sambungan...read at your own risks
(6)
Being friend dengan laman sosial wanita itu. Letakkan gambar-gambar keluarga, atau gambar-gambar mesra anda di situ. Sekurang-kurangnya, dengan cara itu mereka akan tergugat dengan kata-kata suami kita yang konon tak bahagia, sedangkan hakikatnya mereka digunakan untuk bersuka-ria.
(7)
Mohon suami berkahwin dengan wanita itu, dengan syarat; lepaskan kita dahulu, harta (rumah dan kereta) menjadi hak kita, anak-anak semuanya akan mengikut kita seandainya perpisahan berlaku. Biarkan mereka sehelai sepinggang. Sekurang-kurangnya, andai perpisahan benar-benar terjadi, rasakan wanita itu; struggling di awal perkahwinan untuk mengukuhkan ekonomi keluarga seperti yang kita pernah lalui dahulu.Kaji kelebihan wanita itu. Seandainya suami 'jatuh hati' kerana keseksiannya, maka jadilah seksi. Andai suami tiba-tiba marahkan kita kerana berpakaian seksi, katakan pada suami "Bukankah ini yang abang suka?". Ini sebagai menyedarkan suami yang tubuh kita terpelihara hanya untuk tatapan dia. Katakan pada suami andai suami berkahwin dengan wanita itu, sanggupkah suami menahan diri melihat isteri barunya menjadi santapan mata-mata lelaki jahil sepertinya dahulu?
(9)
Kebanyakan suami merasa stabil kerana menerima bantuan isteri dalam ekonomi rumahtangga. Inilah masanya kita pentingkan diri. Jangan tolong walau satu sen. Semua duit kita, kita gunakan untuk pampered diri kita. Beli pakaian baru, pergi spa, pergi makan sedap-sedap bawa anak. Biar suami merasa tertekan kerana kesempitan kewangan yang dahulu dirasakan stabil hingga mampu membelanja makan teman wanita ke tempat best-best, sedangkan semua itu hak isteri dan anak-anak.
(10)
Belajar redha, belajar memaafkan. Walaupun perit. Itu pun sekiranya suami telah benar-benar berubah dan bertaubat tidak akan mengulangi. Jika perlu, buat lafaz takliq 'Andai abang menduakan you lagi, jatuhlah talaq ke atas mu.' Haish. Sanggup ke korang sentiasa berjaga-jaga bimbangkan sejarah berulang? Lebih baik cabut, angkat kaki awal-awal lagi. Banyak lagi kebahagiaan untuk dikecapi di dalam dunia ini. Daripada bimbangkan suami, lebih baik fikirkan masa depan anak-anak.I: Ini pendapat peribadi saya sahaja. Kalaulah segala masalah boleh diselesaikan dengan tumbukan di wajah suami sepuas-puasnya melepaskan geram atau melemparkan pinggan berisi mee goreng ke wajah wanita itu, alangkah mudah? Kalau korang, apa korang buat?
No comments:
Post a Comment