Daripada berkata-kata dan kemudiannya menyakitkan hati orang lain, bukankah lebih baik berdiam diri? Hati pun tak sakit mendengar jawapan balas. Dosa pun kurang.
Tapi kadang-kala, niat berdiam itu jadi lain. Hasrat asal berdiam diri tiba-tiba terbantut dek kerana soalan yang kadang-kala malas mahu dijawab. Akhirnya terkeluar la jawapan yang menyakitkan hati si bertanya soalan itu. Manakan tidak, soalan yang ditanya itu soalan 'berbasi-basi' yang kalau tak perlu dijawab pun tak mengapa.
Mana tuala?
Nak makan apa?
Bla..bla..
Jemu kan? Soalan tuala di mana pun nak tanya. Cari barang pakai lututkah? Mahu meluncur laju saja soalan balas semula. Tapi bukankah jawapan yang seelok-eloknya dijawab terus di mana barang yang dicari. Tapi., kalau dah SENTIASA, SELALU, KERAP mencari barang guna tapak kaki, haruslah berbulu jiwa nak menjawab dengan ikhlas. Akhirnya, daripada menjawab, lebih baik berdiam diri.
Tapi, bila kita berdiam diri, ditanya pula MENGAPA?
Mendongkol juga hati, orang yang diberi cuti sakit ini sepatutnya berehat. Tapi menjadi lagi sakit pula, kain di penyidai berhari-hari tidak berangkat. Menunggu orang yang sihat pulang kerja, alamat busuk lah kain semula!
Yang menambah dongkol, bila di minta tolong, jawapan yang secara automatik terkeluar dari mulut ialah NANTI. Kalau setiap kali begitu, laju pula tangan kaki ini maju sendiri.
I: Kalau ingin hidup bersama, bukankah susah senang ditanggung bersama?
No comments:
Post a Comment