Saturday, June 30, 2012

I'm blessed

Saya di antara yang bertuah. Saya tahu itu. Maka saya bersyukur kepada Allah atas kurniaan ini. Ramai yang tidak sedar bertapa bertuahnya mereka yang mudah memperoleh cahaya mata. Namun, masih lagi saya merasakan saya ini bertuah. Dua kali gagal IUI, percubaan IVF pertama saya berjaya. Syukran Ya Allah! Berkali- kali saya ditegur doktor dan jururawat mengatakan saya bertuah kerana percubaan ivf pertama ini berjaya. Nah! Nikmat apa lagi yang ingin engkau dustakan!


Jangan bersedih sekiranya kali ini kita gagal. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya. Begitulah kita, usahalah, cubalah, jangan putus asa. Jangan berundur sebelum berjuang. Jangan pasrah sebelum melakukan apa-apa. Memetik kata abah saya 'Dayus kita jika membiarkannya tanpa berusaha. Duit tu harta dunia, boleh diusahakan pelbagai cara. Selagi ada cara, cuba sahaja semua yang ada. Jangan esok bila tamat waktunya menyesal kerana tidak mencuba'


Everything happen for a reason.


Sedang saya menulis, mata saya menonton Giuliana & Bill di E! salah satu rancangan kegemaran saya. Melihat perjalanan rawatan IVFnya mengembalikan ingatan saya kepada pengalaman sendiri. Sungguhpun saya tidak sebertuah; owh suami G kacak dan kaya; atau dengan erti kata lain, 'sepenakut' G, 40 shots sepanjang rawatan IVF sememangnya meninggalkan kesan, bukan sahaja pada hati malah pada perut sendiri. Hampir tiada kawasan untuk dicucuk walaupun saya atur dan susun elok-elok setiap malam kawasan yang ingin dicucuk tetapi 40 shots (anggaran) bukanlah suatu bilangan yang sedikit. Kadang-kala pada masa yang sama ada 3 shots perlu dimasukkan ke dalam perut. Orang kata, alah bisa tegal biasa. Keazaman mengatasi segala.


Entri akan datang saya tunjukkan cara-cara saya susun dan cucuk ya!


I: Fikir-fikir semula ujian Allah pada saya ketika awal perkahwinan sehingga beberapa tahun selepas itu, kini saya sedar Allah menguji saya dengan seburuk perkara yang boleh berlaku kepada perkahwinan kerana Allah ingin saya bertahan dengan ujian yang lebih besar. 



7 comments:

  1. assalamualaikum. sesungguhnya saya kagum dengan segala usaha yang telah awak lakukan. sebenarnya saya juga menghadapi situasi yang sama. Usia perkahwinan saya sudah masuk tahun ke-6. to be honest, saya tidak berusaha dan saya tak tahu kenapa. tak dinafikan hati meruntun bila melihat baby-baby comel dan bila mendengar berita gembira dari kawan2. tapi saya masih tidak tahu dimana saya perlu bermula. mungkin awak ada nasihat untuk saya. sudilah kiranya berkongsi. thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Sis, Assalamualaikum kembali
      Sesungguhnya, hanya hati batu yang tak tersentuh melihat bayi-bayi comel tanpa berkeinginan untuk memilikinya sendiri dari darah daging kita dan suami, bukan? sesungguhnya jauh di sudut hatimu itu, masih ada naluri dan keinginan yang mungkin belum terzahir. Berdoalah sis, berdoa bukan sahaja untuk memperolehi zuriat, tetapi berdoalah supaya 'kita tidak berputus asa tanpa berusaha'. Every succesful story comes for a very 1st step. Its better late than never. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya. Semoga berjaya sis!

      Delete
  2. salam,,,sy baru di diagnose PCOS bulan lepas..baru nk mula rawatan...sejak tau ada masalah, mmg sy kerap menangis..Alhamdulillah suami byk menyokong..sy harap boleh slalu berhubung dgn awk...maaf, sy xde blog..ada fb atau ym x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, Salam kembali!
      Pasti sedih mendengar keputusan diagnos itu. Bersabarlah sis, setiap perkara pasti ada hikmahnya. Allah uji kita dengan sesuatu yang kita mampu harung. Boleh saja, add YM saya nuarindah00@yahoo.com

      Delete
    2. Dik 0T girl...kita senasib sama2 pcos...akak disahkan pcos pd 2004 slps procdure laparoscopy. .walaupun tiada tanda2 pco ( bdn gemuk, kulit kasar n kusam, diebetes, bdn berbulu) tp tiada ovulasi..akak pernah ditemplak secara bergurau oleh dr pakar yg merawat kononnya tidak mahir membuat suntikan puregon semasa rawatan iui thn lps disbbkan telur tidak growing. .thn ni akak bertukar dr pakar..alhamdulillah telor akak meningkat dn growing spt biasa mlh rawtn yg dijlnkan byk diprmudhkan Allah. Akak tgh menunggu resut dlm ms seminggu lg utk brjy hamil atau tdk..doakan ya...so walau apapun dr bgtau tentg masalah kita..jgn brputus asa dgn rahmat allah..dia berkuasa atas sesuatu.
      Bergantung harap sepenuhnya kpd Dia

      Delete
  3. Tahniah indah...yg penting Allah tidak akn sia-siakan usaha dan pgorbanan kita cm lmbat atau cpt shj doa kita dmakbulkn..akak dh 8 bulan :) bkl mjadi ibu hjgtahun 2012 ini.insyaAllah taksbr rsnya tunggu this precious baby..Akak tahu mcm mn perasaaan org yg senasib dgn akak..Mjalani rwtan dr 2008 lg di hosp gomen ulang alik tanpa jemu(krn hya ini yg kami mampu) nah dgn 7 kali iui(miscarriage kali ke 3) dan pcubaan ivf kali ke 3 dgn FET (embrio beku)br bjaya..Allah mnguji kita dgn ujian yg mmpu kita lalui dan setiap org takkan sama takdir hidupnya:)

    ReplyDelete