7 years back, in this hour, En. Suami melafazkan Ijab-Qabul.
Bermulalah kehidupan saya sebagai seorang suri.
Hari ini, jam ini, saya bersendirian di rumah, bersama dua ekor kucing yang comel sedang tidur. Masih belum dikurniakan permata hati yang ditunggu-tunggu. Tak mengapa, kerana Allah mengetahui yang terbaik untuk saya. Dia limpahkan hidup saya dengan kasih sayang, keluarga yang penyayang, suami yang bertimbangrasa, kehidupan yang selesa, kesihatan yang baik dan saya sentiasa bersyukur untuk itu.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. -Surah Ibrahim:7
Maka, untuk ulang tahun ke-tujuh ini, saya berdoa jodoh ini dipanjangkan sekiranya itu yang terbaik untuk hidup saya, membawa saya ke jalan yang diredhai Allah, beroleh zuriat soleh dan solehah, tenteram hidup di dunia dan akhirat.
I: Suami bekerja hari ini walaupun Ahad, semalam pulangnya jam 11.00 malam. Hati ini belajar redha dan menerima seadanya.
selamat ulngthn kak indah. sy doakan yg terbaik tuk akak n suami. :)
ReplyDeletethanks JD. akak pun doakan yg terbaik utkmu
ReplyDelete