Friday, April 30, 2010

Persediaan I.U.I


Hari: Jumaat (30.04.2010)
Hari ini bangun agak awal. Jam 6.30pg dah bangun. Hari ni nak pegi LPPKN untuk ambil darah.
Jammed teruk giller bila area Plaza Pheonix Cheras. Jam 7.15pg masih di stesen komuter Kajang mencari parking utk kereta aku, sbb tu terjebak jam di situ~

Hb drive dgn kelajuan 5km/j. Humang..lambat gila, lepas tol Besraya Hb cilok lalu contraline utk ke KL. Contraline lak lagi kemut dr mainroad dia. Arghh..

Hari ini cuaca sungguh baik, macam saya! Pelangi bercahaya2 sepanjang jalan. Dari suku, menjadi separuh bulatan. Wahh.. aku nak tunjuk pun tak berani, takut tangan kudung. (kepercayaan yang tahu x logik, tapi masih aku turutkan)

Lagi 15 minit nak sampai LPPKN, Hb suh call dulu.

Aku: Assalamualaik.wbt
Nurse: Wslm.
Aku: Saya nak tanya, hari ni 3rd day menstrual saya, saya nak datang untuk ambil darah ni.
Nurse: Adik no.ic apa?
Aku: Bla bla bla
Nurse: Hari tu adik dah buat ujian darah, x perlu ambil lagi. Sekarang adik kena jumpa doktor, tapi kenapa x buat appoinment dulu?
Aku: Nurse aritu cakap saya kena repeat semua ujian darah, mana saya tahu dah dia kata cmtu.
Nurse: Camni je la, adik dtg semula hari Isnin

OMG! Dah menempuh jammed sejam lebih, dia suh aku dtg kemudian. Aku bgtau aku dah OTW.

Sampai2 di LPPKN, nurse tu lak marah aku sbb x tanya bebetul. Hait! Sungguh hairan! AKu yg dipersalahkan. Nurse siap tanya siapa yg cakap camtu. Mana lah aku ingat, dah sebulan berlalu.

Tapi Kakak Nurse yang baik hati itu menyedapkan hati aku, dia cuba bincang dgn doktor utk masukkan slot aku hari itu juga. Nasib baik!

Tunggu sehingga jam 9.30, nama aku dipanggil. Jumpa doktor. Doktor cakap elok2, aku sejuk hati. Dr. Komathy bagi 2ubat, 1still Clomid, and 1more is tube Folliova. Semua untuk stimulate my ovum since last month punya cycle hanya sebelah kiri yang mempunyai telur matang. Dan seperti diketahui, fallopian tiub yg kiri bermasalah, so no used aku buat IUI utk cycle lepas.

Folliova dibekalkan dengan ais, untuk menjaga mutu ubat tu. Doktor bg option either utk cucuk sendiri di kawasan perut atau aku ke klinik berdekatan untuk suntik di intermascular section (punggung or else). Of course choice aku ke klinik, x berani mencucuk diri sendiri.

Total cost for today: Consultation RM10.00
Ubat-ubatan: Clomid + Folliova dalam RM230.00

(resit boleh hilang pulak! cuai betul, nanti try cari semula utk filing)
Ketika dapat instruction last before aku balik, baru aku perasan nurse yg salah bagi instruction pada aku bulan lepas. Kalau x sure, jangan la pulak memandai nak jadi doktor. Hm..pening..



Cantik sungguh pelangi2 ni. Lama dah x nampak...


So. Malam ni start with Clomid, 2tablet after meal. Esok baru mencucuk selang sehari sebanyak 3x. Chaiyo!


No comments:

Post a Comment