Ohoh! Jangan terguris. Siapa yang dengan mudahnya terasa hati dengan tajuk entry ini, saya dengan senang hatinya memberi laluan keluar. Anda tidak dipaksa untuk membaca. Sebagaimana moto hidup saya yang menulis-suka suka-menulis, maka anda harus mengabaikan pendapat peribadi yang tak memberi kesan dalam hidup anda pun. Saya bukan Gandhi, jauh sekali Mahathir atau Tok Guru Nik. Saya insan biasa. Dengan ini saya menyedari apalah sangat pendapat murah ini.
Saya seorang yang bersikap rasional. Tiada usaha tanpa kejayaan. Kejayaan tidak datang bergolek. Apabila seseorang menjanjikan peluang perniagaan yang ringkas; membuat pinjaman, mencari orang bawah (Skim Aku Pijak Kau Aku Naik, aku Pijak lagi aku naik) dan keuntungan berlipat kali ganda hingga mampu memandu kereta sebut saja berapa Series yang kau nak.
Payah sungguh ingin menjelaskan secara bertulis.
Begini, jika anda pinjam RM20000 untuk memulakan perniagaan, anda memperolehi 10 produk untuk diniagakan, perlu membuka mulut untuk promosi, belum lagi masuk mencari orang bawah untuk dipijak (maaf kerana metafora ini tapi lihat la gambar ni).
10 produk tadi, anda berjaya jual, jika anda bermulut manis dalam tempoh 6 bulan berjaya dijual. Jika mulut pahit-pahit sedikit seperti saya, 6 tahun lagi pun belum tentu SOLD OUT. Kemudian, selepas bulan pertama anda masuk skim, anda memperoleh Rebate RM2000 (anggaran 10% dari nilai pinjaman, yang mana ini menjadi keuntungan anda).
RM2000 tadi, sudah kah anda kira interest yang dicas pihak bank? Oh! Terlupa ke? Sekarang sila tolak.
RM2000 tadi, sudah potong duit minyak? Duit belanja minum sebab nak promosi pada geng-geng opis. Malulah, takkan anda panggil mereka untuk mendengar percuma, minum pun mereka bayar?
RM2000 tadi, sudah kira atau belum duit 'Overtime' kerana terpaksa kerja lebih masa meninggalkan anak-isteri di rumah selepas waktu pejabat. (Iyalah, mesti lepas waktu pejabat)
Malu la berniaga semasa waktu pejabat, gaji diterima tak berkat.
Sudahnya, RM2000 yang anda rasa besar , ASB pun tak dapat bagi 10% dividen pada tahun pertama. Maaf saya silap kira:
RM20000 - 4% interest bank = RM800
RM10 x 2jam = RM20 x 10 kali keluar malam (OT) = RM200
RM2 x 5 orang = RM10 x 10 kali keluar mencari pelanggan (Belanja Minum) = RM200
RM10 x 10 kali keluar mencari pelanggan (Duit Minyak) = RM100
Apa yang tinggal
RM2000 (keuntungan@rebate)
TOLAK RM800 - RM200 - RM200 - RM100 = RM700
RM700 untuk penat lelah anda menjual 10 produk? RM700 untuk masa yang anda bazirkan kerana berjumpa pelanggan. RM700 kerana anda terpaksa menjual dengan mulut manis, mengeluarkan fakta-fakta saintifik yang auta. Sekadar melariskan produk. Ingat ya! Tenaga tidak dicipta, tenaga cuma dipindahkan. Mana datangnya sinar infra merah untuk menjana tenaga tanpa sumber atau pemangkin tenaga?
Kalau anda jual lebih murah, nilai RM2000 yang sepatutnya anda terima telah menyusut. Kalau menjual harga pasaran, pastilah mahal, belum lagi termasuk berlumba-lumba dengan otai-otai yang memang dah boleh jual murah sebab dah lama balik modal.
Seperti yang saya kata tadi, saya seorang yang bersikap rasional. Tiada kejayaan tanpa usaha. Namun, ada cara bijak untuk anda menjadi senang, memperoleh RM1000 tanpa berbuat apa-apa.
RM20000 yang anda pinjam, anda laburkan di ASB (contoh). Pulangan tertinggi 10%, terendah boleh jadi 7.5%. Biar saya ambil yang terendah.
RM20000 x 7.5% = RM1500.
RM20000 pinjaman dengan interest 5% = RM1000
Anda memperolehi RM500 tanpa membuat apa-apa. Tanpa keluar malam, tanpa isi minyak, tanpa perlu menjual air liur, tanpa menipu. Untuk tahun seterusnya, duit dividen menjadi pokok, malah dividen yang diperolehi juga membantu anda membayar pinjaman anda. Pada tahun ke-3 secara teorinya, anda tak mengeluarkan se-sen pun untuk membayar pinjaman.
Sekian, itu yang saya boleh simpulkan tentang perniagaan MLM (Meniaga Lewat Malam). Yang kaya yang di atas sekali. Kasihan yang di bawah, sudahlah susah, bagai jatuh ditimpa tangga. Jarang sekali upline nak tolong downline. Menayang lagi ada. Bertukar-tukar kereta mewah. Sebagai lambang kejayaan. Padahal awak berikat perut takut tabung kereta mewah tak dapat membayar bulan ini. Tapi nak menumpang kereta awak pun awak berkira-kira. Lepas tu canang sekampung pendapatan awak RM20000 sebulan. Nauzubillah!
Saya bukan membenci MLM. Cuma saya lihat ramai rakan saya teraniaya. Kalau mereka berjaya, alhamdulillah. Tapi kiranya mereka tidak berjaya, mungkin itu bukan jalan terbaik beroleh kemewahan.
I: Membeli dan menggunakan produk MLM, daripada insan-insan yang terdesak untuk menjual kerana tak mampu membayar nilai pinjaman. Kasihan? Berfikir sebelum bertindak. Orang MLM selalunya suka menunjuk-nunjuk, itulah yang paling saya tak gemar. Langsung terus tawar hati.
No comments:
Post a Comment