Friday, July 9, 2010

LPPKN - Subfertility Treatment

Hari ini jam 7.30 pagi bergerak ke LPPKN Jalan Raja Laut. Datang untuk scan ovum sekali lagi since 7 Julai lalu telur masih tak berapa besar. For that case, Dr.Komathy bagi extra 1tube injection Folliova 150 I.U disuntik malam tadi.

Ingat tak entry sebelum ini saya kena ambil suntikan folliova 75 I.U tetapi tak berjaya mengeluarkan telur? Kerana terlalu kebal, Dr telah tambah dosage double untuk disuntik. Hasilnya? Telur2 meriah keluar dari ovari kanan. Menarik bukan? Dapat lihat di skrin Ultrasound tu berkepul2 (ayat betul ke?) telur-telur bersedia untuk dikeluarkan. MasyaAllah!

So, today's costing:

Ubat Duphaston - untuk menguatkan rahim, diambil 4 hari selepas prosedur IUI untuk 12 hari. RM 57.60
Ubat Pubergen 5000 I.U - untuk memecahkan telur RM32.00
Ultrasound- RM20
Consultation- RM10
Total cost: RM119.60
Parking RM13.00 jangan lupa! (untuk 3 jam)

Costing untuk 3kotak ubat Folliova 150 I.U pada 31 Jun 2010 (termasuk consultation fees)
1kotak RM119.60
Clomid x 10biji RM36
Total cost: RM 404.80
Parking: RM 7

Costing untuk additional Folliova 150 I.U pada 7 Julai 2010
1 kotak RM119.60
Ultrasound: RM20
Consultation: RM10
Total cost: RM149.60
Parking: RM 7

Costing untuk Folliova 75 I.U pada 30 Mei 2010
Resit hilang, so tak berapa nak ingat terperinci. Bagi 3 kotak Folliova 75 I.U, clomid x 10biji dan consultation
Total cost: +-RM350.00

Prosedur I.U.I akan dilakukan pada Isnin 12 Julai 2010 ini. Bayaran RM350 untuk prosedur tersebut.
Cuti telah diambil untuk 13-16 Julai 2010. Harap-harap diluluskan cuti oleh Pengarah. Saya perlu berehat secukupnya dan menghindarkan diri dari stress.


Allah! Semoga saya berjaya.

8 comments:

  1. Assalam,
    Sy dah hampir 4 thn berkahwin belum mempunyai cahaya mata..
    boleh terangkan tak cammana procedure nak ke lppkn nih..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... mahalnye..saye ke hkl rm5/visit termasuk consultation n ubat

    ReplyDelete
  3. ari jumaat 1.7.11 ni iui ke2

    ReplyDelete
  4. iedadida: 1st day period just call LPPKN, akan terus dapat appoinmnt, x perlu tungu2 cam hospital gov. kali pertama dtg perlu bersama husband sbb dia pun akan di test. utk 1st treatment, ujian darah dan HSG akan dibuat kpd isteri..suami lak kena sperm-test

    ReplyDelete
  5. bayaran yg LPPKN kenakan adalah middle-rate.. nak kata mahal sgt pun tidak..murah sgt pun tidak.. berbaloilah dengan masa menunggu yg lebih singkat, masa menunggu result pun singkat.. terpulanglah pada pilihan masing2.. saya no komen

    ReplyDelete
  6. utk 1ts appointment yg test ujian drh n hcg skali ngan sperm test tuh bape dia caj?

    ReplyDelete
  7. saya nak tanya pasal totalcost nye...

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum,
    maaf ganggu. mungkin sudah agak trlewat untuk sy tya. kalau tak keberatan boleh sy tahu pengalaman HSG yg anda lalui? Saya brharap sgt anda dpt reply pada sy melalui emel smallshoes7@yahoo.com
    Mungkin sy juga akan melaluinya dan ada beberapa kemushkilan sy nk tya pd anda.
    Terima kasih jika anda sudi reply ataupun sy boleh add anda dlm ym sy utk lebih mudah.

    ReplyDelete