarang saya tak ada mood nak menaip dan memblog, tapi memang tak tahu nak buat apa dah. Bergerak sikit suami marah. Suruh duduk diam-diam. Saya mana tahu duduk diam?

1 comment:

  1. so mcm mna?..berhasil x proses nie?..sbb sya pon nk cuba memandangkan kami dah kawin almost 5yrs still xda rezeki. Di smping tue jgk sya pernah jmpa doc pakar n inform sya ada 'PCOS'..so salah satu punca jgk utk sya ingin cuba rawatan nie...;)

    ReplyDelete