Harap maaf, entry selalu lari tema. Sebabnya semasa mengarang entry berjela-jela itu main ham-tam sahaja tak tengok tarikh apa. Langgar sokmo.
Jadi bila gedik pi tengok semula entries itu semua, dalam hati detik
'Oh. Apalah yang telah aku buat. Entry haramjadah untuk bulan puasa sehingga hari raya.'
hehe
Oleh kerana Syawal panjang lagi, saya seisi keluarga mengucapkan (ucapan standard bagai duduk di perantauan lak. Kihkih)
'Selamat Hari Raya'
Maaf Zahir Batin
Oleh kerana kita kenal di dunia siber ni saja, saya jemput ajak-ajak ayam ke rumah. Heh!
Kenangan Aidilfitri 2008 di bendang belakang rumah MIL
selamat hari raya.... Semoga tahun ni memberi sebiru makna kepada indah dan suami.... kak nurul tumpang gembira... leboh-lebih lagi bila indah dah berbadan dua.... take care dear... semoga lepas ni allah perkenankan doa akak dan suami untuk memperoleh zuriat sendiri... Amin..
ReplyDeleteSelamat hari raya sis. Maaf ucapan balasnya sudah melewat hari terakhir Syawal. Moga selepas ini giliran Kak Nurul pula memperoleh zuriat sendiri. Semoga segala kesabaran sis akhirnya beroleh hasil yang manis.. Amin, saya doakan.
Delete