Tak ke mana-mana. Duduk rumah, makan, tidur, makan, tidur.
Suami bekerja. Saya?
Hikhik. *gedik gila kentang kalo gelak sipu-sipu camni depan suami kompem kena kutuk.
Ye la, jangan la prejudis sangat pada saya ni. Bukan la malas sangat, cuma saya simpan sikit-sikit house chores yang ada. Kalau saya buat cepat-cepat karang, rumah bersepah lagi cepat. Tambahan pula *Ciss! Ayat skema!* kalau saya settle house chores cecepat, nanti esok lusa takde apa yang nak diperbuat bagi mengisi masa lapang. *Bistu, sulam ribbon kau yang bergumpal dalam beg, sulam manik kau yang berterabur, baju kau yang tak cantum-cantum dari dua bulan sebelum raya Aidilfitri tu apa cerrr?
Kihkih,. Saya sedang malas la. Jangan la paksa-paksa, ok.
Kalau saya rajin nanti saya buat ye.
1 toilet cuci kelmarin
1 toilet cuci hari ini.
1 lagi esok.
Kipas bilik dah berhabuk. Angin pun tak rasa. Pagi tadi panjat nak buka jaring dia saya tak kuat nak tarik sebab tinggi dan selebihnya takut tersungkur.
Semalam beli barang dapur, masak ayam rendang ekspres *pakai rempah rendang Maggi. Punya la malas nak blend ketumbar jintan serai lengkuas segala pot-pet sekadar untuk 3 ketul ayam. Dah naik dua hari makan lempeng kelapa dengan sambal tumis bilis jemu juga. Tumis sayur sikit. Dah enak makan sorang-sorang. Sori la, gambar tak de, sebabnya bukan saya masak hebat-hebat pun. Ramai lagi surirumah masak selamberrr spaghetti la, briyani la, segan le nak upload masak rendang ekspres saya tu.
Tiba-tiba kan.. Saya terasa nak jahit manik atau menyulam riben. Ok, bye!
I: Ada yang nak upah saya menjahit manik, saya tolak. Sebab mood menjahit saya adalah tak keruan
salam sis..
ReplyDeletesy terbaca blog sis semasa sy tgh google mencari penjual buah zuriat..pengalaman sis untuk mendapat zuriat sendiri adalah sama dengan saya..
telah berkahwin 6 tahun,sejak tahun ke 2 perkahwinan sy sudah mula buat rawatan kesuburan..sbelum kahwin,sy dh terdetik di hati yg sy sukar untuk mengandung sbb period tak teratur..dn dr sahkan sy ada PCOS
sy dah buat 2 kali IUI dan 2 kali IVF..semuanya gagal..semua produk dari Biodex,Bidadari,Pil Maharani sudah dicuba..berurut pun sudah bnyk kali..
sy pun masih menunggu mcm sis..baca blog sis menyebabkan sy sedar,sy bukan bersendirian..insyallah ye sis..kita doa sama2..
salam ukhwah darina..
ReplyDeleteinsyaAllah ada rezekiNya untuk kita nanti. Usaha dan doa saja yang kita mampu.Biodex, maharani, berurut, buah zuriat, serbuk kurma, IUI, sebut saja kan? Tak mengapa, moga balasan baik dari Allah untuk yang sabar..
Salam...
ReplyDeleteAlhamdulillah, allah masih memberi kita ruang untuk terus berusaha dan berikhtiar. Saya pun macam tu juga. Bila baca blog ni, rasa teruja sangat sebab banyak info yang boleh dikongsi bersama.
Saya dah 8 tahun berkahwin dan alhamdulillah, dikurniakan suami yang sentiasa memahami. Sama-samalah kita berusah.. Amin..
Kalau ada masa singgalah ke blog saya :
http://dunia-gen-baru.blogspot.com/
InsyAllah, akan saya singgah2 ke mukim ukhti.
DeleteSebenarnya, hanya yang mengalami akan memahami. Kita tak bersendirian.. Jika rasa lelah, berhenti sebentar, nikmati hidup dan mensyukuri yang kita ada sekarang.
Allah Maha Mengetahui, Dia yang menyusun hidup dan ketentuan hidup kita. Moga ada hikmah sebalik setiap perkara..
Apapun sis, kamu ada kami!Usaha ini takkan berhenti