Saturday, April 21, 2012

Cubalah berfikiran positif

Baru-baru ini saya dihujani soalan ke mesej box FB bertanyakan sebarang berita gembira yang boleh dikongsikan bersama. Seorang daripada seorang yang saya layak kategorikan sebagai sahabat. Seorang lagi yang 'biasa-biasa' sahaja kadar sahabatnya.


Setelah memikirkan sedalam-dalamnya, saya tahu soalan itu menjurus kepada 'berita gembira' tentang zuriat. Soalan itu akhirnya saya biarkan tanpa sebarang jawapan. Soalan yang saya rasakan belum masanya untuk saya menjawab.


Saya mohon pengertian sahabat itu, andainya saya tidak membalas semula mesej tersebut besar harapan saya, dia berfikiran positif bahawa saya dalam situasi tertekan, tiada kepastian, ragu-ragu atau serba salah. Itu harapan saya. Namun, akhirnya saya silap.


Saya dimalukan entahlah dengan niatnya atau bukan, oleh sahabat yang saya boleh kategorikan 'baik' tadi di Status FBnya. Dia kecewa kerana saya tidak membalas mesej tersebut. Perlu apa dia tertekan menunggu jawapan? Sedangkan sejak berkurun lama, kau wahai sahabat tidak pernah bertanya khabar tentang aku sejak kau memperolehi teman hidup dan cahaya mata. Bukan aku cemburu, namun bila mengenang kau mencari aku ketika sunyi, mencari tempat mengadu saat pilihanmu ditentang orang tua, aku yang kau cari. Aku yang ketika itu telah bersuami! Tetap aku melayani kerenahmu. 


Pernah kau kunjungi rumahku tanpa aku sendiri datang menjemputmu? Atau kau berusaha menelefon untuk bertemu? Semuanya 'sahabat' kau mahu disuap, kau mahu orang melayan sensitivitimu, kau mahu setiap kali bertemu, kami yang menjemput dan menghantarmu. Setiap kali!


Yang hairannya pula, sahabat yang 'biasa-biasa' itu tadi tidak pula 'sentap' aku tak membalas mesejnya. Dia buat biasa saja, me'like' status FBku, memberi komen padaku. Tidak engkau 'sahabat'. Kau berburuk sangka kepada 'kebisuan' aku. Bolehkah sekali sekala engkau tidak emosi dan sensitif tidak bertempat? 



Ada sesetengah perkara, yang perlu kita simpan sendiri.
Ada sesetengah soalan, perlu difikirkan baik buruknya sebelum diutarakan.
Ada sesetengah persoalan, tidak perlu punya jawapan.
Ada sesetengah serangan, tidak perlu kita membalasnya.
Setiap sindiran, tak perlu kau berikan nama pasti orang itu sudah dapat menjangka gerangan siapa.




Seperti yang saya selalu kata, kadang kala berdiam lebih baik. Dan lebih baik aku huraikan di sini daripada aku membalas sindiran kamu secara terang-terang untuk aku, dan akhirnya menjadi seperti anak-anak kecil yang berprasangka, bercakaran, dan bermasam-masam muka. Maaf 'sahabat', aku bukan lawanmu. 


I: Segala yang kau terkecil hati aku mohon kemaafan. Setiap perbuatan kamu pada aku, aku maafkan dan aku tidak berkecil hati lagi. Aku tidak akan membalas 'sindiran' tajam kamu 'sahabat', kerana andainya aku membalas, apa bezanya kau dan aku?


No comments:

Post a Comment